window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70?

Haris · Sep 25, 2022 11:59 AM

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 01

Seperti lampu hadapannya yang terbahagi dua, Nissan X-Trail generasi baharu telah membahagikan pandangan warga maya di media sosial mengenai penampilan terbaharunya. 

Ada yang menggemari rekaan terbaharu SUV segmen C ini namun ada juga yang mengatakan bahawa rekaan moden ini lebih mudah ditelan arus zaman.

Justeru, apa kata kita tengok dengan lebih dekat Nissan X-Trail generasi baharu T33 yang mungkin bakal menjengah Malaysia dan tentukan sendiri sama ada ia mampu menggegar pasaran atau tidak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Luaran: Futuristik sebelum BMW

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 01

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 02

Maaf BMW X7 2023, Nissan sebenarnya telah hadir dengan lampu hadapan terbahagi dua sebelum anda. Digabungkan dengan gril hadapan V-Motion, Nissan X-Trail T33 nampaknya mempertaruhkan rekaan yang lebih futuristik untuk tampil berbeza dengan generasi terdahulu.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 03

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 04

Fender yang jelas menonjol pada bahagian sisi menambahkan lagi rupa yang kekar. Ia disempurnakan dengan padanan set rim 18-inci yang 5 jejari sofistikated, dalam dwi-tona yang sangat popular sekarang.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 05

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 06

Nissan X-Trail T33 kini dibangunkan di atas platform yang sama dengan Mitsubishi Outlander 2022 generasi baharu, jadi bentuk badan SUV ini secara amnya adalah serupa. Sudahkah anda melihat Mitsubishi Outlander generasi baharu?

Baca: Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 07

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 08

Kerjasama antara ketiga-tiga pengeluar kenderaan tersebut nampaknya membuahkan hasil dengan beberapa model baharu yang nampak boleh menghidupkan semula minat terhadap jenama masing-masing. Terkini, Mitsubishi ASX kini adalah model rebadge daripada Renault Captur.

Baca: 2023 Mitsubishi ASX generasi baharu didedah - rebadge Renault Captur, selepas bertahun tiada khabar!

Kabin dalaman: Rupa conti, praktikaliti Jepun

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 09

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 10

Aksesori oleh Autech

Bergerak ke bahagian dalam pula, persembahan kabin ternyata nampak menyegarkan. Jika diperhatikan garis-garis papan pemuka yang diaksen dengan perincian krom, ia kelihatan seperti sebuah kereta Eropah. Konsol tengah juga cukup untuk mengingatkan anda bahawa ini adalah sebuah SUV segmen-C.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 11

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 12

Di beberapa bahagian, skrin infotainment misalnya, kelihatan seperti mengambil inspirasi dari pengeluar Jepun. Terdapat gugusan instrumen digital sepenuhnya mengikut varian serta unit infotainmen 12.3-inci, dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 13

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 14

Tempat duduk baris ketiga

Di Jepun sekurang-kurangnya, Nissan X-Trail T33 ditawarkan dalam kedua-dua pilihan 5 tempat duduk atau 5+2. Tempat duduk baris ketiga boleh ditegakkan atau dilipat mengikut keperluan, boleh dikatakan sama seperti VW Tiguan Allspace.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 15

Bahan tempat duduk sebahagian besarnya diperbuat daripada bahan yang dipanggil oleh Nissan TailorFit.

Nissan mendakwa, matlamat fabrik ini adalah untuk mencipta "bahan tempat duduk yang ideal" - terasa lebih baik daripada kulit atau fabrik biasa, seperti memakai pakaian yang dijahit muat-muat untuk badan.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 16

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 17

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 18

Di samping tempat duduk dengan upholsteri mewah, Nissan juga menawarkan banyak teknologi dan kemudahan di dalam X-Traik T33 ini. Terdapat gugusan instrumen digital (pada varian yang lebih tinggi), heads up display dan bumbung suria yang luas.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 19

Kini anda tahu apa sebabnya panel ini ada

Terdapat juga punca bekalan kuasa AC 100V (1500W), yang sangat berguna jika anda memerlukan. Namun, fungsi ini berkemungkinan besar tidak ditawarkan di Malaysia, jika tiba.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 20

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 21

Ruang but telah meningkat kepada 585 liter dengan tempat duduk baris kedua ditegakkan, manakala pintu belakang berkuasa dipasang standard untuk kesemua varian.

Prestasi: Generasi baharu, kuasa baru

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 22

Bergantung pada pasaran dan konfigurasi, Nissan X-Trail dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.5 liter NA suntikan terus yang menghasilkan 183 PS dan 245 Nm, atau enjin 3-silinder 1.5 liter pengecas turbo dengan kod nama KR15DDT. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik CVT dari Jatco.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 23

Ini adalah enjin baharu yang lebih kompleks dengan penngunaan sistem pautan berbilang menggantikan conrod biasa. Ia menggabungkan teknologi mampatan berubah-ubah dengan pengecasan turbo secara berkesan.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 24

Pengurangan satu silinder juga bermakna Nissan boleh mengaplikasikan motor siri hibrid e-Power khas mereka pada enjin 1.5 liter itu dan masih mengekalkan berat yang rendah. Nissan X-Trail spesifikasi Jepun adalah model yang disertakan dengan sistem hibrid pengecas turbo ini.

Sistem hibrid-siri ini bermakna enjin tidak memacu roda secara langsung tetapi hanya digunakan sebagai pengecas untuk mengecas bateri voltan tinggi yang seterusnya memacu motor elektrik. Motor elektrik memacu roda dengan angka kuasa mencecah 201 PS dan 305 Nm.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 25

Teknologi e-Power juga mendapat pemanduan satu pedal, dipanggil e-Pedal.

Sebagai perbandingan, hibrid siri selari seperti Honda e:HEV atau Toyota Hybrid Series menggunakan enjin untuk memacu roda di samping mengecas bateri voltan tinggi.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 26

Pemanduan dibantu lagi oleh teknologi pacuan elektrik semua roda e-4orce baharu jenama itu. Ia mampu menilai permukaan jalan dan keadaan kenderaan serta-merta, penting untuk memaksimumkan geseran dengan mengawal daya dan brek motor elektrik hadapan dan belakang untuk memaksimumkan cengkaman.

Keselamatan: ADAS penuh ke hadapan

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 27

Selain rangkaian kuasa dan rekaan baharu, Nissan X-Trail (T33) 2023 dilengkapi dengan suite Nissan Safety Shield ADAS merangkumi:

  • Autonomous Emergency Braking dengan pengesan pejalan kaki (AEB)
  • Forward collision warning (FCW)
  • Blind Spot Warning dengan Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Auto high-beam (AHB)
  • Traffic sign recognition (TSR)

Adakah 2023 Nissan X-Trail akan tiba di Malaysia?

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 28

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 29

Persoalan terbesar mengenai bila Nissan X-Trail 2023 tiba di Malaysia masih belum terjawab. Lazimnya, ia mengambil masa lebih daripada setahun antara pelancaran awal sehingga jualan tempatan. Ambil kira juga masa untuk merancang pemasangan tempatan (CKD) kerana industri masih berdepan dengan masalah kekurangan cip dan bekalan.

33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70? 30

Harga tentunya akan meningkat. Nissan X-Trail T33 kini berharga antara JPY 3.2 juta (~RM 100,257) hingga JPY 5 juta (~RM 158,177) untuk generasi baharu, kira-kira 15 peratus peningkatan sejak model facelift generasi terakhir.

Kenaikan harga ini juga boleh digandakan dengan kejatuhan nilai Ringgit kita. Namun, kesemuanya masih belum muktamad.

Untuk rujukan, Nissan X-Trail T32 generasi sekarang masih dijual dengan harga seperti berikut:

Harga Nissan X-Trail di Malaysia
Varian Harga
2.0 2WD RM 136,888
2.0 2WD Mid RM 149,888
2.5 4WD RM 161,888

Baca: Tempahan Nissan X-Trail 2023 T33 di Jepun cecah 12k dalam 2 minggu selepas pelancaran!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda