window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah!

Khairil ยท Sep 22, 2021 11:00 AM

Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah! 01

Cukup mengerikan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap kemalangan maut  membabitkan seorang penunggang motosikal yang digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa yang berusia 60-an disyaki melanggar isyarat lampu merah menghala Lintang sebelum dilanggar lori berkenaan. Kecederaan parah yang menimpa mangsa menyaksikannya maut di lokasi kejadian. 

Juga baca: Langgar isyarat lampu merah paling banyak dilakukan penunggang p-hailing di Putrajaya!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah! 01

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin memetik laporan Utusan Malaysia berkata, kejadian berlaku ketika lori muatan tanah dipandu lelaki berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh.

Menurutnya, apabila lori berkenaan tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dari arah Lintang ke Sungai Siput dipercayai melintas dan melanggar lampu isyarat merah.

Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah! 02

“Tindakan mangsa itu menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu melanggar dan menggilis mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.

Juga baca: Disyaki langgar lampu isyarat, penunggang motosikal Honda RS150 maut rempuh kereta 'Frontliner'!

Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah! 03

Mengulas lanjut, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat manakala pemandu lori pula ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda