window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun!

Haris · Oct 1, 2021 11:00 AM

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 01

Semalam, Suzuki Jimny 2021 telah dilancarkan di Malaysia. Pada harga RM 168,900 (tanpa insurans, 50% diskaun SST), ramai yang berpendapat bahawa model ini akan menjadi sebuah model sendu dan tak bermaya kerana harganya yang dilihat tidak setimpal dengan spesifikasi SUV ini.

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 02

Walaubagaimanapun, komen-komen di media sosial bukanlah pengukur yang baik untuk melihat sambutan model ini. Buktinya, sumber kami di Naza Eastern Motors, pengedar baru jenama Suzuki di Malaysia telah mengesahkan bahawa lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 telah ditempah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k!

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 01

Dalam erti kata lain, semua unit yang tersedia (dan beberapa unit lagi yang akan masuk) telah habis ditempah! Tempahan kumpulan pertama - termasuk 4 kereta yang dipaparkan di bilik pameran Naza Eastern Motors - sudah mempunyai pemilik baru. Lebih 20 unit lagi akan tiba dari Jepun (model CBU) tidak lama lagi.

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 02

Di samping itu, Wapcar turut difahamkan bahawa terdapat 2 unit yang telah ditempah oleh kerabat negeri - menunjukkan profail pelanggan bagi SUV segmen A ini. Tinjauan kami semalam mendapati, terdapat barisan pelanggan yang sedang menunggu di luar bilik pameran Naza Eastern Motors bagi melihat Suzuki Jimny 2021 dengan lebih jelas.

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 03

Tiada sebarang anggaran yang diberikan oleh Suzuki Malaysia mengenai jumlah Suzuki Jimny 2021 yang akan dibawa masuk ke sini. Apa yang pasti, tempahan masih diterima dan lebih banyak unit akan tiba ke negara kita.

Spesifikasi Suzuki Jimny di Malaysia

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 04

Suzuki Jimny 2021 ini dipacu oleh enjin empat silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi K15B petrol yang memberikan puncak kuasa pada 102 PS dan 130 Nm. Kuasa dihantar melalui transmisi automatik 4-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4WD) sambilan bagi membolehkan pemilik merasai keterujaan memandu di kawasan mencabar.

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 05

Pembersih lampu depan turut disertakan

Kelengkapan standard untuk Suzuki Jimny adalah lampu hadapan LED, lampu DRL siang dan rim 15-inci aloi untuk pasaran Malaysia. Kedengaran sedikit namun Suzuki Jimny mampu kelihatan kemas bergaya dengan apa adanya. Malah, rekaannya mungkin sekali tarikan utama SUV ini sehingga mampu memacu harganya menjadi kayangan.

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 06

Tiada sistem keselamatan aktif untuk SUV spesifikasi Malaysia ini - hanya dilengkapi dengan 2 beg udara dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dan program keselamatan elektronik (ESP).

Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun! 07

Walaupun tampil dengan ciri-ciri yang sedikit, nilai Suzuki Jimny terletak pada aspek yang lebih intrinsik. Model ini pantas menjadi perhatian pembeli kerana statusnya yang ikonik dan rekaan yang unik. Malah, dengan era elektrifikasi yang semakin hampir, mungkin tiada lagi model mekanikal ringkas dengan reka bentuk ikonik seperti Suzuki Jimny 2021 di masa hadapan.

Baca: Suzuki Jimny adalah raja SUV segmen A - walaupun mahal, tapi paling laris di kelasnya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda