window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun?

Faisal ยท Jul 27, 2021 10:00 AM

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun? 01

Menurut satu laporan dari Creative311, pembeli Toyota Land Cruiser 300 2022 di Jepun perlu menandatang deklarasi bahawa mereka tidak akan menjual raja segala SUV itu kepada orang lain dalam masa 12 bulan dari tarikh mengambil kereta. Hal ini sebenarnya bertujuan untuk menghalangnya daripada jatuh ke tangan pengganas.

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun? 02

Deklarasi yang perlu ditandatangan oleh pembeli Land Cruiser 300 di Jepun. Kredit.

Tidak kisahlah atas dasar eksport atau jual semula sekalipun, larangan ini bermatlamat untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh mengkhianati keselamatan global.

Untuk maklumat anda, Toyota pada tahun 2015 telah jalinkan kerjasama dengan badan siasatan dari United States Treasury Department untuk mengenal pasti bagaimana kumpulan militan memperoleh kenderaan Toyota dengan begitu banyak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun? 01

Bagi mengulas siasatan tersebut, Toyota Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Toyota mempunyai polisi ketat yang mana keretanya tidak boleh dijual kepada pembeli yang berpotensi untuk menyalahgunakan ataupun mengubah suai ia kepada tujuan pertahanan atau sebarang aktiviti pengganas.

Walau bagaimanapun, membendung perkara ini tidaklah mudah. Apapun, Toyota kekal komited dalam mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk setiap negara atau rantau yang mereka pasarkan.

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun? 02

Buat masa ini, tempahan yang diterima buat Land Cruiser 300 yang serba lasak ini telah mencecah 22,000 unit. Dengan kebolehan yang begitu hebat sejak keluaran pertama lagi, tidak hairanlah kalau puak-puak pengganas juga hendak memiliki Land Cruiser sebagai kenderaan untuk mereka jalankan kerja-kerja yang salah di sisi masyarakat dan negara.

Juga bacaToyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda