window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium

Zamil Syaheer Β· Jun 16, 2020 11:47 AM

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 01

Mazda CX-30 adalah sebuah SUV segmen C yang unik dalam kelasnya. Dibina berasaskan Mazda 3, ia bukan direka untuk pemandu biasa atau untuk memecah rekod jualan, sebaliknya ia direka untuk pemandu yang sukakan pengalaman pemanduan itu sendiri.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 01

Diimport terus dari kilang pembuatan Mazda di Hiroshima, Mazda CX-30 dilancarkan di Malaysia pada awal tahun Januari 2020. Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu 2.0G dan 2.0G High yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder aspirasi natural petrol SkyActive-G dan juga varian tunggal diesel 1.8D High yang datang dengan 1.8 liter 4-silinder SkyActive-D turbodiesel.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapakah harga Mazda CX-30?

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 01

Harga bermula dari RM 143,059 untuk varian 2.0G petrol, manakala varian spec tertinggi 2.0G High petrol melonjakkan harganya ke RM 164,059. Varian tunggal diesel 1.8D High adalah yang paling mahal dengan harga RM172,943.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 02

Dari segi kelengkapan asas, varian 2.0G datang dengan rim aloi 16-inci, lampu LED depan auto-levelling, keyless start, paparan kelajuan heads-up yang dipantul ke cermin hadapan, penyaman udara manual, fabrik kain, trim papan pemuka perak, tempat duduk depan yang dikendalikan secara manual, teknologi idling i-Stop dan kamera undur.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 03

Juga ada dalam 2.0G ialah sistem infotainment Mazda Connect yang dipaparkan dengan skrin bukan sesentuh 8.8 inci dengan 8 pembesar suara dengan Commander Control (ala BMW i-Drive) dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 04

Bagi varian 2.0G High dan 1.8D High, kedua-duanya memperoleh kelengkapan tambahan seperti fungsi pancaran tinggi automatik dan pencahayaan khas untuk lampu depan, bersama dengan rim aloi 18 inci yang lebih besar.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 05

Penambahbaikan lain termasuk keyless entry, but belakang yang berkuasa, sunroof yang digerakkan dan sensor tempat letak kereta (empat depan, enam belakang). Kelengkapan yang lain sama seperti 2.0G.

Apakah kebaikan dan keburukan Mazda CX-30?

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 06

Mazda CX-30 adalah sebuah SUV yang membuatkan anda rasa ia layak untuk dipamerkan di muzium seni. Ia penuh dengan perincian unik.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 07

Sebagai contoh, but belakang datang dengan rekaan panel lengkung cembung yang sangat mahal untuk dihasilkan. Malah, efek lengkung cembung itu dikembangkan ke bahagian fender belakang.

Yang kami rasa paling unik ialah kelipan lampu kecemasan (atau insyarat) LED-nya. Kebanyakkan kereta premium menggunakan jenis dynamic sequential LED yang menerangi secara berurutan, tapi Mazda pula menggunakan efek fade in dan fade out seperti degupan jantung.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 08

Kualiti interiornya jauh lebih baik dari kebanyakkan kereta-kereta Eropah, khasnya dari Jerman. Malah sistem infotainmentnya dengan skrin 8.8 inci sangat pantas dan senang untuk dikendali, manakala kualiti audionya antara yang terbaik.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 09

Jika anda rasa Mazda 3 sedikit kecil pada bahagian but belakang, Mazda CX-30 datang dengan but dengan 430 liter berbanding 358 liter di dalam Mazda 3. Namun ini bukanlah yang terbaik dalam kelasnya.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 10

Kabinnya juga sangat senyap, tidak kira apa jua jenis dan keadaan pemanduan yang anda lakukan. Ini menambah rasa keselesaan sepanjang kami memandu CX-30.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 11

Walau bagaimanapun, tahap rebound penyerap hentak CX-30 sedikit kurang selasa melalui jalan yang kurang cantik berbanding dengan Toyota C-HR yang terbaik dalam kelasnya.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 12

Kedua-dua varian enjin petrol 2.0 liter menghasilkan 163 PS dan 213 Nm, manakala varian tunggal diesel 1.8 liter menghasilkan 116 PS dan 270 Nm. Kesemua varian dipacu dengan transmisi 6-kelajuan automatik.

Mazda mendakwa varian CX-30 petrol hanya menggunakan 6.4 liter/100 km, manakala varian diesel lebih jimat dengan 4.9 liter/100 km.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 13

Namun begitu, kami syorkan anda untuk tidak memilih varian diesel kerana kuasa enjinnya sangat lemah walaupun mempunyai tork yang lebih. Tambahan pula, varian diesel 61 kg lebih berat dari petrol.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 14

Dari aspek keselamatan, semua varian dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, DSC, EBD, bantuan brek, traction control, Hill Launch Assist, fungsi penahan automatik untuk brek parkir elektronik, dan sauh tempat duduk anak ISOFIX untuk tempat duduk belakang belakang.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 15

Sistem keselamatan dan bantuan pemandu ADAS i-Activsense juga ada, tetapi hanya datang dengan varian 2.0G High dan 1.8D High sahaja.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 16

Pendek kata, CX-30 ini sesuai untuk sesiapa yang ingin memiliki sebuah kereta yang istimewa dan menghargai setiap perincian yang lebih baik mengenai pertukangan automotif.

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium 17

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mazda CX-30 2.0G 2WD Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda