window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand!

Haris Ā· Dec 4, 2021 10:00 AM

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 01

Di Thailand, Honda Jazz masih dijual bersama-sama dengan Honda City Hatchback. Walaupun kedengaran sedikit canggung (Malaysia akan menghabiskan stok model yang akan diganti) tetapi jumlah pasaran Thailand yang besar menjustifikasikan langkah ini. Untuk itu, Honda Thailand telah tampil dengan Honda Jazz Final Edition varian istimewa sebagai penghormatan kepada hatchback popular tersebut.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 02

Honda City Hatchback dalam Sonic Grey Pearl

Terhad kepada hanya 1,500 unit, Honda Jazz Final Edition didatangkan dengan warna Sonic Grey Pearl yang eksklusif. Hal ini kerana, warna tersebut turut ditawarkan pada Honda Civic Type R dan Honda City Hatchback di pasaran Thailand.

Baca: Honda City Hatchback 2021 dilancarkan! 1.0 Turbo, 122 PS, tiba di Malaysia tahun 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 01

Warna baharu tersebut ditawarkan dalam 3 varian iaitu varian RS CVT, V+ CVT, S CVT (Honda Jazz ditawarkan dalam 6 varian di Thailand). Ia menambah lagi THB 6,000 (RM 749) di atas tanda harga rasmi.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 02

Walau bagaimanapun, selain daripada warna yang eksklusif tersebut, Honda Jazz masih mengekalkan kesemua ciri Jazz biasa. Rakan sekerja kami di Thailand, AutoFun TH, melihat dengan lebih dekat kemeriahan terakhir Jazz di sana ketika Ekspo Motor Thai 2021 berlangsung.

Baca: Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia?

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 03

Unit yang dipertontonkan di reruai Honda Thailand ini ialah varian RS yang tidak pernah ditawarkan Malaysia. Untuk pasaran Thailand, Honda Jazz dipasang di kilang Honda Thailand di Ayutthaya. Model Honda Jazz di Malaysia pula dipasang di Pegoh, Melaka dan difahamkan telah tamat pengeluaran sepenuhnya.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 04

Honda Jazz dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC yang menghasilkan 117 PS (kuasa kuda spesifikasi Thai, Honda Jazz spesifikasi Malaysia menghamburkan 120 PS) dan 146 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik CVT dengan 7 gear nisbah maya.

Baca: (Video) Dah macam permainan GTA, Civic PDRM di Johor ini kejar Honda Jazz sampai 35 minit

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 05

Varian RS adalah varian kedua tertinggi yang ditawarkan untuk varian Honda Jazz dan versi Final Edition ini berharga dari THB 745,000 (~RM 93,000). Suatu harga yang agak tinggi namun mudah untuk dijustifikasikan oleh peminat Honda di Malaysia.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 06

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Honda Jazz Final Edition hanya mendapat warna baharu; tiada lencana khas atau ciri tambahan sesuai dengan nama tersebut. Varian RS ini didatangkan standard dengan lampu depan dan DRL LED, cermin sisi hitam, serta rim aloi 16-inci sporty.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 07

Pada bahagian dalam, varian RS menerima upholsteri fabrik sporty dengan jahitan jingga kontras, sistem penyaman udara automatik dengan panel kawalan sesentuh dan skrin infotainmen 7 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 08

Untuk ciri keselamatan, Honda Jazz Final Edition dilengkapi dengan 6 beg udara, Hill Start Assist (HSA), ABS dengan EBD dan kamera undur.

Honda Jazz Final Edition - varian khas terakhir sebelum Honda Jazz tamat pengeluaran di Thailand! 09

Di gelanggang kita, Honda City Hatchback dijangka tiba tidak lama lagi dan kami telah melakukan beberapa pusingan untuk varian V dan RS hibrid di sekitar litar Sepang. Tidak seperti di Thailand, Honda Jazz pasaran Malaysia digugurkan tanpa sebarang keluaran model keluaran eksklusif. Namun, ini tidak diperlukan kerana kita sedia maklum betapa larisnya Honda Jazz di negara kita. Mampukah Honda City Hatchback menjadi pelaris yang setara?

Baca: Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku kera

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda