Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja?

Zamil Syaheer · Aug 13, 2021 03:00 PM

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 01

Honda hari ini telah mengumumkan bahawa tanda nama Integra yang berlegenda akan kembali pada tahun 2022! Sekiranya anda risau bahawa nama Integra ini akan kembali dalam bentuk SUV - usah risau, ia sememangnya akan kembali sebagai sportscar sejati.

Honda telah memberi jaminan kepada peminat bahawa Integra akan kembali sebagai sebuah kereta premium kompak baru, dan akan kembali semula sebagai produk berprestasi dalam portfolio syarikat.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 02

Logo baru Integra.

Namun begitu, pengumuman tersebut dibuat oleh American Honda Motor Co., khusus untuk jenama premium Acura.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut sama ada Acura Integra 2022 akan dijual di luar AS, dan lebih penting lagi, adakah versi pemanduan sebelah kanan bakal dikembangkan?

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 01

Satu-satunya imej acah oleh Acura.

"Integra sudah kembali," kata Wakil Presiden Jon Ikeda dan Pegawai Jenama Acura. "Saya amat teruja untuk mengatakan bahawa Integra akan kembali ke barisan produk Acura dengan semangat dan DNA yang fun-to-drive, memenuhi motto Precision Crafted Performance dalam segala aspek - reka bentuk, prestasi dan pengalaman pemanduan."

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 02

Selain kenyataan tersebut, Honda tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut, sambil menambah bahawa lebih banyak perincian mengenai Acura Integra baru akan didedahkan pada masa akan datang.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 03

Integra RSi/XSi DA6 - permulaan lagenda VTEC.

Nama Integra digunakan buat pertama kali pada motosikal Honda, iaitu VT250F Integra, sebelum Honda mengambil nama dan meletakkannya di model kereta yang diberi nama Quint Integra. Nama tersebut telah dipendekkan, hanya tinggal Integra sahaja pada model seterusnya.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 04

Integra adalah nama ikonik dalam sejarah Honda kerana Integra RSi / XSi DA6 adalah kereta pertama yang menampilkan enjin B16A VTEC berlegenda pada tahun 1989. Ia juga merupakan kereta pertama yang memecahkan penghalang 100 hp per liter untuk enjin aspirasi natural.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 05

Jika anda kaki layan video 'Best Motoring' atau 'Hot Version', anda pasti tahu impak kereta ini.

Honda Integra Type R generasi DC2 dengan warna Championship White merupakan salah satu produk Honda terbaik pada tahun 90-an. Di AS, model itu dijual dibawah jenama Acura.

Contoh yang tidak diubahsuai jarang dilihat pada dijual pada harga yang amat mahal pada masa kini. Terdapat juga versi empat pintu, termasuk varian Type R.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 06

Generasi DC5 adalah yang terakhir dari tanda nama Integra, dan pengeluaran sportscar ini dihentikan pada tahun 2006.

Pasaran kereta berprestasi bukan premium yang merosot (kerana 'peminat' banyak sembang je kat internet, dan lebih suka membeli kereta prestasi terpakai yang murah) menyebabkan Honda tidak mampu untuk mengembangkan lebih banyak model Type R.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 07

Jadi apa yang telah berubah hari ini? Tidak banyak, tetapi kenyataan akhbar Honda menunjukkan bahawa Integra yang dilahirkan semula akan diposisikan semula sebagai tawaran premium, di atas Honda Civic Type R.

Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja? 08

Sasaran elektrifikasi Honda. Adakah Acura Integra 2022 akan menjadi model hibrid-elektrik?

Tetapi jenama Acura bukan Lexus atau Genesis, jadi agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia bakal mencabar Audi A3, tetapi kami yakin Honda lebih arif dalam soal ini.

Bagaimana Acura Integra 2022 akan wujud dalam keadaan dunia penuh dengan batasan peraturan pelepasan CO2 yang ketat adalah isu lain. Nissan 400Z misalnya, tidak akan dijual di negara Eropah atas sebab ini. Jadi, kita tunggu dan lihat.

Juga baca: Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru