window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’!

Zamil Syaheer · Nov 17, 2021 04:30 PM

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 01

Selain Perodua Myvi 2022 facelift yang sedang hangat diperkatakan (dan bakal dilancarkan esok), ada satu lagi hatchback yang ingin mencuri perhatian anda - Honda City Hatchback.

Kami telah diberi peluang untuk melihat model baru ini serta menyertai uji pandu eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang, dan ini adalah sedikit poin yang boleh kami kongsikan.

Trenkuasa yang lancar dan efisyen

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 02

RS di depan, 1.5 V di belakang.

Honda Malaysia (HMSB) telah memberi kami peluang untuk menguji pandu kedua-dua City Hatchback 1.5 V dan RS e:HEV. Sama seperti sedan, varian V dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter aspirasi natural, manakala RS e:HEV mendapat sistem hibrid dua motor Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 01

1.5 V nampak sopan sikit berbanding RS.

Enjin bukan hibrid 1.5 liter yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm pada varian V terasa lancar dan bersemangat setiap kali diperah, dan ia mempunyai kuasa pecutan yang secukupnya, baik ketika statik mahupun sudah bergerak.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 02

Pada RPM tinggi, bunyi CVT automatik dan enjin sedikit bising, tetapi bukannya anda akan melenjan setiap hari. Apabila ‘idle’ atau memandu seperti biasa, ia agak senyap.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 03

Ilustrasi bagaimana sistem berfungsi

Tetapi jika anda inginkan ketenangan sepenuhnya, maka RS ada pilihan yang tepat. Untuk kebanyakan masa, motor 80kw (109 PS) elektriknya yang menawarkan tork 253 Nm serta merta dari 0.1 rpm sehingga 13,300 rpm.

Malah, apabila enjin petrolnya dihidupkan (pada kelajuan yang lebih tinggi atau untuk mengecas bateri), peralihan kuasa terasa lancar, terutamanya dalam situasi biasa di mana anda sedang bersembang atau mendengar lagu.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 04

253 Nm sememangnya satu angka yang dramatik, tetapi jangan ingat kepala anda akan terhentak ke belakang diikuti dengan jeritan keseronokan. Senang cerita, perwatakan i-MMD amat lembut dan linear. Sekalipun anda melenjan pedal pendikit dari statik, para penumpang anda yang sedang tidur tidak akan sedar pun.

Tangkas dan lincah melalui selekoh

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 05

Seperti dijangkakan, Honda City Hatchback mempunyai kawalan pengendalian yang baik, dengan stereng yang tidak terlalu berat. Terdapat maklum balas yang mencukupi ketika memandu, dan anda mempunyai idea yang lebih baik tentang apa yang dilakukan oleh roda hadapan.

Bahagian belakang yang pendek juga menjadikan kereta itu lebih lincah berbanding versi sedan, dengan olengan badan dikekalkan pada tahap minimum di selekoh. Walaupun begitu, terdapat perbezaan ketara antara varian RS dan bukan hibrid.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 06

Memandangkan City Hatchback petrol tidak mempunyai bateri litium-ion (Li-ion) yang dipasang di belakang, bahagian belakangnya terasa lebih ringan di selekoh. Tetapi, penambahan berat disebabkan oleh bateri menjadikan RS lebih stabil.

Sekurang-kurangnya pada keadaan yang sama di trek, ia lebih baik daripada Toyota Yaris. Olengan badan pada Yaris lebih ketara serta tindak balas stereng lebih perlahan dan berat.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 07

Tambahan pula, casis City Hatchback yang lebih keras berbanding Jazz dan ringan berbanding City Sedan menjadikannya lebih lincah dan seronok untuk dipandu.

Honda Sensing, memang berkesan

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 08

Nampak potongan di bahagian atas tengah cermin depan untuk kamera

Sebahagian daripada lawatan kami semalam juga melibatkan ujian sistem bantuan pemandu lanjutan Honda Sensing ADAS pada City Hatchback RS. Ia mempunyai set lengkap yang sama dengan sedan seperti:

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Pengurangan Pelepasan Laluan (RDM)
  • Amaran Berlepas Lorong (LDW)
  • Lampu Pancaran Tinggi Automatik (AHB)

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 09

Varian V tidak dilengkapi Honda Sensing ADAS, hanya ciri LaneWatch yang juga tersedia pada RS.

Ciri LKAS pada City Hatchback berfungsi dengan lancar, dan tidak keterlaluan jika kami katakan ia lebih baik daripada Volvo dan juga Toyota dimana stereng pada kedua-dua jenama ini bergerak dengan lebih agresif.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 10

Perkara yang sama boleh dikatakan tentang ciri ACC yang amat mudah untuk digunakan dan berfungsi dengan cemerlang. Apabila kelajuan turun bawah 30 km/j, ciri ACC tidak berfungsi, tetapi sistem amaran akan berbunyi supaya anda boleh bersiap sedia untuk berhenti.

Konklusi – memang berbaloi tunggu

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 11

Ini cara ULTRA seats berfungsi

Maklumat lanjut tentang interior City Hatchback hanya boleh dikongsi dengan anda selepas ia dilancarkan, tetapi ciri tempat duduk ULTRA yang wujud sejak Jazz generasi pertama kekal mantap dan berguna.

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 12

ULTRA seats dalam mod Tall. Anda boleh lihat corong penghawa dingin

Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’! 13

Unit skrin sentuh dilengkapi dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay

Tanggapan pertama adalah penting, dan ia memberi kesan kepada kami. Walaupun ketibaannya di sini bermakna Honda Jazz bakal meninggalkan rantau kita, yakinlah bahawa semua yang digemari oleh rakyat Malaysia tentang Jazz kekal dalam jiwa City Hatchback.

Walaupun harga masih belum didedahkan, jangkakan ia tidak akan tersasar jauh daripada harga City sedan. Lihat lampiran di bawah sebagai rujukan:

Harga City sedan di Malaysia
Varian Harga
1.5 S RM 74,191
1.5 E RM 81,664
1.5 V RM 86,561
1.5 V Sensing RM 90,212
1.5 RS RM 105,950

Sementara itu, kami mempunyai ulasan penuh Honda City RS (sedan), dan anda boleh tonton di bawah.

Juga baca: 2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda