window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta

Mersita ยท Nov 18, 2021 01:00 PM

Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta 01

Penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID) dalam banyak kenderaan masa kini, termasuklah unit serba baru di pasaran, patut diambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaannya harus diperketatkan, tegas pakar keselamatan jalan raya Profesor Madya Dr. Law Teik Hua.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, cahaya daripada lampu HID terlalu terang sehingga menyebabkan silau dan boleh menjejaskan penglihatan di jalan raya.

Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta 02

Prof. Madya Dr. Law Teik Hua

Walaupun orang ramai sedar akan perkara ini, beliau berpendapat bahawa golongan terlibat hanya mementingkan diri sendiri dan mengambil mudah isu ini, katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kita patut ketengahkan isu ini supaya undang-undang yang dilaksanakan boleh dipertingkatkan lagi,” katanya lagi.

Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta 01

Foto: instructables

Menurut beliau, salah satu cara untuk mengekang penggunaan lampu HID di kalangan pengguna jalan raya ialah dengan mengenakan saman kepada pemandu atau syarikat pengeluar kenderaan itu sendiri.

Lampu kereta HID, terutamanya jenis ‘aftermarket’ yang dipasang secara aksesori (retrofit), tidak semestinya menepati sudut hala tuju pancaran yang dibenarkan dan inilah yang mengakibatkan silau kepada pengguna jalan raya lain. Terdahulu, lampu HID sering digunapakai oleh pengeluar kereta mewah dan premium atas dasar visual yang lebih menarik. Namun masa kini, lebih banyak pengeluar kereta penumpang dari jenama arus perdana mula mengadaptasi penggunaan lampu HID.

Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta 02

Foto: Utusan

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, pemasangan lampu HID secara aksesori adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan boleh dikenakan denda sehingga RM 2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan dibawah Seskyen 119(1) APJ 1987.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda