window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh!

Zamil Syaheer · Aug 1, 2021 08:00 PM

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 01

Model Kancil adalah kereta pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, lebih dikenali sebagai Perodua selepas penubuhannya pada tahun 1992. Ia adalah hatchback lima pintu kecil dengan rangka 'monocoque' yang boleh memuatkan lima orang berdasarkan Daihatsu Mira L200.

Model Perodua Kancil berikutnya hanya menukar beberapa bahagian kosmetik dan sedikit perubahan terhadap trenkuasa asalnya.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 02

Enjin 660 cc pada Perodua Kancil keluaran tahun 1994. Imej oleh Carousell.

Sepanjang hayatnya, Perodua Kancil ditawarkan dengan dua pilihan enjin, versi 660 cc dengan 31 PS dan 850 cc dengan 37 PS. Terdapat dua pilihan transmisi, iaitu manual 4-kelajuan atau 5-kelajuan (4-kelajuan tidak ditawarkan pada 850), dan automatik 3-kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 01

Perodua Kancil dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 1994 oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dua varian ditawarkan, iaitu EX dan GX, keduanya dikuasakan oleh enjin 660 cc dan dipadankan ke transmisi manual (EX: 4-kelajuan, GX: 5-kelajuan).

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 02

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 03

Perodua Kancil EZ 1995. Imej oleh Dimensi.my.

Beberapa bulan kemudian, pada Januari 1995, Perodua Kancil EZ dilancarkan. Ia hadir dengan transmisi automatik 3-kelajuan, serta menambah beberapa kelengkapan dari varian GX seperti bampar berwarna, kunci tombol gear, ‘moulding’ sisi, tanda bahaya dan kit pertolongan cemas untuk model berwarna metallic dan mica sahaja.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 04

Broshur Perodua Kancil 1994. Imej oleh Midnite Oil.

Harga bermula dari RM28,931.14 untuk warna solid (Kristal White dan Bunga Raya Red), RM 29,838.14 untuk versi Metallic (Kilauan Silver) dan RM 30,214.00 untuk versi Mica (Blue Mica) di Semenanjung Malaysia.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 05

Broshur Perodua Kancil 1994. Imej oleh Midnite Oil.

Pada bulan Ogos 1996, Perodua Kancil 850 cc dilancarkan. Ia hadir dengan varian GX (transmisi manual) dan EZ (transmisi automatik), dijual sekali bersama varian 660 cc yang sedia ada.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 06

Broshur Perodua Kancil 1994. Imej oleh Midnite Oil.

Ciri dan warna Kancil 850 cc diambil dari kedua-dua varian GX dan EZ 660 cc, dengan tambahan tingkap kuasa depan, dan dengan warna baru Violet Purple.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 07

Perodua Kancil Era, dengan warna dwi-tona yang nampak JDM. Rim pun lain. Imej oleh HanGaraj.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 08

Imej oleh Kaki Kereta.

Dengan enjin yang lebih besar termasuklah beberapa penambahan kelengkapan, harganya lebih tinggi daripada versi 660 cc. Selain itu, Perodua juga memperkenalkan varian sporty iaitu Kancil Era berasaskan varian 850 cc GX dengan warna dwi-tona hitam dan perak.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 09

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 10

Pada bulan Januari 1997, Perodua menghasilkan Kancil ke-100,000, dengan purata pengeluaran bulanan pada waktu itu mencecah 4,000 unit.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 11

Eksport pertama Perodua ke Brunei, pada 4 Mac 1996.

Secara keseluruhan 722,223 unit Kancil telah meninggalkan kilang, dan sekitar 14,000 unit dieksport ke 19 negara lain termasuk, Mauritius, Sri Lanka dan juga United Kingdom.

Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh! 12

Komputer punya pasal, jualan Perodua Kancil melonjak. Apa cerita?

Malah, pada awal 2000-an, ada satu fenemona menarik dimana penjualan Perodua Kancil tetiba melonjak naik dengan ketara sehingga menggugat jualan Proton, semuanya disebabkan oleh komputer peribadi. Pelik bukan? Anda boleh baca kisah sepenuhnya disini.

Hebat tak hebat Perodua Kancil ini? Siapa disini mempunyai kenangan dengan kereta ini, atau masih lagi memilikinya? Jangan segan untuk kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Juga baca:

Sejarah Perodua Kancil – 25 tahun yang mencipta kenangan rakyat Malaysia

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Perodua Kancil drift tunjukkan semangat muhibbah dalam komuniti kereta Malaysia!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda