window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa!

Zamil Syaheer · Oct 25, 2021 04:00 PM

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 01

Transmisi automatik 4-kelajuan Perodua Alza terkini akan melabuhkan tirai untuk memberi ruang kepada transmisi CVT yang lebih moden setelah diperkenalkannya model generasi seterusnya.

Kalau kita lihat tradisi turun-termurun Perodua dimana teknologi pada model terbaru diterapkan ke model-model lain, nampaknya transmisi D-CVT Ativa bakal digunakan pada Alza serba baru.

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Transmisi ini juga akan digunakan untuk Toyota Avanza generasi seterusnya yang dikhabarkan akan menjadi asas bagi Perodua Alza serba baru.

Ini kerana Perodua Alza serba baru akan menjadi model kembar kepada Toyota Avanza serba baru - aturan serupa dengan Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 01

Perodua Alza generasi kedua dan Toyota Avanza yang baru akan dikembangkan di Daihatsu New Global Architecture (DNGA) - platform sama yang digunakan oleh Perodua Ativa.

Juga baca: Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 02

Selain daripada platform DNGA, perubahan lain adalah transmisi Dual-mode CVT (D-CVT) daripada Ativa. Ia akan menggantikan transmisi 4-kelajuan automatik Alza yang sudah ketinggalan zaman.

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 03

Gear pada D-CVT.

Selalunya transmisi CVT menggunakan tali (belt) atau rantai (chain), tetapi Perodua Ativa D-CVT menggunakan kombinasi rantai besi dan gear. Tali besi digunakan kerana ia tahan lebih lama.

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 04

Pada kelajuan rendah, D-CVT menggunakan tali.

D-CVT berfungsi sama seperti CVT biasa kerana ia menggunakan tali ketika keadaan berhenti dan bergerak serta pemanduan berkelajuan rendah.

Pada kelajuan sederhana sehingga tinggi pula, klac bergerak dan kuasa disalurkan ke gear, mewujudkan rasa seperti transmisi automatik biasa.

Selain mengurangkan rasa efek “rubber band”, transmisi D-CVT juga membantu dalam penjimatan minyak. Perodua mendakwa Ativa memiliki penggunaan minyak sekitar 5.29 liter / 100 km.

Boleh baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Bila Perodua Alza serba baru bakal dilancarkan?

Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa! 05

Adakah Avanza serba baharu merupakan pra-tonton Alza generasi seterusnya?

Jangan harap ia akan debut pada tahun 2021, kerana Perodua hanya mampu melancarkan satu model facelift dan satu model baru (penukaran model penuh, FMC) dalam satu tahun.

Perodua Ativa dilancarkan awal tahun ini, meninggalkan ruang untuk satu model facelift yang akan dilancarkan akhir tahun ini.

Juga baca: EKSKLUSIF! Imej Toyota Avanza 2022 serba baru bocor - skrin infotainment terapung, EPB

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda