window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6!

Zamil Syaheer · Jul 11, 2021 08:00 PM

 

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 01

Banyak berita yang enak yang anda boleh baca dan lihat tentang Haval H6 2021. Ulasan awal dari Thailand, termasuk dari laman web kembar kami dari Thailand (Autofun) mengatakan bahawa ianya sebuah SUV yang baik. Memang betul pun, sebab ianya SUV yang jauh lebih baru daripada Proton X70.

Dengan berita bahawa Proton ingin memasuki pasaran Thailand dengan Proton X70, adakah mereka mampu menawan hati para pembeli SUV segmen C di negara gajah putih itu?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid?

Haval H6 mempunyai sistem 'FOTA' yang lebih sofistikated

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 01

Sama seperti Proton X70, Haval H6 juga dapat menerima kemas kini 'Firmware Over-the-air' (FOTA), tetapi dengan perbezaan yang ketara.

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 02

Memang Proton X70 boleh bercakap dengan anda, tetapi ianya tidak secanggih Haval H6!

Dimana sistem FOTA X70 hanya boleh mengemas kini sistem infotainment, Haval membawanya selangkah kehadapan kerana sistem FOTA-nya mampu mengemas kini sistem teras SUV, termasuk menambahkan lebih banyak ciri sistem bantuan pemandu ADAS. Malah, ia boleh merubah penentukuran transmisi!

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 03

Pada masa lalu, ciri sebegini tidak dapat dilakukan kerana pengeluar kenderaan biasanya mempunyai banyak unit kawalan yang berfungsi di dalam sebuah kereta, dengan setiap unit kawalan bertanggungjawab untuk sistem tertentu.

Dengan kemajuan teknologi, Haval menggunakan unit kawalan kenderaan berpusat. Ia dilengkapi dengan Gigabit ethernet yang membolehkan ciri FOTA untuk keseluruhan kenderaan menjadi kenyataan.

Jika anda rasa sistem ADAS Proton X70 dah cukup baik, Haval H6 punya lagi mantap

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 04

Walaupun Proton X70 mungkin merupakan model pertama Proton yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS, ia bukanlah yang paling komprehensif di segmennya. Salah satu ciri teras yang tidak dimiliki oleh X70 adalah Lane Keep Assist (LKA).

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 05

Haval H6 dengan pemanduan berautonomi Tahap 2, ada ciri ini. Bukan saja itu, malah Haval H6 mempunyai Lane Keep Assist (LKA) dan juga mampu parkir secara sendiri di tempat yang sempit. Fuh.

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 06

Terdapat juga ciri yang diberi nama Wisdom Dodge System (WDS). Sistem ini mengesan dan mengawal H6 secara automatik untuk menjaga jarak tetap dari kenderaan bersaiz besar )seperti trak) di lorong bersebelahan semasa memotong, dan mengarahkan kenderaan kembali ke landasan asalnya secara automatik selepas itu.

Haval H6 mempunyai trenkuasa yang lebih sofistikated

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 07

Antara kejutan lain adalah trenkuasa Haval H6. Bukan saja enjin petrol-elektrik hibrid yang begitu maju, ini termasuklah enjin berpengecas turbo yang ditawarkan.

Enjin Haval H6 mempunyai kecekapan terma sebanyak 38% - kurang 2% sahaja berbanding enjin Dynamic Force terbaru daripada Toyota. Kecekapan terma yang lebih tinggi adalah kunci untuk penggunaan bahan bakar yang lebih baik.

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 08

Haval mengatakan bahawa H6 1.5 liter turbo spesifikasi China mengembalikan 6.8 liter / 100 km (7.1 liter / 100 untuk versi 2.0 turbo), jauh lebih rendah daripada 7.7 liter / 100 km Boyue.

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 09

Enjin Haval H6 juga dilengkapi sistem Continuous Variable Valve Lift (CVVL). Proton X70 menggunakan teknologi Variable Valve Timing (VVT) yang lebih lama.

Perbezaan antara keduanya terletak pada kaedah operasi. CVVL terus mengubah lif injap pengambilan, sementara VVT mengubah pengangkatan injap pada rpm tetap.

Bila Haval H6 nak masuk Malaysia?

Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6! 10

Adakah Proton X70 akan kalah teruk bila Haval H6 tiba di Malaysia? Jauh dari itu sebenarnya, kerana cukai kita akan meletakkan harga Haval H6 lebih tinggi berbanding X70, mungkin setara dengan Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Juga terdapat persoalan mengenai pengedar GWM di Malaysia. Adakah Go Auto akan terus mewakili jenama di sini, kerana mereka agak senyap sejak kebelakangan ini dek kerana pembubaran pasukan perhubungan awam mereka.

Juga baca: Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda