window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar!

Mersita · Aug 15, 2021 11:59 AM

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 01

SUV dan crossover semakin membanjiri pasaran dan ketinggiannya adalah salah satu sebab mengapa ia menjadi idaman ramai. Hampir semua jenama menawarkan sekurang-kurangnya satu model SUV dalam barisan tawaran mereka. Tapi, tak semua tahu betapa besarnya dan di mana ‘blind spot’ SUV.

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 02

Bila nampak kereta besar sebegini di belakang anda, rasa tak senang pulak. Bagi lalu je lah

Walaupun ketinggian SUV menjadi daya penarik kepada pemandu yang inginkan perhatian ketika meluncur di jalan raya, perhatian yang diperolehi ada harganya – pemandu akan mempunyai blind spot (titik buta) lebih besar. Dalam entri terdahulu, kami sudah bincangkan maksud ‘blind spot’ dan apa yang perlu anda lakukan untuk pemanduan lebih selamat.

Baca juga: Blind spot – kenali titik buta kereta anda untuk elak berlanggar dari tepi

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 01

Perlu diingatkan, SUV jauh lebih besar saiznya daripada Perodua Axia yang digunakan di institut memandu. Bagi yang kurang pengalaman memandu, SUV mungkin agak menakutkan dan anda perlu tambah ilmu terlebih dahulu. Teruskan membaca untuk kenalpasti perkara-perkara yang perlu diketahui tentang ‘blind spot’ SUV.

Baca juga: Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV?

Jika dibandingkan dengan sedan dan hatchback yang saiznya lebih kecil, SUV mempunyai kawasan ‘blind spot’ lebih besar. Perkara ini bukan saja melibatkan bahagian belakang kereta semasa hendak menukar lorong di lebuh raya, namun ia juga melibatkan bahagian depan kereta.

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 02

Anda mungkin perasan yang walaupun anda dapat sudut pandang lebih jauh dan jelas dari dalam SUV, anda mungkin akan berdepan masalah dalam mengagak posisi hujung ‘hood’ depan SUV anda.

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 03

Zon titik buta hadapan dalam pelbagai SUV dan trak yang dijual di Amerika Syarikat (Sumber)

Menurut satu kajian dijalankan oleh Consumer Reports, sedan biasa mempunyai ‘blind spot’ hampir 4 meter bagi pemandu berketinggian sederhana, manakala SUV biasa mempunyai ‘blind spot’ sepanjang 5.5 meter.

Angka sebenar juga bergantung kepada ketinggian pemandu itu sendiri; lebih pendek atau kenit pemandunya, lebih besar kawasan ‘blind spot’nya.

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 04

Besar kawasan ‘blind spot’ juga bergantung kepada saiz SUV berkenaan. Contohnya, sebuah Honda HR-V mempunyai ruang ‘blind spot’ lebih kecil berbanding SUV lebih besar seperti Proton X70 atau Toyota Fortuner.

Baca juga: Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol?

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 05

Mujur kebanyakan SUV serba baharu dijual di Malaysia menawarkan beberapa kelengkapan bagi mengatasi ruang ‘blind spot’nya yang besar. Kebanyakannya dilengkapi dengan ‘blind spot monitor’ yang memberi amaran kepada pemandu sekiranya ada kenderaan atau ‘rider’ Grab/Panda tiba-tiba ‘mencilok’ laju di tepi SUV anda.

Baca juga: Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang?

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 06

Lagipun, beberapa SUV dan trak pikap juga menawarkan kamera 360 darjah yang amat berguna untuk pengemudian, terutama sekali bagi pemilik baru SUV. Kamera-kamera ini juga boleh dibeli di pasaran ‘aftermarket’, tapi kami sarankan anda supaya mencari orang yang pakar dalam pemasangan kamera sebegini bagi mengelakkan sudut pemasangan yang salah.

Baca juga: 5 ciri yang wajib ada dalam kereta baru!

Pandu SUV memang ‘best’, boleh nampak lagi jauh. Tapi jaga-jaga, ‘blind spot’ SUV lagi besar! 07

Walaupun kamera boleh membantu anda dalam meningkatkan pengalaman pemandu dan menampakkan kawasan yang tak nampak, anda wajib untuk sentiasa awas dengan persekitaran anda. Tak kisahlah apabila menukar lorong di lebuh raya atau membuat U-turn tajam, sentiasa beringat-ingat untuk periksa keadaan dengan melihat cermin atau menoleh ke belakang. Jangan bergantung 100% pada sistem bantuan pemandu semata-mata.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda