window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF

Haris Β· Nov 8, 2021 09:30 AM

Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF 01

Berikutan pelbagai perbincangan mengenai pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) di dalam media sosial, Kementerian Kewangan (MOF) ingin memaklumkan bahawa keputusan Kerajaan supaya kereta model Toyota Vellfire 2.5L digunakan sebagai KRJ bagi Menteri-menteri Persekutuan telah dibuat bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014.

Keputusan pertukaran KRJ ini juga dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan bulanan Toyota Vellfire 2.5 yang lebih rendah dari kos sewaan bulanan Proton Perdana 2.4 Premium.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Model Proton Perdana Toyota Velfire
Kos Sewaan Sebulan RM 4,854.41 RM 4,851.61
Penjimatan Kos RM 2.80

Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Toyota Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Baca: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF 01

Untuk makluman, usia KRJ bagi Jemaah Menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah usia 6 tahun sedangkan penggantian KRJ bagi Jemaah Menteri sebenarnya dijadualkan setiap 4 tahun sekali.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, kerajaan membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM 5,759.35. Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM 4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM 907.74.

Kedua-dua KRJ Proton Perdana dan Toyota Vellfire tersebut turut disewa daripada syarikat konsesi Spanco. Oleh yang demikian, sebut harga yang diumumkan oleh Tengku Zafrul sepatutnya dijawab oleh syarikat tersebut. 

Keputusan menukar kenderaan rasmi itu kepada model Toyota Vellfire dibuat ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Muhammad dan dilaksanakan ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca: PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda