window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia?

Haris · Aug 17, 2021 11:59 AM

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 01

Salah satu model Suzuki baharu paling murah, Suzuki S-Presso dikhabarkan akan dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi. Sekiranya khabar angin ini benar, Indonesia akan menjadi pasaran kedua di rantau ini yang menerima Suzuki S-Presso selepas Filipina.

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 02

Menurut laporan Suara.com, Suzuki Indonesia ingin memperkenalkan S-Presso di kepulauan Nusantara tersebut sebagai saingan kepada duo Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Malah, persaingan lebih sengit di sana dengan kehadiran Renault Kwid dan Kia Sonet. Dua model terakhir ini sebenarnya adalah saingan utama Suzuki S-Presso di pasaran India.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 01

Sumber yang sama juga menambah bahawa Suzuki S-Presso mungkin berharga di bawah IDR 100 juta (~ RM 30k), di mana tanda harga ini dengan selesa mengalahkan kesemua pesaingnya.

Sebagai perbandingan, Renault Kwid pasaran Indonesia pula berharga antara IDR 152 juta (~ RM 45k) hingga 161 juta (~ RM 47k).

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 02

Di India, Suzuki S-Presso berharga antara INR 377,000 (~ RM 22k) hingga INR 505,000 (~ RM 29k, varian VXi paling atas dengan transimisi AMT).

Baca: Selepas usaha separuh masak Proton, Suzuki Ertiga bakal di rebadge Toyota?

Sepintas lalu Suzuki S-Presso

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 03

Suzuki S-Presso secara asasnya mirip seperti sebuah Perodua Axia Style - sebuah crossover. Di India, lebih kurang 14 varian Suzuki S-Presso yang ditawarkan, dikuasakan oleh enjin 3-silinder 996cc yang sama. Bergantung pada varian, pilihan bahan api enjin bergantung sama ada petrol atau gas asli termampat (CNG).

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 04

Oleh itu, puncak kuasa juga berbeza - varian petrol mampu mencecag 68 PS dan 90 Nm, sementara versi CNG hanya cukup dengan 59 PS dan 78 Nm. Angka-angka ini mungkin kelihatan kecil tetapi perlu diingatkan bahawa Suzuki S-Presso sangat ringan - beratnya sekitar 726 kg hingga 854 kg sahaja!

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 05

Pilihan transmisi adalah berkisar manual 5-kelajuan dan transmisi automatik manual 5-kelajuan (AMT, tetapi Suzuki menggelarkannya sebagai AGS - Auto Gear Shift).

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 06

Ciri keselamatan Suzuki S-Presso merangkumi beg udara berganda, brek ABS, dan EBD. Tiada kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman yang ada pada Suzuki S-Presso.

Baca: Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul

Ada peluang untuk ke Malaysia?

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 07

Tidak perlu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Suzuki S-Presso dilancarkan di Malaysia. Tanpa pemasangan tempatan, sistem percukaian Malaysia akan menghumum Suzuki S-Presso buatan India terlalu mahal dalam segmennya. Sebagai konteks, Perodua Axia dengan pelbagai kelebihan cukai berharga sekitar RM 23k hingga RM 41k.

Baca: Tak perlu kereta nasional ketiga, perlu cukai kereta yang lebih adil! - ini saranan MAA

Suzuki S-Presso, pesaing Axia Style yang berharga dari RM 30k bakal ke Indonesia? 08

Suzuki Malaysia melalui Naza Eastern Motors kini sedang melihat kepada produk yang lebih sesuai dari segi harga untuk dipasarkan di Malaysia. Ketika ini, 2 model dalam barisan produk Suzuki Malaysia adalah Suzuki Swift Sport dan Suzuki Jimny.

Baca: Suzuki Swift 1.2L generasi baru untuk Malaysia akan diimport dari Thailand, pelancaran tahun 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda