window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

Haris Β· Nov 5, 2021 11:59 AM

Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri! 01

Penggunaan kenderaan rasmi menteri telah diubah daripada Proton Perdana kepada Toyota Vellfire telah dilakukan sejak April 2021, dengan kos bulanan mencecah RM 5.8k sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang parlimen telah mengesahkan perkara ini dengan model Toyota Vellfire tersebut turut disewa daripada syarikat konsesi Spanco.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kerajaan membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM 5,759.35. Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM 4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM 907.74.

“Sehingga September, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada Syarikat Konsesi,” ujar beliau.

Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri! 01

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempertikaikan langkah tersebut kerana pihak kerajaan dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan ketika negara sedang mengalami masa yang sukar.

“Contohnya, orang muda dapat ewallet RM150 secara one off, penjawat awam pula mendapat RM700 one off. Rakyat pasti gembira kerana menerima bantuan tersebut. 

“Namun di sebalik pemberian sagu hati kepada rakyat ini, tanpa disedari, Menteri-Menteri Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pas itu sebenarnya dapat menikmati bantuan yang paling banyak apabila mereka mendapat ‘bantuan kereta Vellfire’ sebanyak RM 5,759.35 sebulan. 

“Hutang negara juga telah mencecah sehingga RM1.3 trillion. Hutang kerajaan telah mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Adakah kemewahan ini satu keperluan?,” ujar Sim dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri! 02

Menariknya, menurut Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu hantaran Facebooknya, keputusan menukar kenderaan rasmi itu kepada model Toyota Vellfire dibuat ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Muhammad dan dilaksanakan ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca: Pengenalan semula GST, cukai pelepasan karbon antara yang dikaji Kementerian Kewangan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda