window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ

Haris ยท Aug 20, 2021 08:00 PM

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ 01

Sambutan bulan kemerdekaan menyaksikan rakyat Malaysia dengan bangganya mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh pelusuk negara. Malah, tidak terkecuali bagi mereka yang gemar menyemarakkan bulan kemerdekaan melalui kenderaan masing-masing.

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md Isa, rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terlalu ghairah dalam menghias kereta dengan Jalur Gemilang sehingga tahap merbahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ 01

"Tiada halangan untuk memasang bendera selagi tidak mengubah struktur pada kenderaan. Bagaimanapun, kita menasihatkan supaya jangan terlalu ghairah dan abai soal keselamatan," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-64 di Ibu Pejabat JPJ, Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Baca: Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya!

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ 02

Beliau juga telah melekatkan jalur gemilang dalam upacara flag off pada kenderaan jabatan sebelum ke kaunter urusniaga menyerahkan Jalur Gemilang kepada pelanggan yang hadir berurusan di kaunter.

Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ 03

Pada masa yang sama, pihak JPJ turut mewar-warkan bahawa terdapat 70% pengurangan bayaran saman yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia. Pengurangan bayaran saman ini dilakukan bersempena bulan kemerdekaan dan bakal tamat pada 16 September 2021, Hari Malaysia.

Baca juga: Promo diskaun saman JPJ sehingga 70% sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda