window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo!

Haris Ā· Sep 28, 2022 10:00 AM

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 01

Honda HR-V 1.5L V

2022 Honda HR-V generasi baharu pernah menggegarkan pasaran dengan tempoh menunggu mencecah 12 bulan ketika pelancarannya pada Julai 2022. Namun ini semua tidak menghalang Honda Malaysia Sdn Bhd dari menghantar hampir 7,000 unit setakat September 2022.  

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 02

HR-V 1.5L E

Hal ini didedahkan ketika sesi pandu uji media tempatan Honda HR-V serba baharu yang sedang berlangsung sejak semalam. Dalam pada itu, varian paling popular seperti yang sudah dijangka adalah varian HR-V 1.5 V dengan enjin VTEC Turbo mendominasi sehingga 52% berbanding varian lain.

Satu lagi varian dengan enjin induksi paksaan yang sama iaitu  HR-V 1.5 E turut menyumbang sehingga 18% daripada jumlah tempahan.

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 03

HR-V RS - Jumlah tempahan paling sedikit

Bukan sekadar turbo, tapi VTEC Turbo jelas menjadi pilihan utama yang paling digemari rakyat Malaysia berbanding tiga pilihan enjin lain yang ditawarkan untuk Honda HR-V. Kesemuanya menjadikan sehingga 70% pembeli memilih enjin turbo berbanding varian HR-V 1.5 S (18%) yang menggunakan enjin 1.5L aspirasi semula jadi dan HR-V 1.5 RS (12%) berkuasa hibrid. .

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 01

Varian S adalah model asas

Enjin 1.5 liter aspirasi semulajadi i-VTEC dalam varian asas S menghasilkan 121 PS/145 Nm manakala varian teratas RS dikuasakan oleh enjin 1.5 liter hibrid e:HEV yang menghasilkan 131 PS/253 Nm (motor sahaja). Model aspirasi semulajadi dipasangkan dengan transmisi CVT automatik manakala hibrid dipadankan dengan transmisi e-CVT.

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 02

Honda Malaysia juga menyatakan bahawa terdapat hampir 30,000 unit tempahan HR-V serba baharu setakat September 2022.

Baca: Honda Malaysia dah hantar 1,300 unit HR-V serba baharu kepada pelanggan, tak perlu tunggu setahun?

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 03

Malaysia adalah satu-satunya pasaran di seluruh dunia yang menawarkan 3 pilihan enjin untuk Honda HR-V serba baharu. Harga (Semenanjung Malaysia, tanpa insurans) untuk empat varian adalah seperti di bawah:

  • HR-V 1.5 S ā€“ RM 114,800
  • HR-V 1.5 E ā€“ RM 129,800
  • HR-V 1.5 V ā€“ RM 134,800
  • HR-V 1.5 RS ā€“ RM 140,800

Baca: Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k!

30k unit tempahan diterima untuk 2022 Honda HR-V, hampir 70% memilih VTEC Turbo! 04

HR-V 1.5L V

Honda HR-V spesifikasi Malaysia dipasang secara tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka dan kami akan berkongsi pendapat kami tentang pandu uji model SUV Honda yang sangat dinanti-nantikan ini di atas jalan raya tidak lama lagi.

Sementara itu, apa kata tonton sendiri pengalaman Adrian di belakang stereng Honda HR-V di Thailand dalam video berikut.

Baca: Secara global, Honda HR-V 2022 Malaysia sahaja yang ada TIGA pilihan enjin 1.5L - ini sebabnya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda