window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab

Haris · Nov 25, 2021 06:00 PM

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 01

Baru-baru ini, tinjauan mendapati bahawa rakyat Malaysia rupanya ramai yang meminati jenis trak pikap bersaiz penuh - trak pikap dengan berat 6,001 lbs (2,722 kg) ke atas. Model seperti Toyota Tundra dan Ford F-150 adalah contoh yang lebih dikenali dan diidamkan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pilihan tempatan hanya terhad kepada trak pikap bersaiz pertengahan dan tentunya, Toyota Hilux yang paling terkenal.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terbaru, Toyota Tundra generasi ketiga telah dilancarkan di Amerika Syarikat. ‘Abang besar’ Toyota Hilux ini adalah penanda aras kepada trak pikap kegemaran Malaysia ini, oleh itu sebarang penambahbaikan kepada Tundra boleh dijangka akan hadir ke Hilux.

Kali ini, kami akan menjawab persoalan warganet mengenai Toyota Tundra di hantaran sebelum ini!

Baca: Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang!

Kena masuk 2 kotak parkir?

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 01

Visual Toyota Tundra adalah aspek yang paling menonjol pada trak pikap ini. Antara soalan lazim mengenai Toyota Tundra adalah saiznya. Oleh yang demikian, berikut adalah perbandingan antara Toyota Tundra dengan Toyota Hilux:

Perbezaan Saiz Tundra vs Hilux
Model Toyota Tundra (Double Cab 4WD, 8’ box) Toyota Hilux (Double Cab)
Panjang 6,289 mm 5,330 mm
Lebar 2,029 mm 1,855 mm
Tinggi 1,941 mm 1,815 mm 
Jarak Roda 4,180 mm 3,085 mm

Perbezaan antara kedua-dua model ini agak besar, menunjukkan bahawa Tundra adalah sebuah produk yang diposisikan jauh lebih tinggi berbanding Toyota Hilux yang sedia ada.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 02

Perbandingan visual secara kasar

Untuk jawapan kepada persoalan yang ditunggu-tunggu, berdasarkan ukuran kotak parkir di Malaysia, panduan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan memberi ukuran seperti berikut. 

Baca: Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus?

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 03

Panduan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Secara teknikalnya, Toyota Tundra masih muat untuk diparkir di kotak parkir standard yang ada di Malaysia dari segi kelebaran. Ini tidak menjadi masalah untuk parkir jenis menegak. Namun, Toyota Tundra mungkin memerlukan 2 kotak parkir sekiranya terpaksa parkir secara selari (parallel parking) kerana panjang trak 6,289 mm.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 04

Toyota Tundra dalam petak parkir di AS. Imej: Reddit

Jadi untuk menjawab persoalan tersebut, ya, Toyota Tundra memerlukan 2 kotak parking untuk parkir secara selari. Sekiranya trak ini diparkir secara menegak, bahagian depan atau belakang akan terkeluar dari petak tetapi yang penting, nak masuk parkir masih muat.

Roadtax demam nak bayar?

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 05

Di atas kertas, Toyota Tundra mempunyai beberapa jumlah yang agak mengagumkan. Pertama sekali, varian paling atas Toyota Tundra dilengkapi dengan enjin V6, 3.4 liter turbo berkembar V35A-FTS dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang mampu menghamburkan sehingga 389 hp dan 649 Nm

Enjin ini ditingkatkan lagi dengan pilihan enjin hibrid yang meningkatkan lagi puncak kuasa kepada 437 hp dan 790 Nm.

Kekuatan ini mampu diterjemahkan kepada kemampuan menunda sehingga 5, 443 kg manakala had mengangkut adalah sehingga 880 kg. Sebagai konteks, Perodua Axia E manual adalah seberat 825 kg oleh itu, Toyota Tundra 2021 ini mungkin mampu mengangkut Axia pada bahagian muatan belakang celah jari rim sahaja.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 06

Ya, Toyota Amerika turut menjual stiker kenderaan rasmi

Untuk cukai jalan, Toyota Tundra diklasifikasikan sebagai trak pikap, justeru ia jatuh di bawah kenderaan bukan saloon. Kenderaan bukan saloon membayar sehingga 60% kurang cukai jalan berbanding kereta saloon. Cukai jalan di Sabah dan Sarawak juga lebih murah berbanding Semenanjung.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 07

Sebelum ini Toyota Tundra menggunakan enjin V8, 5.7 liter namun enjin ini telah digugurkan kerana agak lama dalam pasaran. Enjin V6 3.4 liter baharu cukup untuk memberikan lebih kuasa untuk trak pikap ini di samping menepati piawaian dan ciri-ciri moden.

Berikut adalah kiraan cukai jalan Toyota Tundra:

Cukai jalan - enjin 5.7 liter, trak pikap (non saloon car)
Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
RM 5,960 RM 4,143
Cukai jalan - enjin 3.4 liter, trak pikap (non saloon car)
Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
RM 2,280 RM 1,383

Sebagai perbandingan, enjin 5.7 liter untuk kenderaan saloon (sedan dan sebagainya) membayar sehingga RM 14,280 di Semenanjung untuk enjin tersebut dan hanya RM 4,669 untuk Sabah dan Sarawak. Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai 'roadtax demam nak bayar' oleh warganet.

Keliru dengan kiraan ini? Ikuti artikel lepas geram kami di sini.

Baca: Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang

Mustahil untuk masuk Malaysia?

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 08

Malangnya, walaupun ada yang begitu menginginkan trak pikap ini, agak mustahil untuk memilikinya di Malaysia.

Menurut rakan youtuber automotif Joe Beshir yang lebih berpengalaman dalam situasi import kenderaan terpakai di Malaysia, syarat lesen import (AP) tidak membenarkan trak pikap untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 09

Selain itu, Toyota Tundra juga tiada model pandu kanan (RHD). Negara penggemar trak pikap dan ute iaitu Australia juga masih berkira-kira untuk membawa atau membangunkan Toyota Tundra pandu kanan untuk pasaran RHD namun jangkaan sambutan trak pikap saiz penuh pandu kanan mungkin tidak sehebat di Amerika Syarikat.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 10

Toyota Tundra adalah sebuah produk yang khusus untuk Amerika Syarikat. Untuk membenarkan Toyota untuk membangunkan trak pikap ini dalam versi pandu kanan, ia memerlukan masa beberapa tahun selepas model pandu kiri dilancarkan. Di samping itu, pengeluaran di pasaran AS parlu mencapai tahap optimum terlebih dahulu dan ini menyukarkan untuk menjangkakan bila model pandu kanan boleh dibangunkan.

Kesimpulan

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 11

Walaupun ia masih jauh untuk hadir ke pasaran Malaysia, adalah menarik untuk melihat pembaharuan yang ditawarkan pada trak pikap ini kerana ciri-ciri dan rekaannya mungkin akan dibawa kepada model posisi rendah seperti Toyota Hilux.

Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab 12

Selamanya menjadi kebanggaan Amerika?

Bagi yang berminat, mengubah Toyota Hilux kepada rekaan Toyota Tundra mungkin sedikit sukar berbanding tugas-tugas mereplikasi Ford F-150 Raptor daripada Ford Ranger Raptor. Malah, adalah lebih senang mengubah gril Perodua Aruz menjadi gril Lexus. Di luar negara juga tak banyak rujukan untuk mengubah Toyota Hilux menjadi Toyota Tundra. Mungkin, ada rakyat Malaysia yang kreatif mahu menghasilkan replika Toyota Tundra?

Baca juga: Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda