window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Haris · Dec 11, 2021 02:00 PM

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 01

Pada tahun 1984, Honda memulakan program pembangunan baharu yang diberi kod nama New Concept Engine (NCE). Objektif program ini mudah: cipta enjin 1.6 liter dengan output spesifik 100 hp/liter.

Setelah hampir 5 tahun pembangunan, hasil daripada program tersebut adalah apa yang kita kenali hari ini sebagai enjin 1.6 liter VTEC ‘B16A’. Enjin terkenal ini pertama kali ditawarkan pada Honda Integra 1989 yang disebut-sebut sebagai sebuah kenderaan prestasi untuk orang kebanyakan.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sudah tentu, teknologi telah benyak berubah secara mendadak sejak penawaran tersebut. Era millenium ini, Honda tampil dengan enjin i-MMD pula - atau yang boleh kita sebut sebagai enjin hibrid prestasi untuk orang kebanyakan. Ketika ini, ia merupakan kereta hibrid termurah yang ada di pasaran Malaysia justeru apakah yang ditawarkan kali ini?

Pandang pertama

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 01

Rekaan Luar – Tiada aksen biru untuk hibrid kecuali pada logo

Dari segi estetika, Honda City RS membezakan dirinya daripada model 1.5 liter petrol biasa dengan pakej aksesori RS, yang membawakan kemasan dan aksesori tambahan untuk penampilan yang lebih agresif.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 02

Dari bahagian hadapan, Honda City RS mengenakan gril hadapan hitam kilat dengan gril sisipan sarang lebah serta dilengkapi dengan perumah lampu kabus yang direka semula pada bahagian bawah. Ia juga mampu dibezakan dengan kemasan di bahagian bawah bampar yang disudahi dengan bahan ala karbon.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 03

Bergerak ke bahagian sisi, Honda City RS mengenakan dengan cermin sisi hitam berkilat, pemegang buka pintu warna badan dan rim 16-inci dua-tona. Terdapat juga garis badan yang menonjol, menyambungkan lampu hadapan dengan lampu belakang.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 04

Bergerak ke bahagian belakang pula, Honda City RS mendapat spoiler halus yang disudahi dalam warna hitam piano dan diffuser belakang dengan kemasan karbon yang sama seperti bahagian hadapan.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 05

Aksen biru untuk hibrid masih ada

Walaupun peningkatan pakej RS memberikan rupa yang sederhana sahaja, pakej keseluruhan berfungsi dengan baik untuk memberikan City RS sentuhan yang sedikit eksklusif berbanding varian lain dalam varian Honda City. Apa yang patut dipuji adalah, ia tidak hadir dengan aksen biru di merata tempat seperti jenama lain dalam varian hibrid malah ia kekal sederhana dengan aksen biru pada bahagian logo sahaja.

Rekaan dalaman – Bergaya sederhana dan ergonomik

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 06

Pada bahagian dalam, perubahan paling ketara pada Honda City RS ialah upholsteri separa kulit yang penuh dengan jahitan merah kontras pada tempat duduk dan stereng. Seperti tipikal Honda lain, rekaan kabin dalaman Honda sememangnya terbaik dalam kelasnya.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 07

Daripada tekstur bahan kepada penggunaan warna dan kontras, kabin dalaman Honda benar-benar 'menaikkan' suasana apabila melangkah masuk ke dalam. Dalam ruangan kaki, Honda City RS menampilkan pedal 'Sport' yang bukan sekadar gimik malah kelihatan menarik.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 08

Sebagai perintis yang tidak boleh dipertikaikan dalam ruang dan pakej kabin dalaman, sukar untuk mencari kesalahan rekaan dalaman Honda City RS. Tempat duduknya bagus dan memberi sokongan yang cukup, serta keseluruhan ruang penghuni yang ditawarkan akan memberi jawapan jika anda memerlukan sedan yang lebih besar daripada Honda City.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 09

Penguji kami berukuran tinggi 180 cm, tetapi masih terdapat dua bola tenis pada ruang lutut untuk penghuni belakang dan satu bola tenis di ruangan kepala. Kesemuanya berdasarkan ukuran pelarasan kerusi hadapan standard dalam kesemua ujian kami.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 10

Mungkin peningkatan yang paling ketara ialah sistem infotainment; bukan sahaja varian ini menawarkan skrin infotainmen 8 inci yang lebih besar dengan tambatan telefon pintar Android Auto dan Apple Carplay. Terdapat rasa kualiti dalam pelaksanaan kabin dalamannya, tidak seperti unit infotainmen 6.8 inci generasi sebelumnya yang kelihatan seperti unit aftermarket.

Pengalaman pemanduan – Terbaik dalam segmen B

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 11

Memahami cara Honda City RS dimandu memerlukan sedikit pemahaman tentang cara rangkaian kuasa berfungsi.

Honda City RS ialah sistem hibrid penuh dua motor, terdiri daripada unit enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi DOHC i-VTEC dibantu oleh dua motor elektrik (sistem hibrid biasa cuma menggunakan satu motor sahaja).

Motor pertama dipanggil motor pacuan (memacu roda dan juga berfungsi sebagai penjana kuasa) dan satu lagi motor penjana (juga dianggap motor sokongan).

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 12

Rajah menunjukkan transisi motor dengan enjin

Motor daya tarikan menghasilkan 109 PS dan tork 253 Nm. Ia juga berfungsi sebagai pengecas kepada generator apabila kereta meluncur atau brek. Daya daripada aktiviti ini akan mengecas bateri litium-ion pada bahagian belakang kenderaan.

Generator ini tidak memacu roda – ia sekadar memberikan kuasa tambahan kepada bateri dan motor daya tarikan.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 13

Dengan memutuskan sambungan enjin daripada roda, enjin tidak terhad kepada beban pemanduan biasa. Misalnya, apabila anda perlu mendaki bukit atau memecut, operasi kenderaan akan dilaraskan pada keadaan paling optimum bergantung pada keperluan trenkuasa.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 14

Sistem i-MMD membolehkan enjin beroperasi dalam julat optimum untuk kecekapan tinggi (zon putih). Di sinilah pemacu elektrik boleh menyahcas dan/atau menyimpan tenaga untuk kegunaan optimum

Di sinilah sistem i-MMD Honda mencapai kecekapan yang lebih tinggi serta yang paling penting, menawarkan kuasa yang lebih tinggi daripada sistem hibrid lain.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 15

Honda City RS lebih banyak dipacu oleh motor daya tarikan justeru ia tidak memerlukan transmisi. Honda memanggil transmisi ini eCVT kerana ia 'rasa' seperti transmisi automatik jenis CVT biasa

Enjin masih memacu roda apabila klac dihidupkan pada rpm tinggi. Pada kelajuan tinggi, adalah lebih cekap untuk menyambungkan enjin ke roda berbanding motor.

Oleh itu, satu soalan yang penting –  adakah Honda City RS mempunyai 253 Nm tujahan tork pada setiap masa? – Jawapannya ya. Hal ini kerana motor daya tarikan boleh membekalkan kuasa secara serta-merta tanpa jeda pada bila-bila masa ia diperlukan.

Memandu Honda City RS terasa sama sahaja seperti memandu Honda City 1.5 liter biasa. Bergantung pada keadaan pengecasan bateri litium-ion, enjin akan dihidupkan secara berselang-seli untuk menghidupkan generator untuk selaras dengan keperluan pemacu.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 16

Antara perkara kecil yang kami perasan adalah bunyi enjin berpusing walaupun pada keadaan trafik berhenti pegun. Enjin sentiasa berpusing walaupun pada trafik henti gerak kerana pergerakan pada kelajuan rendah hanya menggunakan motor. Mungkin, kita sudah terbiasa mengaitkan bunyi enjin dengan pergerakan ke hadapan. 

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 17

Selain daripada gangguan kecil itu, penghantaran kuasa adalah lancar dan cukup pada setiap kelajuan. Sebaik sahaja bergerak, hingar enjin hampir tidak dapat didengari kerana rangkaian kuasa beralih melalui pelbagai mod pemanduan.

Tekan pendikit dengan lebih dalam dan Honda City RS akan meningkatkan kelajuan dengan agak cepat.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 18

Honda City RS mampu mencatatkan kelajuan sehingga 150km/j dengan mudah namun selepas itu, kuasa terasa berkurangan secara beransur-ansur. Honda City RS mampu untuk terus memecut melepasi 180 km/j jika diberi jalan yang lurus, tetapi kelajuan terbaik adalah sekitar 130 km/j untuk penjelajahan lebuh raya yang pantas.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 19

Bahagian bawah kenderaan hampir rata untuk aerodinamik dan kecekapan yang lebih baik

Walaupun mampu memecut laju, tiada yang kurang pada brek Honda City RS. Berdasarkan komputer kereta, ia menjana melebihi 0.8g semasa brek semasa dalam ujian pecutan 0-100-0 kami.

Bagi pecutan, Honda City RS melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam 10.2 saat ketika ujian kami (tidak jauh daripada 9.9 saat yang didakwa).

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 20

Pandu Honda City RS melalui sudut selekoh dan anda pasti kagum dengan cara ia mengendalikan lencongan. Dari tempat duduk pemandu, ia terasa lebih yakin dan seimbang berbanding model enjin 1.5 liter, mungkin disebabkan oleh berat bateri yang diletakkan berhampiran dengan gandar belakang.

Honda City RS tidak akan memenangi sebarang hadiah dari segi penglibatan pemandu tetapi terdapat maklum balas yang agak baik daripada bahagian stereng. Selain itu, ketegaran badan secara keseluruhan dan tahap cengkaman membolehkannya kekal dalam garisan dengan stabil dan keluar dari lorong dengan penuh keyakinan.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 21

Honda City RS, seperti rangkaian berkuasa petrol, dilaraskan untuk keselesaan dan ketenangan; jika anda mencari pengendalian dan dinamik yang lebih tajam, lebih disyorkan untuk memandu Mazda 2 sedan atau Nissan Almera.

Keselesaan – Ketenangan yang diperhalusi setanding dengan sedan segmen D

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 22

Honda City RS cemerlang dalam tahap perincian ketenangan secara keseluruhannya. Mungkin perbezaan yang paling ketara ialah ia senyap habis apabila dipandu dalam mod elektrik sepenuhnya.

Semasa pegun atau pada kelajuan rendah, anda akan mendengar enjin dihidupkan untuk mengecas semula bateri, tetapi sebaik sahaja anda bergerak pada kelajuan pertengahan di lebuh raya, bunyi ini memudar tanpa ketara diselami latar bunyi biasa.

2021 Honda City RS e:HEV - Tahap kebisingan kabin
60 km/j 57 dB
90 km/j 61 dB
110 km/j 68 dB

Untuk memberikan sedikit konteks, angka tersebut adalah setanding dengan Honda Accord mengikut ujian kami.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 23

Ya, Accord merupakan sebuah sedan yang jauh lebih baik secara keseluruhan namun tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Honda City menawarkan rasa tenang yang membuatkan anda berasa seperti berada di dalam kereta yang lebih besar. Tentunya ini menjadikannya tenang dalam kesibukan harian di jalan bergelora dan lasak di Malaysia.

Baca: Honda City 1.5V Sensing 2022 dilancarkan di Malaysia, RM 91k, varian baru untuk ‘pressure’ Vios!

Penggunaan minyak

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 24

Selepas perjalanan sejauh 125 km dipecahkan kepada sekitar 40% lebuh raya dan 60% pemanduan bandar, ia memerlukan 6.51 liter minyak untuk mengisi semula tangki dengan penuh. Hal ini diterjemahkan kepada penggunaan minyak sebanyak 5.2 liter/100 km.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 25

Sedikit kaveat, ketika pandu uji kami, keadaan pemanduan dan cuaca tidak begitu menggalakkan untuk Honda City RS ini justeru penggunaan minyak tersebut mungkin sedikit tinggi.

Setelah menjalankan ujian pemanduan biasa terlebih dahulu dan memandu dalam keadaan hujan lebat selepas itu, angka tersebut dirasakan sedikit kurang tepat berbanding jangkaan awal.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 26

Pandu uji kedua dengan Honda City RS secara berasingan mendapati bahawa dakwaan penjimatan minyak sebanyak 4.2 liter/100km mampu dicapai. Ketika itu, jarak keseluruhan yang dibawa adalah lebih 1,000 km.

Hal ini kerana pemanduan lebuh raya akan mengecas semula bateri litium-ion dengan lebih pantas berbanding pemanduan bandar. Oleh itu, lebih banyak jarak perbatuan boleh ditempuhi daripada rangkaian kuasa i-MMD ini.

Konklusi

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 27

Mudah untuk kalah dalam hujah apabila mempertimbangkan harga Honda City RS. Ya, pada RM 106k, ia hanya RM 3k kurang daripada Honda Civic 1.8S varian asas. Sejujurnya, ia mahal apabila anda hanya menganggapnya sebagai sebuah sedan segmen B.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 28

Walaubagaimanapun, sekiranya anda melihat bahawa Honda City RS adalah model hibrid yang paling canggih, dijual pada harga terendah, ditambah dengan reputasi ciri keselamatan ADAS terbaik Honda Sensing - maka ia mula masuk akal.

Menjadikan Honda City sebagai asas untuk pakej rangkaian kuasa Honda i-MMD adalah strategi terbaik untuk mengekalkan kos rendah dan menawarkan pembeli teknologi termaju pada harga yang berpatutan.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 29

Pilihan termurah seterusnya jika anda mencari sebuah hibrid penuh ialah Toyota Corolla Cross Hybrid yang dijangka akan dijual pada harga sekitar RM 137k (untuk rujukan, Nissan Serena S-Hybrid ialah model hibrid mikro).

Bagi Toyota Corolla Cross Hybrid pula, ia menampilkan rangkaian kuasa hibrid motor tunggal yang tidak berubah daripada rangkaian kuasa Toyota Prius yang mula diperkenalkan sejak sedekad lalu.

Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran! 30

Secara dasarnya, Honda City RS menawarkan prestasi hibrid dan sistem keselamatan ADAS terkemuka untuk marhaen, seiring dengan inspirasi Honda Integra yang menawarkan prestasi tinggu untuk marhaen dalam sedekad yang lalu. Adakah kini anda mampu melihatnya dari sudut tersebut?

Baca: Mazda 3 terpakai vs Honda City RS baru untuk RM 100k, yang mana lebih berbaloi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda