window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China!

Haris · Nov 16, 2021 07:00 PM

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 01

Elektrifikasi dan China berpisah tiada. Negara tanah besar itu memang sangat sinonim dengan komitmen menghasilkan udara bersih. Setelah 3 bulan selepas Geely melancarkan Geely Binyue 2021 di China, syarikat itu kini telah memperkenalkan Geely Binyue versi plug-in hybrid (PHEV).

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 02

Model PHEV baharu yang dilancarkan ini dipanggil Geely Binyue 1.5T ePro, ditawarkan dalam dua varian. Kedua-dua varian Geely Binyue 1.5 ePro dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 170 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 01

Output sistem gabungan ialah 258 PS dan 415 Nm, mencatatkan peningkatan kuasa yang agak tinggi. Apa yang lebih mengagumkan ialah apabila menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, 'X50 hibrid' ini mampu mencatatkan 85 km jarak tempuh (meningkat daripada 62 km untuk model pra-facelift), dengan hanya menggunakan 1.2 liter/100 km (enjin petrol sebagai pengecas kepada motor yang menggerakkan roda). Untuk tujuan caj, pengecaj 6.6-kW digunakan pada Geely Binyue 1.5T ePro ini.

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 02

Geely Binyue facelift, bukan PHEV

Disebalik statistik atas kertas tersebut, terdapat sedikit perbezaan visual yang sangat minimum antara Geely Binyue biasa dan versi elektrik. Lihat dengan lebih dekat dan anda akan mendapati rim aloi dwi-warna 18-inci mirip yang terdapat pada Mazda CX-5 dengan lambang PHEV baharu pada pintu belakang. Itu sahaja perbezaan luaran yang ketara.

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 03

Warna biru yang anda lihat di sini juga adalah warna khas untuk Geely Binyue PHEV sahaja, tetapi jika warna biru ini bukan pilihan anda, Geely Binyue PHEV juga boleh didapati dalam warna putih atau merah.

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 04

Menjadi model elektrik turut bermakna Geely Binyue PHEV dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang sarat, rata-ratanya mencerminkan ciri keselamatan model varian petrol. Di samping suite ADAS sedia ada, Binyue PHEV baharu akan menambah Fungsi Maklumat Had Kelajuan (SLIF), Bantuan Tempat Letak Kereta Jarak Jauh (RPA) dan suite Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang dipertingkatkan.

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 05

Di China, harga permulaan Geely Binyue PHEV ini bertindih dengan model petrol spesifikasi teratas Binyue dari CNY 119,800 (~RM 78k) dan mendahului pada CNY 135,800 (~RM 88k).

Baca: Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana?

Petanda hadir ke Malaysia?

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 06

Model pra-facelift di sini

Menurut akhbar The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata, "Proton mempunyai pelan hala tuju yang dirancang ke arah memperkenalkan kenderaan hibrid, plug-in hybrid dan EV - jadi mungkin perkembangan ini boleh membantu untuk memajukan rancangan kami."

Potensi Proton X50 dengan hibrid? Geely lancar Geely Binyue PHEV di China! 07

Kenyataan tersebut berpotensi membuka jalan kepada Proton X50 PHEV di Malaysia. Malah, ia mungkin satu tugas yang lebih mudah untuk membawakan model ini ke Malaysia kerana kebanyakan komponen sama yang dikongsikan.

Walaubagaimanapun, sama seperti dilema di China, harga bagi Proton X50 PHEV mungkin akan berada pada sempadan model Proton X50 Flagship. Adakah ia mampu memberi tarikan yang lebih baik berbanding model standard biasa?

Baca: Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda