window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022?

Haris · Nov 23, 2021 01:00 PM

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 01

Perodua baru sahaja merasmikan Perodua Myvi facelift 2022 di Malaysia. Pengeluar kereta nombor 1 tersebut itu akhirnya memutuskan untuk menghapuskan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) kuno dan menggantikannya dengan transmisi automatik D-CVT yang lebih baharu dan lebih maju.

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 02

Pre-facelift Myvi 1.3G MT pictured

Selain daripada transmisi D-CVT yang baharu, Perodua juga telah menggugurkan transmisi manual 5-kelajuan – pilihan yang ditawarkan sejak model generasi ketiga itu membuat penampilan pertama pada tahun 2017.

Selepas 4 tahun dalam pasaran, mengapa Perodua mengambil keputusan untuk menggugurkan transmisi manual sekaligus?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 01

Myvi is now CVT-only

WapCar.my telah bertanyakan soalan ini kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Jawapan yang kami terima tidaklah mengejutkan malah sudah dijangkakan.

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 02

Menurut bos Perodua tersebut, jawapan ringkas dan mudah ialah kadar jualan Perodua Myvi manual terlalu rendah dan sangat tidak memberangsangkan.

Sebagai konteks, Perodua menjual sebanyak 277,329 unit Perodua Myvi generasi ketiga, tetapi kurang 1% sahaja daripada pembeli Myvi memilih untuk memandu dengan 3 pedal. Angka ini dapat diterjemahkan kepada kurang daripada 3,000 unit yang dijual dalam tempoh 4 tahun.

Tidak mengejutkan mengapa Perodua memilih untuk memansuhkan transmisi manual. 

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 03

Ia adalah kes yang sama dengan model Proton Iriz dan Proton Persona facelift baru-baru ini - kedua-dua tawaran Proton dalam segmen B juga menggugurkan pilihan manual, atas alasan angka jualan yang lemah sebagai punca utama kotak gear manual tidak lagi ditawarkan.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 04

Kenderaan kini dibangunkan dengan lebih spesifik untuk memenuhi keperluan konsumer yang lebih besar. Mengekalkan transmisi manual hanyalah suatu langkah yang bukan sahaja meningkatkan kos pembangunan kenderaan, malah tidak dapat diterjemah kepada keuntungan. Tarikan untuk pemanduan manual kini menjadi suatu premium, kerana ia kini lebih kepada hobi berbanding praktikaliti.

Baca: Dunia dah tak perlukan kereta manual 

Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022? 05

Jika anda masih mahukan sebuah Perodua dengan pilihan transmisi manual, pilihan anda kini terhad kepada varian asas Perodua Axia, Perodua Bezza, atau Perodua Alza – kesemuanya akan dikemaskini tidak lama lagi.

Baca: Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda