window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini!

Khairil ยท Nov 17, 2021 08:00 PM

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 01

Kepada 'pencinta' motosikal, khususnya untuk penggemar aktiviti kembara jarak jauh, cabaran 'Iron Butt' atau menunggang sejauh 1,600 km dalam tempoh 24 jam antara pengiktirafan yang menjadi impian dan apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Bukan saja menguji ketahanan, ketabahan dan kecekalan penunggang, malah cabaran berkenaan turut menguji motosikal yang digunakan sama ada ia mempunyai keupayaan untuk melakukannya. 

Juga baca: Modenas Dominar D400 serba baharu dilancar, fork USD, spesifikasi dipertingkat, harga asas RM 13,997!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 01

Dan untuk membuktikan ketahanan yang dimiliki penawaran terbaharu Modenas Dominar D400 2021, syarikat pengeluar Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) tampil menyahut cabaran itu.

Cabaran getir itu disertai 11 penunggang, 5 daripada wakil media dan 6 daripada orang awam yang dipilih menerusi peraduan selain pemilik Dominar D400 2021 sendiri. Dan untuk rekod, ini adalah program yang julung kali dianjurkan oleh syarikat pengeluar motosikal secara rasmi di Malaysia.

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 02

Para peserta dan penganjur ketika taklimat Cabaran 1600km Modenas 

Untuk melengkapkan cabaran 'Iron butt' oleh Modenas bersama beberapa penaja lain termasuk Petron ini, kesemua peserta perlu memenuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Iron Butt (IBA) bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa berkenaan.

Juga baca: Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'!

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 03

Berikut adalah informasi ringkas untuk cabaran 'Iron butt'

  • IBA adalah pertubuhan yang berpangkalan di negara 'Uncle Sam', Amerika Syarikat (AS) dan ditubuhkan pada 1984.
  • Untuk mendapatkan sijil 'Iron butt', peserta perlu memenuhi syarat kembara enduran ditetapkan oleh IBA.
  • Ada dua cabaran iaitu Saddle Sore 1,000 batu (1,609.34 km) dan Bun Burner 1,500 batu (2,414 km).
  • Asas penubuhannya adalah untuk menghargai penat lelah penunggang motosikal kembara yang berjaya melengkapkan jarak perjalanan jauh iaitu minimum 1,600 km dalam tempoh 24 jam atau kurang. 
  • Setakat ini, IBA dikatakan mempunyai lebih daripada 60,000 keahlian dari seluruh dunia.
  • Perjalanan peserta direkodkan menerusi Google Maps dengan tempoh tunggangan kira-kira 19 jam dan peruntukkan 5 jam untuk rehat.
  • Setiap tempoh rehat adalah kira-kira 15 hingga 30 minit di stesen minyak dan penunggang diminta untuk mengisi minyak dan menyimpan resit untuk pembuktian untuk dihantar kepada pihak IBA.
  • Resit pembelian minyak adalah penting bagi membuktikan perjalanan dan jika ada yang menggunakan jalan pintas, mereka tidak layak lagi untuk memohon kerana pihak IBA akan melakukan pemeriksaan dengan teliti.
  • IBA juga menggalakkan tunggangan selamat dan peserta hanya boleh menunggang pada kelajuan 120 kilometer sejam untuk mengelakkan sebarang kemalangan jiwa.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang!

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 04

Untuk cabaran 'Iron Butt' Modenas, peserta tidak mudah dengan hanya menempuh laluan lebuh raya namun merentas jalan negeri, bandaran dan info ringkasnya adalah seperti di bawah:

Tarikh: 18/19 November 2021
Jarak: 1634 km
Motosikal: Modenas Dominar D400 2021
Negeri: Selangor - Perak, Pulau Pinang - Kedah - Kelantan - Terengganu - Pahang - Johor - Melaka - Negeri Sembilan - Selangor - Kuala Lumpur

Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini! 05

Laluan yang bakal digunakan Cabaran 1600km Modenas

Tahap 1 - Petron Subang Parade ke Kilang Modenas
399 km (7.30 pagi - 11.45 pagi)

Tahap 2 - Kilang Modenas ke Petron Batu Melintang
216 km (12.15 tgh hari - 4 petang)

Tahap 3 - Petron Batu Melintang ke Patron Makmur Gambang Jaya
415 km (4.15 petang - 10 malam)

Tahap 4 - Petron Makmur Gambang Jaya ke Petron Simpang Renggam
327 km (10.15 malam - 3.20 pagi)

Tahap 5 - Petron Simpang Renggam ke Petron Sungai Besi West
260 km (3.35 pagi - 6.30 pagi)

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda