window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD

Haris ยท Jul 14, 2021 09:00 AM

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 01

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meminta kerajaan untuk membenarkan sektor automotif untuk kembali beroperasi di negeri-negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan, dan juga yang berada di bawah fasa satu dan dua Rancangan Pemulihan Negara (NRP). Hal ini kerana rantaian bekalan automotif telah terjejas secara serius oleh penutupan industri.

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 02

Kilang Honda di Pegoh, Melaka

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, keseluruhan rantaian bekalan sektor automotif telah terjejas teruk terutamanya oleh penutupan operasi di Selangor dan Kuala Lumpur yang telah diletakkan di bawah PKPD.

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Maklum balas yang diterima dari kebanyakan anggota kami menunjukkan bahawa operasi perniagaan walaupun di negari-negari bukan PKPD terhambat kerana gangguan rantaian bekalan," kata Aishah.

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 01

Penutupan kilang, bengkel, dan jaringan pengedaran automotif yang lebih lama bakal menyebabkan kerugian yang lebih besar pada industri automotif dan negara.

"Oleh itu, MAA ingin merayu kepada kerajaan untuk membenarkan kegiatan sektor automotif (bengkel dan jaringan pengedar dan alat ganti) supaya beroperasi dengan segera walaupun pada kapasiti tertentu dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat di negeri-negeri di bawah PKPD, Fasa 1 NRP dan Fasa 2 NRP.

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 02

Kilang Volvo di Shah Alam

"Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang hampir 50% daripada jumlah industri Malaysia (TIV) setahun. Banyak syarikat automotif utama untuk kedua-dua pengeluaran kenderaan dan komponen terletak di kedua-dua negeri ini.

Di samping itu, beberapa anggota MAA juga mempunyai pusat pengedaran tunggal dan / atau pusat lain (simpanan kenderaan dan alat ganti) yang terletak di dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD 03

Kilang Perodua di Serendah

"Sebagai tambahan, untuk mengurangkan kesesakan di pelabuhan, MAA mengusulkan untuk membiarkan dua hingga tiga hari seminggu untuk menerima dan menyimpan kargo untuk sektor automotif seperti apa yang dipraktikkan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0 tahun lalu," ujar MAA lagi.

Bulan Jun 2021 menyaksikan bahawa tiada sebarang angka jualan dicatatkan oleh industri malah hanya mencatatkan kerugian sehingga RM 3.44 billion oleh kerana PKP 3.0.

Bacaan Lanjut:

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021!

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN

Senarai kereta CKD dengan pengecualian cukai SST penuh sebanyak 10%

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda