window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum?

Haris · Oct 17, 2021 02:00 PM

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 01

Jika anda sedang mencari sebuah sedan yang berpatutan dengan kelengkapan yang bagus, Proton Persona tentunya menjadi pertimbangan utama anda. Kini dalam facelift kedua sejak pelancaran generasi kedua, Proton Persona facelift 2022 adalah sebuah produk yang semakin baik. 

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 02

Perubahan terbesar kemaskini terbaru ini adalah pada transmisi CVT. Oleh itu, aspek ini akan menjadi bualan dan topik utama dalam rebiu kali ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Persona facelift 2022 tidak akan menumpukan reka bentuk luaran dan sistem suspensi atas alasan kos. Oleh yang demikian, Proton telah mengambil langkah untuk memperhalusi transmisi CVT sehingga ke tahap sekarang di mana anda juga mungkin akan menyukainya.

Baca: Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 01

Namun adakah transmisi CVT yang diperhalusi mampu mengubah persepsi warganet yang menconteng arang kepada reputasi Proton Persona? Mungkin, rebiu ini akan memberi lebih keadilan terhadap sedan yang tersakiti ini.

Rekaan luar – Masih sama

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 02

Ianya masih sebuah Proton Persona generasi kedua yang kita kenali. Dibangunkan berdasarkan platform Proton Iriz, adalah tidak masuk akal sekiranya platform baru dibina untuk tujuan kemaskini facelift ini. Hal ini kerana Proton masih mahu mengenakan harga yang kompetitif untuk model ini.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 03

Bentuk badan yang meninggi, lengkungan roda yang kecil, kedua-dua tidak mampu menutup ketidakseimbangan nisbah pada rekaan Proton Persona ini. Satu perkara yang agak bagus, reka bentuk komponen individu seperti lampu depan dan bumper, terasa cantik seadanya - dilihat secara individu.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 04

Terdapat lampu depan LED baru, bumper depan yang direka semula, gril baru, dan rim 16-inci yang lebih besar (varian Executive ke atas). Ini menjadikan penampilan Persona segar walaupun model ini telah berusia 5 tahun.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 05

Sama seperti model Proton Iriz Active, lampu posisi masih menggunakan halogen yang menyala tepat di sebelah lampu hadapan LED putih. Kontras warna ini walaubagaimanapun kurang digemari. Apa kata ubah lampu posisi berwarna jingga ini kepada lampu LED, supaya ia lebih bersepadu dengan keliling.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 06

Kabin dalaman – Kombinasi warna yang lebih baik

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 07

Proton Persona pra-facelift (dan juga sebelum itu) menggunakan warna krim di tempat-tempat yang kurang strategik, atau lebih senang lagi mudah kotor. Bayangkan brek tangan berwarna krim, di samping ruang kaki pemandu juga berwarna krim, tidakkah itu kurang bijak? Selepas 2 facelift, legasi ini diubah kepada warna yang ada sekarang.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 08

Dalam facelift ini, Proton Persona hanya mengenakan bumbung cerah, di mana ruang kaki kini menggunakan warna gelap. Varian Premium mendapat tempat duduk kulit berwarna coklat yang sepadan dengan warna dalaman Proton X70 dan ini pada hemat kami, sangat dialu-alukan. 

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 09

Selain perubahan warna, papan pemuka yang direka bentuk semula menyaksikan paparan infotainmen gaya terapung yang lebih cantik di samping warna konsol tengah baru dengan sandaran tangan.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 10

Unit infotainmen skrin sesentuh 8-inci adalah sama dengan Proton Iriz facelift 2022, yang bermaksud ia berkongsi masalah yang sama. Ia tidak berfungsi dengan lancar, but mula memerlukan masa yang agak lama, di samping skrin itu sendiri tidak cukup terang pada waktu siang, dan kadang-kadang terasa sela masa yang ketara.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 11

Ciri arahan suara sering mengambil arahan salah dan terasa seperti gimik pemasaran sahaja. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan, jika ia benar-benar berfungsi, ia semestinya suatu ciri menarik untuk dimiliki pada sebuah kenderaan yang berharga sekitar RM 55k ini.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 12

Kualiti bahan agak baik tetapi kualiti pembinaan pada unit ujian kami agak mengecewakan. Terdapat suara-suara berdengung yang datang dari konsol tengah, terutama di mana posisi unit infotainmen, yang mampu menjengkelkan pemandu.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 13

Proton Iriz facelift 2022 yang dipandu uji pada waktu yang sama juga mengalami masalah yang sama. Secara amnya, kami tidak akan membicarakan perkara-perkara terpencil seperti ini tetapi apabila terdapat 2 buah kereta dengan masalah yang sama, masalah ini wajar diketengahkan.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 14

Dari segi ruang, Proton Persona kekal sama seperti model pra-facelift dengan dua buah bola tenis pada ruang lutut dan satu bola tenis pada ruang kepala untuk individu setinggi 175 cm. Tidak begitu luas, tetapi cukup memadai.

Pengalaman Pemanduan – Kemaskini yang dialu-alukan

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 15

Ketika pengenalannya, Proton Persona generasi kedua mengambil beberapa aspek pemandu dari Iriz dan memperbaikinya. Oleh itu, talaan transmisi CVT dan kemas kini yang ada pada kembar sedan ini sudah satu tahap di atas Iriz.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 16

Walau bagaimanapun, dalam situasi trafik henti-jalan yang tidak konsisten, transmisi CVT terkenal dengan perasaan 'melonjak' ke depan pada kelajuan rendah. Proton Persona facelift 2019 membuatkan Persona lebih 'bersemangat' untuk memecut tetapi transmisi ini menghampakan dalam keadaan lalu lintas henti-jalan.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 17

Dalam facelift Proton Persona 2022 ini, kesemua pandu uji yang tular memang menjadi kerana ia berhasil membuatkan transmisi CVT dapat diterima dalam keadaan trafik lalu lintas. Ia bergerak ke hadapan secara semula jadi apabila pedal brek dilepaskan dan pecutan meningkat dengan konsisten ketika pedal ditekan.

Sekiranya anda mencari karakter 'menerkam' seperti sebelum ini, ia masih dapat dirasai dengan menekan pendikit secara tiba-tiba semasa mula berganjak. Begitulah karakter transmisi CVT berasaskan klac secara asasnya dan tiada kalibrasi yang dapat mengubah tingkah laku tersebut.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 18

Berita baiknya di sini adalah, transmisi CVT yang diperhalusi ini akhirnya cukup lancar pada kelajuan rendah dengan konsisten. Enjin dan transmisi terasa lebih baik, seiring dengan penambahbaikan yang ditawarkan berbanding sebelumnya.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 19

Sebahagian daripada kemas kini ini adalah fungsi Neutral Idle Control yang melepaskan penyambung semasa dalam keadaan tidak aktif untuk mengurangkan ketegangan pada transmisi. Bahagian kemaskini lain adalah mod Eco dengan pelepasan penyambung untuk pemanduan di bawah 70 km/j. Ciri-ciri ini berfungsi dengan lancar di sebalik tabir.

Baca: Proton ingin menggunakan transmisi 6-kelajuan pada Iriz / Persona, tapi kenapa CVT dikekalkan?

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 20

Selain daripada aspek transmisi, prestasi pemanduan Proton Persona masih sama seperti sebelumnya, mungkin lebih baik lagi kerana tayar Silverstone yang agak berbahaya ketika jalan basah digantikan oleh Goodyear. Bahagian belakang mencengkam jalan lebih baik daripada sebelumnya.

Stereng kuasa eletrik adalah antara sistem yang mendapat talaan yang lebih baik. Kedudukan pemanduan agak tinggi dengan penalaan suspensi yang tepat dan komunikatif menambahkan keyakinan pada jalan-jalan berliku.

Keselesaan – Agak baik, kurang dihargai

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 21

Proton Ride and Handling bukanlah suatu mitos. Keseimbangan yang dicapai oleh Proton dengan Persona atau hampir semua modelnya benar-benar menarik. Ia memastikan rakyat Malaysia lebih menghargai sesebuah kenderaan dengan talaan pemanduan yang baik. 

Untuk latar jalan raya yang pelbagai di Malaysia, Proton Persona berjaya meluncur mudah pada kelajuan rendah dan tetap stabil pada kelajuan tinggi. Ini adalah suatu kualiti yang kurang dihargai oleh kebanyakan pihak. Untuk mendapatkan talaan yang sangat seimbang seperti ini dalam pasaran segmen B, anda harus merasai model Toyota Vios GR-Sport dengan suspensi yang diselaraskan dengan lebih sporty.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 22

Kerusi hadapan menyokong tulang belakang dengan baik, terutamanya kusyen sisi yang memeluk badan dengan selesa di tempatnya. Bahagian bawah kerusi juga panjang, memberikan sokongan paha yang baik.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 23

Penebat bunyi sangat baik untuk julat harganya. Pada 110 km/j, meter tahap bunyi mencatat purata 69 dB.

2022 Proton Persona Premium - Tahap Kebisingan
60 km/j 62 dB
90 km/j 65 dB
110 km/j 69 dB

Penggunaan bahan api - Baik sedikit

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 24

Dua ujian penggunaan bahan api dilakukan dengan ujian pertama mencatatkan 8.7 liter / 100 km dari perjalanan 135.1 km dan pengisian bahan api 11.72 liter.

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 25

Atas ke bawah: Ujian 1 & ujian 2

Ujian kedua mencatatkan 7.6 liter / 100 km dari perjalanan 119.1 km yang memerlukan 9.1 liter untuk mengisi tangki minyak.

Ini memberikan kadar penggunaan bahan api yang dikira secara purata 8.15 liter / 100 km.

Sebagai perbandingan, Proton Persona 2019 mencatatkan 8.4 liter / 100 km, yang bermakna Proton Persona 2022 telah meningkatkan penggunaan bahan api sekitar 4%.

Baca: Kami telah menguji kecekapan minyak Proton Iriz & Persona 2022 baru - lebih baik daripada sebelumnya?

Konklusi

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 26

Mengetepikan topik penampilan yang subjektif, Proton Persona memenuhi semua ciri-ciri yang tepat untuk sedan segmen B yang berpatutan. Model facelift ini akhirnya menangani masalah transmisi CVT yang tidak konsisten dan menjadikannya lebih disenangi dalam trafik henti-jalan.

Sayangnya, masih tiada AEB. Proton berpendapat bahawa penggunaan terlalu mahal dan akan menaikkan harganya. Sejujurnya, penggunaan minyak masih kurang baik tetapi pujian harus dletakkan pada tempat yang sepatutnya, ia lebih baik berbanding sebelumnya.

Baca: Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada!

Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum? 27

Pada harga tersebut, tidada sedan segmen B lain yang mampu menyainginya secara langsung. Pada hemat kami, membeli sedan segmen B terpakai berusia 5 tahun hanyalah alasan untuk mengelakkan membeli jenama tempatan. Proton Persona facelift 2022 memang mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi agak senang untuk menghiraukannya pada harga yang ditawarkan.

Third generation Toyota Vios details

Harga yang sama tapi tiada yang istimewa

Dari pandangan seorang bujang, Proton Iriz lebih menepati citarasa dari segi rekaan badan kenderaan namun bagi golongan berkeluarga, Proton Persona adalah pilihan yang lebih baik. Anda tentu akan bersyukur dengan cadangan memilih kenderaan 3-kotak seperti Proton Persona.

BacaProton Persona facelift 2022 - Dari RM 45k hingga RM 54k, varian mana yang paling berbaloi? 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda