window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!

Khairil ยท Jul 13, 2021 10:00 AM

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 01

Selepas Harley-Davidson mengumumkan LiveWire bukan lagi entiti menggunakan jenamanya, syarikat pengeluar motosikal elektrik Amerika Syarikat itu pantas melancarkan model sulungnya dikenali sebagai LiveWire ONE.

Juga baca: Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250

Secara dasarnya, LiverWire ONE tampak seperti versi terbaharu motosikal elektrik pertama Harley-Davidson, LiveWire yang dilancarkan pada 2019 dengan rekaan dan teknologi yang hampir serupa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 01

Tetapi selain evolusi 'software' dan 'hardware', ia turut mengalami pengurangan harga yang dianggap cukup besar iaitu kira-kira 30 peratus daripada harga Harley-Davidson Livewire.

Diperkenalkan pada tanda harga AS$ 21,999 (RM 92,206), LiveWire ONE dijual AS$ 7,800 (RM 32,693) lebih murah berbanding Harley-Davidson LiveWire yang tiba pada harga AS$ 29,799 (RM 124,902).

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 02

Tidak memakai logo pengasas syarikat itu, Harley-Davidson di bahagian tangki, LiveWire ONE kini menggunakan logo LiveWire (LW) besar di kedudukan sama bersama tulisan LiveWire.

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 03

Presiden dan Pengerusi Harley-Davidson, Jochen Zeitz, berkata LiveWire ONE dibina menggunakan DNA Harley-Davidson namun fokus terhadap elektrik serta keinginan tinggi jenama LiveWire yang baharu.

"Harley-Davidson dan LiveWire akan terus menulis semula buku peraturan baharu motosikal dan kami teruja mengenai babak baharu ini dalam legasi kami."

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 04

Tidak banyak informasi diberikan mengenai spesifikasi LiveWire ONE terutama evolusi 'software dan hardware' seperti dinyatakan.

Juga baca: Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900

Begitupun, motosikal berkenaan pastinya datang dengan perubahan dan antaranya ialah kuasa yang dihasilkan mungkin sedikit menurun, daripada 105 Hp kepada 101 Hp.

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 05

Harley-Davidson LiveWire

Selain reka bentuk futuristik, LiveWire ONE didakwa mampu mencatat pecutan 0-60 mph hanya dalam 3 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 177 km/j dengan jarak tunggangan dengan diantara 152 km ke 235 km mengikut gaya tunggangan. Pek baterinya pula boleh dicas sehingga tahap 80 peratus dalam tempoh 40 minit sahaja.

LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k! 06

Ketika ini, LiveWire hanya boleh ditempah di pasaran AS namun jenama Milwaukee dikatakan bersedia untuk memasuki pasaran global pada 2022 dan bukan satu perkara yang mustahil, Malaysia juga antara destinasinya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda