window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli?

Faisal ยท Sep 23, 2023 12:00 PM

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli? 01

Julai yang lalu telah berlangsungnya pelancaran Tesla di Malaysia melalui Tesla Model Y. Bagi anda yang belum tahu, pembeli ditawarkan dengan tiga varian (CBU China) yang harga mulanya tidak sampai RM 200,000 seperti di bawah:

  • RWD - RM 199,000
  • Long Range AWD - RM 246,000
  • Performance AWD - RM 288,000

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli? 02

Secara standard, kabin untuk ketiga-tiga Tesla Model Y menggunakan bahan kulit Vegan berwarna hitam dan terdapat ciri bumbung panoramik, infotainment tanpa kluster bersaiz 15 inci, pengecas nirwayar kembar dengan 4 port USB-C, sistem audio 13 pembesar suara dengan 1 subwoofer dan 2 amplifier dan sistem penapis udara HEPA dengan Bioweapon Defense Mode.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berkenaan praktikaliti, kapasiti but belakang Tesla Model Y adalah seluas 854 liter dan terdapat juga frunk di depan yang sebesar 117 liter.

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli? 01

Dalam aspek prestasi, angkanya adalah seperti berikut:

  • RWD - 347 PS/420 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 6.9 saat (kelajuan tertinggi pada 217 km/j), bateri LFP berkapasiti 57.5 kWj, jarak pandu 430 km (WLTP)
  • Long Range AWD - 514 PS/493 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 5 saat (kelajuan tertinggi pada 217 km/j, bateri NMC berkapasiti 75 kWj, jarak pandu 533 km (WLTP)
  • Performance AWD - 534 PS/660 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 3.7 saat (kelajuan tertinggi pada 250 km/j), jarak pandu 514 km (WLTP)

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli? 02

Dari segi pengecasan pula, Tesla Model Y hadir dengan jenis AC sehingga 11 kW. Untuk DC pula, varian RWD menyokong sampai 170 kW, manakala varian Long Range dan Performance boleh pergi sampai 250 kW.

Juga bacaRM 1.25/kWj, Supercharger di Pavilion KL dah boleh diguna tapi untuk anda yang pandu Tesla sahaja!

Soal kelengkapan, anda boleh menambah pilihan warna yang lebih anda minat untuk eksterior dan interior, rim lebih besar dan menaik taraf ciri Autopilot kepada Enhanced atau Full Self-Driving (FSD), mengikut ada yang tertera dalam konfigurator.

3 varian dengan harga mula tak sampai RM 200,000, Tesla Model Y mana yang patut anda beli? 03

Secara amnya, Tesla Model Y datang dengan waranti 4 tahun/80,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km. Varian Long Range dan Performance pula mendapat waranti bateri tambahan sehingga 192,000 km, dengan syarat kapasiti bateri masih 70% dan ke atas.

Untuk membeli, anda boleh membuat tempahan dengan bayaran RM 1,000 (tidak boleh dipulangkan) dan penyerahan akan berlangsung pada awal 2024. Mereka yang menempah selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023 akan mendapat pengecas wallbox Tesla Wall Connector (AC Type 2) secara percuma yang bernilai RM 2,880.

Jadi, varian mana yang menjadi pilihan anda dan apa kelengkapan yang anda akan pilih?

Juga bacaMalaysia lancar Tesla Model Y - dari RM 199k, cecah 534 PS/660 Nm, jarak pandu sehingga 533 km!

@wapcar_zamil Kalau korang, nak pilih mana satu? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #teslamalaysia #teslamodely #keretaelektrik #wapcar โ™ฌ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Tesla Model Y Rear-Wheel Drive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia