window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT?

Haris · Nov 18, 2021 09:10 PM

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 01

Perodua baru sahaja merasmikan Perodua Myvi facelift 2022 di Malaysia. Pengeluar kereta nombor 1 tersebut itu akhirnya memutuskan untuk menghapuskan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) kuno dan menggantikannya dengan transmisi automatik D-CVT yang lebih baharu dan lebih maju.

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 02

Berdasarkan pengalaman kami dalam Perodua Ativa (yang menggunakan transmisi yang sama) sebagai sandaran, D-CVT akan membawa pengalaman pemanduan yang lebih bersemangat, lebih koheren dan lebih lancar kepada Perodua Myvi facelift. Tetapi, ini semua subjektif semata-mata, apa pula kelebihan transmisi D-CVT yang lebih baik daripada 4AT apabila merujuk kepada metrik?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu D-CVT?

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 01

Gear planetary D-CVT secara teknikal

D-CVT (singkatan untuk Dual-mod CVT) memberi ciri gabungan rantai keluli dan set gear planetary, yang digunakan untuk melengkapkan tali sawat keluli untuk mengurangkan rasa 'rubber band' tipikal CVT di samping memberikan rasa kawalan transmisi yang lebih langsung.

Pada kelajuan rendah, D-CVT berfungsi seperti mana-mana CVT lain, kerana ia menggunakan tali sawat pada keadaan pegun mula dan kelajuan rendah.

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 02

Gear planetary dimasukkan pada gear tinggi

Walau bagaimanapun, untuk kelajuan sederhana hingga tinggi, klac disambungkan dan kuasa disalurkan ke set gear planetary, mewujudkan sensasi automatik simulasi torque converter.

Faedah D-CVT adalah berganda: pertama, transmisi D-CVT kurang kesan 'rubber band' berbanding transmisi CVT lain, serta meningkatkan kadar penggunaan bahan api sepanjang perjalanan.

Lebih baik dari setiap aspek

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 03

Jelas sekali, pembeli 2022 Perodua Myvi facelift ingin mengetahui adakah dakwaan penggunaan bahan api yang lebih baik untuk transmisi baru ini. Sekali lagi, jawapan secara metrik adalah ya. Berikut adalah perbandingan penggunaan bahan api bagi model pra-facelift dan facelift.

Perodua Myvi facelift
  1.3L 1.3L
FL
1.5L 1.5L
FL
Kadar Penggunaan
Minyak
(km/l)
21.1 22.2 20.1 21.1
Peningkatan 5% 5%

Pada kedua-dua enjin 1.3 dan 1.5 liter, D-CVT meningkatkan kadar penggunaan minyak Perodua Myvi sebanyak 5 peratus. Hal ini kerana transmisi D-CVT mampu mengekalkan putaran rpm yang lebih rendah pada kelajuan tinggi, sekaligus mengurangkan kadar penggunaan minyak berbanding transmisi automatik 4-kelajuan.

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 04

Tombol gear kiri:pra-facelift, kanan: faceift
Perhatikan mod 'S' dan 'B' yang baharu

Masih kurang yakin? Selain menjimatkan minyak anda, Perodua juga mendakwa bahawa transmisi D-CVT membantu Perodua Myvi facelift meningkatkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j sehingga 20 peratus lebih pantas.

Kami masih belum dapat mengesahkan dakwaan ini dengan ujian dunia nyata Wapcar, tetapi dakwaan masa pecutan yang lebih baik ini mungkin benar berdasarkan pengalaman kami dengan D-CVT pada Perodua Ativa. Sejauh mana ketepatan 20 peratus tersebut masih belum teruji.

Baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Mod S pada Perodua Myvi facelift adalah mod Sport di mana gear direndahkan untuk meningkatkan pecutan. Mod ini sesuai untuk memintas kenderaan lain.

Mod B pada Perodua Myvi facelift pula adalah mod Braking, dikekalkan pada gear paling rendah untuk lebih efek 'engine braking'. Mod ini pula sesuai ketika menuruni bukit atau cerun.

2022 Perodua Myvi facelift pastinya akan kembali memacu jualan Perodua, dengan 3,000 unit telah ditempah semenjak tempahan diambil minggu lepas. Seperti biasa, Perodua melancarkan modelnya selepas 2022 Proton Iriz facelift dilancarkan untuk memberikan tawaran yang lebih terkini dan tampil lebih kompetitif untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Baca: Belum lancar dah laku, tempahan Perodua Myvi facelift 2022 cecah 3,000 unit dalam seminggu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda