window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan?

Zamil Syaheer ยท Dec 8, 2021 10:00 AM

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 01

  • City Hatchback dilancarkan, berhadapan dengan Toyota Yaris
  • Harga bermula RM 76k, Yaris bermula RM 71k
  • Bayaran balik bulanan dari RM 780/bulan

Honda City Hatchback 2022 yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.

Pengganti Honda Jazz yang popular ini ditawarkan dalam tiga varian (buat masa ini): Gred S, E, dan V, dengan harga bermula dari RM 76k (Gred S) dan RM 88k (Gred V).

Varian City Hatchback RS e:HEV hanya akan tersedia pada awal Januari 2022. Harga rasmi dijangka diumumkan lebih dekat dengan tempoh penghantaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 01

Harga City Hatchback korang dah tahu, jadi sekarang timbul soalan utama oleh pembeli Malaysia apakah gaji minimum yang diperlukan untuk memohon pinjaman dengan selesa, dan berapa banyak yang akan saya bayar setiap bulan secara ansuran?

Juga baca: Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang!

Berapa banyak gaji yang saya perlukan untuk membeli satu?

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 02

Mula-mula, mari kita lihat harga bagi setiap varian, diatas jalan tanpa insurans, bersama dengan bayaran pendahuluan minimum 10 peratus untuk setiap varian.

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 03

Harga diatas jalan, tidak termasuk pendaftaran dan insurans, sah sehingga 30 Jun 2022 (dengan diskaun SST).

Harga City Hatchback RS e:HEV tidak ada dalam anggaran kami buat masa ini kerana harga belum lagi diumumkan.

Juga baca: Rebiu: Honda City Hatchback 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’!

Harga Honda City Hatchback dan bayaran muka mengikut varian
Varian Harga (RM) Bayaran muka (RM)
Gred S 75,670  7,567
Gred E 83,080 8,308
Gred V 87,860 8,786
e:HEV RS TBA (Awal Jan 2022)

Harga ini tidak terlalu jauh daripada julat harga City Sedan iaitu RM 74,191 (1.5 S) hingga RM 105,950 (RS e:HEV).

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 04

Mari kita periksa varian termurah City Hatchback Gred S sebagai contoh.

Dengan mengandaikan bayaran pendahuluan biasa sebanyak 10 peratus dengan pemfaktoran kadar faedah 2.7 peratus (lazim untuk kenderaan bukan nasional) – jumlah ansuran bulanan bagi Gred S adalah RM 784 sebulan dengan pinjaman 9 tahun.

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 05

Berdasarkan garis panduan yang disyorkan bahawa anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada 20 peratus daripada gaji bulanan anda pada bayaran balik bulanan kereta anda, gaji bersih minimum yang diperlukan sekitar RM 3,920 sebulan.

Dengan kos insurans, penyelenggaraan, tayar dan kos pengendalian lain yang berkaitan diambil kira, perbelanjaan berkaitan kereta anda sepatutnya tidak melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan anda.

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 06

Oleh itu, jika kami mengambil kira tambahan 10 peratus untuk kos pengendalian – anda memerlukan kira-kira RM 1,176 sebulan untuk memiliki City Hatchback baharu (Gred S, tempoh pinjaman 9 tahun) dengan selesa.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin membeli Hatchback Gred V yang didatangkan dengan 6-beg udara, Honda LaneWatch, lampu depan LED automatik, dan tayar 16-inci, ‘standby’ untuk membayar RM 87,860.

Juga baca: Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 07

Apabila mengambil kira faktor di atas, anda perlu menyediakan sekitar RM 910 sebulan (tempoh pinjaman 9 tahun) untuk pembayaran balik bulanan. Dengan kata lain, anda perlu memperoleh gaji bersih minimum RM 4,550 sebulan.

Berapa banyak yang akan saya bayar setiap bulan?

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 08

Semak jadual di bawah untuk ringkasan pembayaran balik mengikut varian Honda City Hatchback masing-masing bagi tempoh 5-, 7- dan 9 tahun. Seperti yang dinyatakan, kami menggunakan angka kadar faedah sebanyak 2.7 peratus.

Tempoh pinjaman 5 tahun, berserta bayaran bulanan
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Gred S 75,670  1,288
Gred E 83,080 1,414
Gred V 87,860 1,495
Tempoh pinjaman 7 tahun, beserta bayaran bulanan
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Gred S 75,670  964
Gred E 83,080 1,058
Gred V 87,860 1,119
Tempoh pinjaman 9 tahun, beserta bayaran bulanan
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Gred S 75,670  784
Gred E 83,080 861
Gred V 87,860 910

 

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 09

Varian Gred S, E dan V menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dengan 121 PS / 145 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Seperti biasa, kadar faedah tertakluk kepada perubahan dan mungkin termasuk tawaran promosi istimewa dari semasa ke semasa. Buat masa kini, kadar faedah agak rendah. Namun begitu, sila semak dengan jurujual  atau bank masing-masing untuk tawaran yang paling menarik.

Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan? 10

Harga semasa dikecualikan daripada SST, sah sehingga 30-Jun 2022.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda