window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra?

Mersita · Jun 12, 2020 05:15 PM

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra? 01

Hujung bulan lepas, Nissan telah menayangkan teaser tentang model keretanya yang akan datang, termasuklah 400Z yang ditunggu-tunggu.

Walaupun teaser tersebut menonjolkan rupa bentuk baru kereta Z ini, ciri-ciri lain seperti rupa hadapan dan rekaan tayarnya belum ada lagi.

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra? 02

Oleh itu, Mag-X telah menghasilkan imej rendering mereka sendiri untuk memberikan gambaran tentang anggaran rupa 400Z terbaharu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum anda nak kutuk rendering Mag-X untuk 400Z ini, anda harus ingat yang rendering mereka untuk Toyota Harrier dahulu agak tepat, dan ini memberikan mereka kredibiliti untuk menghasilkan jangkaan mereka sendiri untuk 400Z.

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra? 01

Di bahagian hadapan, Mag-X membayangkan yang 400Z ini akan diberi gril hadapan yang terbuka, diapit pula dengan sepasang lampu hadapan yang diletakkan dihujung-hujung sisi hadapan kereta, memberikannya ruang muka yang luas.

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra? 02

Bahagian belakangnya pula dipasang dengan lampu ekor yang diinspirasikan oleh 300ZX, kerana ia ada ruangan hitam yang sama dan lampu belakang yang nipis. Bumbungnya yang landai dan profail belakangnya juga hampir serupa dengan 240Z yang dianggap lejen.

Imej rendered Nissan 400Z baru terhasil, anda nak yang ini atau Supra? 03

Kuasanya boleh jadi dijana oleh enjin petrol VR30DDTT turbocharged 3.0 liter yang menjana 405 PS and 475 Nm.

Apabila Nissan 400Z mula dijual, ia akan bersaing terus dengan beberapa saingan mapan seperti Toyota GR Supra, Porsche Cayman, dan BMW M2.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda