window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial!

Haris · Oct 7, 2021 11:30 AM

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 01

2 keping gambar tular di media sosial memperlihatkan sebuah BMW M3 generasi G80 yang baru dilancarkan hujung tahun lalu dengan seragam polis.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat konkrit yang dapat diperolehi mengenai gambar tersebut justeru membuka kepada spekulasi-spekulasi umum.

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seragam polis yang dikenakan pada BMW M3 tersebut tersemat kod 'CPP 01' yang mungkin merujuk kepada Cawangan Pengawal Pengiring yang memberi petanda ia adalah sebuah kenderaan pengiring baharu, mungkin sekali untuk pemimpin tertinggi di Malaysia.

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 01

Lampu strob yang dikenakan juga kelihatan lebih jernih jika dibandingkan dengan lampu strob yang lebih kebiruan seperti yang dikenakan oleh kenderaan polis lain. 

Lampu strob yang lebih jernih pernah diperlihatkan pada model Toyota Corolla Altis prototaip MPV Polis yang pernah dipertontonkan oleh GO Auto. Mungkin, spesifikasi lampu strob yang lebih kebiruan adalah spesifik untuk kegunaan PDRM sahaja, justeru model prototaip dilengkapi dengan lampu strob yang jernih.

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 02

Prototaip Toyota Corolla Altis MPV Polis. Berita: Harian Metro

Apa apa pun, ramai wargamaya teruja sekiranya sedan sport ini menjadi kenderaan pengiring, apatah lagi untuk kegunaan DYMM Sultan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, BMW M3 generasi G80 dengan seragam polis ini berkemungkinan besar masih dalam fasa prototaip untuk kegunaan PDRM. Beberapa sumber melaporkan bahawa ianya bakal digunakan khas untuk DYMM YDP Agong. Ia juga akan hadir dengan sebuah lagi SUV berprestasi tinggi.

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 03

Gambar oleh Nornikman Mesri

Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial! 04

BMW M3 generasi G80 merupakan sebuah sedan sport yang dikuasakan oleh enjin 6-silinder 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan sehingga 480 PS dan 550 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan. Harga asas bagi model ini adalah sekitar RM 664,800.

Baca: Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW M3 Competition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda