window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak lengkap vaksin dah cuba rentas negeri, polis Kelantan arah 1 keluarga patah balik!

Haris ยท Oct 12, 2021 02:00 PM

Tak lengkap vaksin dah cuba rentas negeri, polis Kelantan arah 1 keluarga patah balik! 01

Pihak polis Kelantan telah mengarahkan seorang individu dan keluarganya untuk berpatah balik ketika sempadan negeri dibuka atas alasan yang berkaitan dengan vaksinasi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, individu yang turut membawa ahli keluarga itu diarahkan berbuat demikian di sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Terengganu-Kelantan, di Bukit Yong, di sini hari ini, selepas polis mendapati dirinya tidak lengkap dos vaksinasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak lengkap vaksin dah cuba rentas negeri, polis Kelantan arah 1 keluarga patah balik! 01

"Di SJR Bukit Yong, telah dikesan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksin. (Baru terima) satu dos sudah cuba nak balik (masuk ke Kelantan) dan kita arahkan supaya berpatah balik.

“Kita juga tubuhkan 154 pasukan pemantau di seluruh Kelantan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan awam lain. Harapan saya kepada orang ramai adalah supaya patuh pada ketetapan yang dibuat kerajaan,” ujar beliau.

Di samping itu, beliau juga memberi kenyataan bahawa terdapat peningkatan 20% pergerakan kenderaan masuk ke Kelantan menjelang petang semalam.

Tak lengkap vaksin dah cuba rentas negeri, polis Kelantan arah 1 keluarga patah balik! 02

Aliran pengguna jalan raya itu membabitkan laluan masuk di Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Beliau turut memaklumkan, sejumlah 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, yang turut melibatkan anggota yang memakai pakaian biasa.

Pagi tadi, kumpulan pemantau Polis Kelantan mula beroperasi bagi menghadapi kebanjiran golongan perantau pulang ke negeri Kelantan.

Baca: Sedia hadapi peningkatan 4 juta kenderaan atas jalanraya sehari - LLM

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda