window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

Zamil Syaheer ยท Dec 6, 2021 12:59 PM

Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS! 01

Perodua telah mengesahkan bahawa Perodua Alza (D27A) generasi baru akan menjadi model seterusnya yang akan dilancarkan pada tahun 2022.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua berkata pada majlis media Perodua Myvi bahawa mereka sedang mengkaji bila masa terbaik pada tahun 2022 untuk memperkenalkan Alza generasi baru.

2022 Perodua Alza Design

Imej lakaran Perodua Alza 2022 oleh Theophilus Chin

Penyelidikan dan pembangunan Alza generasi baru kini berada di peringkat akhir ujian dan pengeluaran perintisnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Barisan pengeluaran di kilang pembuatan Perodua di Rawang akan menjalani proses 'retooling' (menaik taraf jentera) untuk memenuhi keperluan Alza baharu pada Januari 2022.

Pengeluaran Alza generasi terkini akan berakhir pada Disember 2020. Dato’ Zainal menambah bahawa masih terdapat permintaan yang kukuh untuk MPV 7-tempat duduk mereka dengan jualan bulanan sekitar 1,500 unit.

2021 Perodua Alza Design

Dah dekat 12 tahun, atau 160 tahun dalam umur kereta.

Walaupun ketua Perodua tidak mahu mendedahkan butiran teknikal, kami boleh menjangkakan Alza baharu akan berasaskan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia baharu.

Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS! 02

Kedua-dua MPV itu menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan konfigurasi pacuan roda hadapan.

Di Indonesia, Avanza dan Xenia mendapat dua pilihan enjin 4-silinder aspirasi semula jadi – 1NR-VE 1.3 liter (98 PS/121 Nm) dan 2NR-VE 1.5 liter (106 PS/137 Nm). Kedua-duanya dipadankan dengan pilihan transmisi automatik D-CVT atau manual 5-kelajuan.

Juga baca: Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke?

2022 Perodua Alza Engine

Trenkuasa sama dengan Myvi facelift

Melihat kepada strategi Perodua baru-baru ini untuk melontar Perodua Smart Drive Assist ADAS dalam facelift Ativa dan Myvi baharu mereka, kami menjangka pembuat kereta tempatan melakukan perkara yang sama dalam kereta keluarga generasi seterusnya mereka.

Juga baca: Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Harga Alza generasi terkini bermula dari RM49,944 hingga RM60,525. Jangkakan harga model serba baru ini bakal menjadi lebih mahal dengan pelbagai ciri dan kelengkapan serba baru.

Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS! 04

Teruja dengan apa yang akan datang? Sementara itu, tonton video rebiu Perodua Myvi 1.5 facelift 2022 kami di sini:

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda