window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah?

Haris ยท Jun 22, 2020 02:23 PM

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 01

Beberapa minggu yang lalu, Honda Malaysia melancarkan Honda BR-V facelift 2020 selepas tiga bulan mengambil tempahan.

Jadi apakah kemaskini terbaru yang dibawakan oleh Honda untuk mengekalkan minat dan nilai jualan model ini?

Kami senaraikan kesemuanya satu-persatu untuk anda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaaan luar 

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 01

Perubahan paling ketara tentulah pada rekaan gril hadapan. Terdapat dua bilah melintang di bahagian gril hadapan berbanding satu bilah melintang pada generasi terdahulu. Ini petanda mudah untuk anda membezakan kedua-dua generasi ini di atas jalanraya.

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 02

Selain itu, gaya lampu kabus menjadi lebih agresif dengan bumper yang turut direka semula.

Honda BR-V 2020 facelift terbaru turut menggunakan rim aloi 16 inci. Terdapat juga warna baharu iaitu ungu ‘Marine Purple Pearl’.

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 03

Bergerak ke bahagian belakang pula, pemantul cahaya yang lebih besar disesuaikan pada bahagian bawah penutup bonet dengan antena jenis ‘shark fin’.

Rekaan dalaman 

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 04

Tiada perubahan ketara pada rekaan dalaman Honda BR-V terbaru ini.

Perubahan yang boleh ditonjolkan adalah tambahan sedikit kemasan rona maroon dan tambahan 2 pembesar suara kecil, menjadikan jumlah keseluruhan pembesar suara menjadi 6.

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 05

Juga didatangkan dengan 2 paddle shifter pada stereng yang boleh digunakan ketika gear berada pada kedudukan L.

Lebih menarik lagi adalah tawaran penapis udara kabin yang tiada pada generasi sebelum ini.

Aspek keselamatan

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 06

Tiada penambahan. Agak kecewa dengan aspek keselamatan yang tidak mendapat kemaskini yang sepatutnya. Masih lagi 2 beg udara

Tren kuasa

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 07

Tiada penambahan. Enjin petrol empat silinder 1.5 liter yang menjana 120 PS kuasa kuda pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm masih dikekalkan. Transmisi CVT automatik turut dikekalkan.

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 08

Namun begitu, enjin ini adalah enjin paling berkuasa berbanding pencabar terdekatnya iaitu Perodua Aruz. Perodua Aruz hanya menjana sebanyak 105 PS kuasa kuda dan 136 Nm tork sahaja dengan berat keseluruhan yang lebih tinggi.

Harga

Honda BR-V 2020 facelift: Apa yang berubah? 09

Naik sekitar RM 9,000 untuk semua varian. Honda BR-V varian 1.5 E kini berharga RM 89,900 (naik RM 8,911), sementara itu varian 1.5 V pula berharga dari RM 96,900 (naik RM 9,199).

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda