window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi

Faisal · Jul 11, 2021 10:00 AM

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 01

Cuba bayangkan anda sedang memandu di lebuh raya di belakang kereta yang perlahan. Sebelum hendak memotong, anda telahpun lihat cermin sisi. Setelah ‘clear’, anda pun nyalakan lampu isyarat untuk menukar ke lorong yang lain.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 02

Tiba-tiba, anda dihon oleh sebuah motosikal. Kemudian, anda kembali ke lorong asal sambil melihat penunggang tersebut melepasi anda dengan reaksi yang benggang. Mesti cuak kan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 01

Apapun, anda tidak perlu risau kerana ia bukannya salah anda sepenuhnya. Penunggang motosikal tersebut mungkin tidak ada dalam visual cermin sisi mahupun cermin pandang belakang. Inilah apa yang dikenali sebagai kawasan titik buta.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 02

Selalunya, kawasan ini bermula dari belakang cermin sisi kereta anda.

Sewaktu mengambil lesen memandu, kita sering diajar untuk melihat sekeliling dan tidak hanya bergantung pada cermin sisi dan cermin pandang belakang. Walaupun ciptaan tersebut membantu, anda tetap perlu mengambil langkah tambahan.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 03

Kalau anda nak tahu, kawasan titik buta untuk kenderaan seperti treler dan trak sebenarnya lebih besar daripada kenderaan biasa. Jadi, agak sukar untuk pemandu melihat apa yang ada di sekeliling mereka.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 04

Maka itu, terciptalah sistem blind-spot monitor (BSM) yang ada pada kereta-kereta moden di zaman sekarang. Teknologi ini cukup berguna sehinggakan metodologi ASEAN NCAP terbaru pun menetapkan BSM sebagai salah satu kriteria mereka untuk penarafan keselamatan 5 bintang.

Juga bacaCarta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 05

Ia termaktub sebagai penilaian keempat dalam metodologi 2021-25 yang mana ia berada di bawah kategori Motorcyclist Safety. Untuk maklumat anda, penunggang motosikal meliputi kumpulan pengguna jalan raya yang terbesar di Asia Tenggara. Malah, rata-rata kemalangan di jalan raya juga sering melibatkan penunggang motosikal.

Juga bacaPerodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang?

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 06

BSM akan menyala apabila terdapat objek pada bahagian titik buta pemandu.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 07

Honda LaneWatch dan Hyundai Blind Spot View Monitor.

Berkenaan teknologi BSM sendiri, jenama kereta seperti Honda dan Hyundai turut menggunakan kamera sisi untuk memantulkan imej yang berada di titik buta pada kluster instrumen ataupun di skrin infotainment.

Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi 08

Untuk pengetahuan anda, ciri BSM pada peringkat awalnya hanya ditawarkan pada kereta-kereta mahal. Hari ini, kereta rakyat seperti Perodua Ativa atau Toyota Vios/Yaris pun sudah ada.

Bagi kereta yang tiada, khidmat pemasangan BSM boleh didapati di kedai-kedai luar. Cumanya, anda disarankan buat dengan pakar yang bertauliah.

Juga baca5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru!

Apapun, harus diingatkan bahawa anda tetap perlu memerhati keadaan sekeliling walaupun dengan adanya teknologi blind-spot monitor. Lagipun, ia hanyalah sebagai ciri bantuan keselamatan. Tanggungjawab keselamatan di jalan raya tetap berada di tangan pemandu. Malah, pemandu lain tetap boleh merempuh anda dari kawasan titik buta sekiranya takdir berkata begitu.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda