window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini!

Khairil ยท Aug 24, 2021 11:00 AM

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 01

Selepas tampil dengan prestasi memberangsangkan dalam saingan Moto2 di Kejuaraan CEV FIM musim ini, pelumba negara Adam Norrodin akan kembali membuat penampilan dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia di GP Britain, minggu ini.

Peluang berlumba bersama pasukan Petronas Sprinta Racing itu diperoleh Adam bagi menggantikan pelumba pasukan itu, Jake Dixon bakal beraksi dalam saingan elit MotoGP.

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 01

Dixon dalam pada itu diberikan peluang beraksi dalam kancah MotoGP selaku pengganti kepada pelumba Itali, Franco Morbidelli yang sedang menjalani proses pemulihan susulan pembedahan lutut.

Buat Adam, ini bukan penampilan sulungnya dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia. Dia pernah beberapa kali beraksi dalam saingan Moto2 pada musim 2019 termasuk di GP Malaysia bagi menggantikan seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang mengalami kecederaan ketika itu.

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 02

Adam ketika beraksi dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia 2019. Sumber imej: MotoGP

Di CEV FIM musim ini, Adam, 23 yang pernah beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dalam kelas Moto3 berjaya meraih keputusan positif dengan mendaki tiga podium dan menghuni tangga kelima keseluruhan dalam kelas Moto2.

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 03

"Sukar untuk meluahkan dengan kata-kata bagaimana perasaan untuk kembali beraksi di Kejuaraan Dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk berlumba," kata Adam.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Razlan (Razali, Prinsipal Petronas Yamaha SRT) dan pasukan atas peluang ini. Ia satu penghormatan yang besar, saya akan cuba melakukan yang terbaik dan saya amat teruja untuk kembali berlumba menggunakan jentera Moto2. Saya juga tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan pasukan Petronas Sprinta Racing."

Juga baca: Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British!

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 04

Bagi Razlan, prestasi yang ditunjukkan Adam dalam saingan Moto2 di CEV menjadikannya calon terbaik untuk menggantikan Dixon.

"Ini adalah antara objektif pasukan seperti kami dan apabila terjadi situasi seperti ini, kami boleh meletakkan pelumba muda Malaysia ke dalam pasukan. Ini juga adalah peluang untuk Adam terus berkembang dan meletakkan tanda aras untuk dirinya bersaing dengan pelumba-pelumba dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Dunia.

Juga baca: Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!

Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini! 05

"Dengan berita pembatalan GP Malaysia 2021, ini mungkin satu-satunya peminat sukan permotoran untuk melihat seorang lagi pelumba Malaysia di Moto2," kata Razlan yang turut tidak meletakkan sasaran tinggi kepada Adam.

Sumber imej: FB ZK Racing

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda