window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?

Faisal · Jul 17, 2021 04:00 PM

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 01

Hyundai Staria (US4) 2021 baru sahaja membuat debut ASEAN pada minggu lepas tetapi sebelum ini, Kia Carnival (KA4) 2021 terlebih dahulu telahpun melebarkan sayapnya. Walaupun mereka menggunakan platform Hyundai-Kia N3 yang sama, kedua-duanya MPV 11 penumpang ini mempunyai pendekatan yang cukup berbeza. Untuk itu, mari kita lihat MPV yang sudah ada di Thailand ini dengan lebih dekat.

Dimensi – Staria lagi besar

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 02

Bagi anda yang belum tahu, Staria adalah pengganti kepada Hyundai Grand Starex/H-1. Kali ini, ia lebih besar daripada model yang terdahulu. Malah, Staria sendiri lebih besar daripada Carnival.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 01

Perbezaan dimensi di antara mereka boleh didapatkan dalam rajah berikut:

Perbezaan saiz
  Kia Carnival Hyundai Staria
Panjang (mm) 5,155 5,253
Lebar (mm) 1,995 1,997
Tinggi (mm 1,775 1,990
Jarak roda (mm) 3,090 3,273

Kelebihan Staria dari segi ukuran panjang dan tinggi memberi petunjuk bahawa tempat duduknya mempunyai ruang yang lebih lapang.

Eksterior – Konvensional atau futuristik?

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 02

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 03

Walaupun kedua-duanya ada imej yang tersendiri, Staria sebenarnya jauh lebih radikal daripada Carnival. Lihat sahaja lampu depan dan belakangnya.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 04

Ramai juga yang berpendapat bahawa Staria nampak seperti dari filem sains fiksyen.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 05

Antara pilihan tambahan yang ada pada Staria ialah lampu belakang jenis LED Parametric Pixel dan cermin tepi Flush Glass. Dari jauh, cermin ini nampak seperti sebuah kaca yang besar. Apapun, kedua-dua keunikan ini hanya terdapat pada varian atas.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 06

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 07

Reka bentuk Carnival pula lebih konvensional. Profilnya yang lebih pendek dan rendah membuatkan ia nampak lebih anggun daripada Staria.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 08

Elemen istimewa yang ada pada Carnival ialah reka bentuk bumbung ala terapung. Sentuhan ini dimainkan peranan oleh tiang A dan B yang ‘ghaib’. Tiang C pula hadir dengan kontra berkemasan krom.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 09

Secara standard, kedua-dua MPV datang dengan lampu LED sekali dengan DRL.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 10

Reka bentuk rim pada Carnival berbanding Staria.

Pilihan roda pula agak berbeza. Di Thailand, kedua-dua varian Carnival dilengkapkan dengan roda 18 inci. Mengenai Staria pula, varian pengenalan, S, menggunakan roda 17 inci. Hanya varian teratas, SEL, sahaja yang datang dengan roda 18 inci.

Interior – Formula sama tapi pendekatan yang berbeza

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 11

Kabin Staria yang diinsipirasikan oleh kapal layar nampak lebih moden daripada Carnival.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 12

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 13

Misalnya, Staria S sekalipun hadir dengan kluster instrumen digital bersaiz 4.2 inci. Cumanya, varian SEL dinaik taraf dengan saiz 10.25 inci.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 14

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 15

Carnival yang ada di pasaran Thailand pula hanya menggunakan kluster instrumen analog.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 16

Konfigurasi tempat duduk yang boleh dibuat pada Carnival.

Walaupun kedua-dua MPV boleh memuatkan satu pasukan bola sepak, susun atur tempat duduk yang mereka gunakan cukup berbeza. Misalnya, Staria datang dengan format tempat duduk 3-3-2-3 manakala Carnival pula menggunakan susunan 2-3-3-3.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 17

Susunan tempat duduk pada Staria.

Kerusi kecil di baris depan pada Staria boleh ditukar kepada tempat pemegang minuman atau simpanan barang. Namun begitu, pendekatan ini tidak sekemas konsol tengah pada Carnival yang mana ia datang dengan perehat tangan dan ruang storan yang sebenar.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 18

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 19

Atas ke bawah: Carnival, Staria.

Apapun, tempat duduk pada kedua-dua MPV boleh dikonfigurasikan untuk memaksimumkan kapasiti ruang kargo.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 20

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 21

Atas ke bawah: Carnival, Staria.

Dari segi multimedia, Carnival dan Staria datang dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk Staria, ia dikawal oleh infotainment 10.25 inci. Carnival pula menggunakan saiz 12.3 inci dengan audio Bose sebagai pilihan tambahan.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 22

Carnival mempunyai ciri premium seperti bumbung suria kembar dan skrin multimedia untuk penumpang belakang.

Antara ciri lain yang ada pada kedua-dua MPV ialah:

  • Pintu gelangsar dan but belakang berkuasa jenis tanpa pegang
  • Pengecas tanpa wayar
  • Port USB yang banyak (6 untuk Carnival, 7 untuk Staria)

Juga bacaNak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 23

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 24

Atas ke bawah: Carnival, Staria. Pendekatan yang berbeza pada bahagian dalam.

Prestasi – Hembusan tenaga diesel

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 25

Di pasaran Thailand, kedua-dua MPV dikuasakan oleh enjin 2.2L turbodiesel 4 silinder. Enjin pada Staria menghembuskan 177 PS dan 431 Nm tork. Enjin diesel pada Carnival pula menghasilkan 202 PS dan 440 Nm tork.  

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 26

Tombol gear pada Carnival, bukan tombol 'volume' ya.

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Keselamatan – Cukup menyeluruh

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 27

Varian atas buat kedua-dua MPV yang mengagumkan ini lengkap dengan ciri ADAS seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Blind Spot Monitor dan Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Harga – Salah satu lebih mahal

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 28

Di Thailand, Carnival sebenarnya jauh lebih mahal.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 29

Varian permulaan, EX, ditawarkan pada harga THB 2,144,000 (~RM 275,610). Varian teratas, SXL pula berharga THB 2,459,000 (~RM 316,146).

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 30

Sebagai perbandingan, harga Staria varian S bermula pada THB 1,729,000 (~RM 226,636). Varian teratas, SEL pula berharga THB 1,999,000 (~RM 257,403).

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 31

Dengan julat harga yang agak berbeza, Staria nampaknya lebih berbaloi untuk dimiliki memandangkan kebolehannya lebih kurang sama dengan Carnival.

Akan masuk Malaysia ke?

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 32

Setakat ini, Bermaz Auto (BAuto) mahupun Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) belum mengesahkan apa-apa.

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 33

Untuk maklumat anda, Kia di Malaysia kini sedang meletakkan fokus untuk pulihkan selepas-jualan. Bermaz Auto pernah merancang untuk lakukan pemasangan lokal (CKD) buat Carnival tetapi usaha itu tetap memerlukan jangka masa 12 ke 18 bulan. Jadi, Kia model CKD yang paling awal kita boleh lihat adalah pada tahun 2022.

Juga bacaBermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia? 34

Hyundai-Sime Darby Motors pula mempunyai pelbagai pelan untuk tahun ini. Antaranya seperti pelancaran Hundai Kona N Line dan Hyundai Palisade. Jadi, Staria mungkin dirancang untuk tiba pada tahun depan.

Juga bacaHyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021!

Sementara itu, anda boleh tonton rebiu Carnival dari kembar kami di Thailand, Autofun.co.th yang sudah siap dengan sari kata Bahasa Inggeris.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda