window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Zamil Syaheer · Nov 20, 2021 10:00 AM

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 01

Semalam, Perodua telah melancarkan Perodua Myvi facelift baharu 2022 secara rasmi, setelah mengacah rakyat Malaysia untuk beberapa minggu.

Perubahan terbesar adalah transmisi D-CVT yang sama dengan Ativa, serta sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS yang digelar Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 02

Myvi pra-facelift

Senang cerita, PSDA ialah sistem bantuan pemandu lanjutan yang komprehensif dan merupakan peningkatan besar-besaran daripada ASA Myvi pra-facellift dimana hanya ciri brek kecemasan autonomi (AEB) yang dipertingkatkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang baru dengan PSDA?

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 01

Perodua Smart Drive Assist (PSDA) adalah sistem yang sama dengan Honda Sensing dan Toyota Safety Sense ADAS, menggabungkan pelbagai ciri keselamatan.

PSDA terdiri daripada empat ciri bantuan – Advanced Safety Assist (ASA), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist. Ya, ASA kini menjadi sebahagian daripada PSDA.

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 02

Butang ASA pada Perodua Myvi pra-facelift

Pada model varian AV, ia mendapat kesemua ciri seperti Driving Assist (Amaran Berlepas Lorong, Pencegahan Pelepasan Lorong, Kawalan Pelayaran Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Monitor Titik Buta), Parking Assist (Sensor depan dan susut, kamera undur, Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), dan Headlamp Assist (Lampu Depan Tinggi Automatik atau Lampu Depan Adaptif).

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 03

Tiada lagi butang kosong!

Seperti Myvi sebelum ini, ASA 3.0 tetap menampilkan ciri Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Kenderaan Hadapan dan Kawalan Tersalah Tekan Pedal.

Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA? 04

1.5 H variant

Mengenai varian 1.3 G, 1.5 X dan 1.5 H, ia hanya dilengkapi dengan LDW, LDP dan AHB. Rangkuman ciri ADAS untuk varian asas pula tidak didatangkan langsung.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda