window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class!

Haris · Aug 1, 2021 11:59 AM

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 01

Salah satu soalan yang sering diajukan di forum dan kumpulan Kumpulan Facebook Wapcar adalah "Kereta apa yang boleh saya miliki jika saya bergaji RM xxx?".

Jika anda memutuskan untuk membeli kereta baru, sebenarnya anda tidak mempunyai banyak pilihan terutamanya jika anda bergaji sekitar RM 4k sebulan.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 02

Mengikut saranan, anda boleh memiliki Honda Cityspesifikasi asas.

Struktur percukaian di Malaysia tidak begitu terbuka untuk pilihan-pilihan di bawah RM 100k. Namun, peluang ini berbeza apabila mengambil kira pasaran kereta terpakai - di mana model pasaran ini jauh lebih setimpal dengan harganya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 01

Bawah RM 100k

Di sini kami senaraikan sekitar 6 kategori berdasarkan jenis badan kenderaan untuk memenuhi citarasa pembaca secara umum. Jika antara model-model ini tidak sesuai dengan selera anda, jangan risau, masih ada lagi pilihan lain.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 02

Oleh kerana senarai ini adalah berdasarkan pasaran kereta terpakai, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan berbanding membeli kereta baru:

  1. Kereta dalam senarai ini tidak lebih dari 10 tahun kerana pinjaman bank kereta terpakai mesti dilunaskan sebelum kereta mencecah 13 tahun. Cth. Sebuah kereta dari tahun 2011 hanya dibenarkan pinjaman maksimum 2 tahun.
  2. Kadar faedah untuk kereta terpakai hanya sekitar 1% lebih tinggi berbanding kereta baru.
  3. Sebilangan besar kereta terpakai memerlukan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi daripada kereta baru - sehingga 20%.
  4. Jumlah pinjaman untuk kereta sport terpakai / coupe 2 pintu hanya sehingga 75% hingga 85%.

BacaBeli kereta terpakai ‘online’? Ini cara elak terbeli kereta pernah kemalangan atau banjir

Beberapa panduan yang disyorkan adalah bayaran bulanan tidak seharusnya lebih dari 20% dari gaji bulanan dan tambahan 10% untuk penyelenggaraan.

Kadar faedah dalam artikel ini adalah sekadar rujukan. Semak dengan bank anda untuk melihat kadar terkini pasaran.

Peminat SUV?
Proton X70 - 3 tahun, RM 75,700 / RM 740 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 9 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 03

Proton X70 baru bermula dari RM 94,800 tetapi jika anda memasuki pasaran kereta terpakai, terdapat beberapa model X70 awal yang bermula dari RM 75,700.

Model awal ini diimport sepenuhnya (CBU) dari China dengan transmisi berbeza (automatik 6-kelajuan, bukan DCT 7-kelajuan) tetapi pada asasnya masih sama secara keseluruhan.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 04

Dari segi kualiti, kedua-duanya juga hampir sama. Kami juga telah melakukan ujian tahap kebisingan untuk kedua-dua model X70 CBU dan CKD dan mendapati bahawa kedua-duanya mencatatkan bacaan yang hampir serupa. Ini adalah salah satu SUV yang paling senyap dan selesa dalam segmennya.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 05

Oleh kerana model Proton X70 paling awal hanya berusia sekitar 3 tahun, jaminan waranti untuk beberapa unit terpakai masih terpakai. Sekiranya Proton berjaya menyelesaikan masalah kekurangan alat ganti, Proton X70 boleh dikatakan bebas masalah dan suatu pembelian yang berbaloi.

Pilihan alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 06

  • Honda CR-V berusia 6 tahun - RM 63,800, RM 760 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 7 tahun)
  • Hyundai Tucson TL 4 tahun - RM 65,800, RM 780 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 7 tahun)

Keluarga besar, nak 7 tempat duduk?
Nissan Serena S-Hybrid - 5 tahun, RM 65,000 / RM 690 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 8 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 07

Nissan Serena S-Hybrid mempunyai semua ciri minivan tradisional JDM - dari reka bentuk yang tinggi hinggalah pintu gelangsar elektrik di kedua-dua sisi. Nissan Serena C26 menandakan kembalinya tanda nama popular itu ke Malaysia setelah generasi sebelumnya yang kurang menyengat.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 08

Mengekalkan ketinggian kenderaan yang sama, Nissan Serena C26 memperkenalkan teknologi S-Hybrid kepada pembeli MPV arus perdana. Walaupun dengan teknologi yang dianggap kurang popular, Nissan Serena terbukti menjadi rebutan di kalangan pemilik berkeluarga di Malaysia.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 09

Kini pada harga terpakai yang jatuh pada tahap kemampuan marhaen, MPV hibrid ini adalah pembelian yang sangat sesuai bagi mereka yang mengutamakan keluarga dan keselesaan.

Baca: Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus?

Pilihan alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 10

  • Mazda 5 Skyactiv 7 tahun - RM 54,000, RM 730 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 6 tahun)
  • Toyota Innova, 3 tahun - RM 69,900, RM 680 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 9 tahun)

Isytihar diri sebagai peminat automotif?
Peugeot 208 GTi - 6 tahun, RM 62,888 / RM 750 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 7 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 11

Model pra-facelift

Peugeot 208 GTi adalah sebuah hot hatch yang selalu terlepas pandang di Malaysia. Semasa dilancarkan pada tahun 2013, harga hot hatch ini bermula dari RM 139,888 tetapi 8 tahun kemudian, harganya sudah susut hampir separuh.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 12

Peugeot 208 GTi facelift 

Dengan enjin 1.6 liter turbocaj Prince THP yang menghasilkan 200 PS (facelift meningkatkan 208 PS) dan 275 Nm (300 Nm pada facelift), hot hatch Perancis ini bukanlah suatu kenderaan yang boleh digelar perlahan. Dipasangkan dengan kotak gear manual closed ratio 6-kelajuan, ia segera menerima cop kelulusan daripada para peminat kereta. 

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 13

Peugeot 208 GTi mungkin tidak memiliki aura Ford Fiesta ST, sifatnya yang lebih tenang menyembunyikan ciri agresif yang ada di dalamnya. Ia sedap dibawa melalui selekoh tajam dan masih mempunyai karakter pemanduan tenang tersebut pada jalan lurus. Suatu karakter yang perlu dicuba oleh para peminat kereta yang mengisytiharkan diri sendiri.

Pilihan alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 14

  • Volkswagen Polo GTI berusia 8 tahun - RM 44,800 / RM 700 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 5 tahun)
  • Mitsubishi Lancer Sportback 8 tahun - RM 44,700 / RM 700 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 5 tahun)

Mahukan sesuatu yang premium?
Mercedes-Benz C-Class - 8 tahun, RM 49,900 / RM 780 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 5 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 15

Mercedes-Benz C-Class W204 melihat transisi perubahan rekaan sedan Merc dari rekaan eksekutif biasa menjadi lebih mirip dengan S-Class pada harga yang rendah. Tampil lebih matang daripada generasi sebelumnya, W204 dianggap sebagai model terbaik bagi mereka yang ingin memiliki jenama bintang tiga bucu.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 16

Harga untuk Mercedes-Benz C-Class W204 cukup menggoda dengan model berusia 8 tahun kini bermula dari sekitar RM 50,000.

Walaupun harganya kini makin hampir dengan Perodua Myvi baru, perlu diingatkan bahawa komponen, alat ganti dan penyelenggaraannya masih lagi sebuah Mercedes. Kereta mungkin susut nilai tetapi komponen dan alat ganti tidak susut nilai.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 17

Saranan kami adalah untuk menyisihkan dana penyelenggaraan sekitar RM 5k hingga rm 10k jika anda berminat untuk menggunakan kereta Continental, tidak kira betapa rendah harga terpakainya. Sebelum anda memutuskan untuk membeli Mercedes-Benz C-Class W204 ini, apa kata semak dulu panduan serba sedikit untuk pengetahuan anda.

Baca: Mercedes-Benz C-Class W204 – kini serendah RM62k, baloi angkat ‘second hand’?

Pilihan alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 18

  • Volkswagen Passat 5 tahun - RM 46,800 / RM 550 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 7 tahun)
  • Mazda 6 Skyactiv 7 tahun - RM 55,800 / RM 750 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 6 tahun)

Mahukan kelainan dan keunikan?
Citroen DS3 - 6 tahun, RM 49,900 / RM 590 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 7 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 19

Kadang kala, anda mempunyai personaliti yang unik serta mahukan sesuatu yang menonjol lain dari yang lain. Memperkenalkan Citroen DS3, hatchback segmen B dari Perancis.

Jika ada satu perkara yang terkenal mengenai kereta Perancis di Malaysia, ia adalah susut nilai yang mengerikan penampilan kereta ini yang sangat unik.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 20

Citroen DS3 memang menepati citarasa yang unik malah hatchback Perancis ini mempunyai keunikan rekaan yang setaraf seperti sebuah MINI. Ukurannya juga hampir sama tetapi ia dilengkapi dengan reka bentuk yang lebih tersendiri dan malar segar.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 21

Secara umumnya, Citroen DS3 juga lebih jarang ditemui jika dibandingkan dengan MINI dan walaupun harga terpakai boleh menyusut sekitar RM 50k, komponen dan alat ganti tidak susut nilai. Seperti biasa, saranan kami untuk menyisihkan dana penyelenggaraan sekurang-kurangnya RM 5k.

Namun jika Perancis atau keunikan adalah sasaran anda, Citroen DS3 tidak akan salah. Malah, anda akan melihatnya setiap hari dengan senyuman.

Pilihan alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 22

  • Hyundai Veloster berusia 8 tahun - RM 39,800 / RM 620 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 5 tahun)
  • Chevrolet Sonic berusia 8 tahun - RM 24,000 / RM 370 sebulan (kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 5 tahun)

Tak nak pening-pening fikir?
Honda Civic FC - 5 tahun, RM 72,800 / RM 780 sebulan*

*Kadar faedah 3.5% dengan pinjaman 8 tahun

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 23

Sekarang untuk kategori selamat, kita mempunyai pembeli yang hanya mahukan sebuah kereta yang boleh diharap dan terbukti. Nah, dengan harga Nissan Almera 1.0 Turbo baru, apa kata pertimbangkan Honda Civic FC terpakai?

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 24

Banyak lagi masa sebelum Honda Civic FE generasi baru akan tiba di Malaysia malah Honda Civic FC pra-facelift juga tak banyak beza dengan model facelift. Oleh itu, Honda Civic terpakai adalah pilihan yang sangat selamat kerana sedan ini hampir sempurna.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 25

Semua tahu bahawa Honda Civic FC adalah kereta terbaik yang mampu mengekalkan nilai kereta di Malaysia. Di samping itu, kos pemilikan Honda Civic juga cukup berpatutan. Oleh itu, bagi mereka yang tak mahu susah-susah berfikir panjang, apa kata pertimbangkan Honda Civic FC?

Pilihan Alternatif:

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 26

Begitulah beberapa kereta yang kami cadangkan untuk mereka yang mempunyai gaji bulanan sekitar RM 4,000. Sebilangan pilihan yang dinyatakan ini perlu diingatkan bahawa kos penyelenggaraan mungkin lebih tinggi dari jangkaan. Sebagai contoh, kereta dengan tayar yang lebih besar memerlukan kos selenggara yang lebih tinggi.

Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class! 27

Yaris dan Vios adalah pilihan mudah untuk kereta baru

Kereta terpakai zaman sekarang pun dah ada waranti dari penjual tetapi ia masih terhad kepada platform jualan seperti Carsome. Jika anda masih ragu-ragu dengan pembelian kereta terpakai, ikuti Wapcar untuk lebih maklumat lanjut mengenai pembelian kereta terpakai!

Bacaan Lanjut:

Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Tip beli kereta terpakai: Apa yang perlu dirasai apabila nak pandu uji kereta terpakai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda