window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai!

Mersita · Jul 6, 2020 04:40 PM

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 01

Membeli kereta terpakai sebenarnya boleh memberikan anda penjimatan yang hebat kerana penurunan harga kereta sekarang yang semakin mendadak.

Tanyalah sesiapa yang baru sahaja membeli kereta terpakai dan perkara yang sama sering berlaku – harga tersenarai tidak sama dengan harga yang dibayar.

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 02

Sebabnya cukup jelas dan mudah; penjual kereta terpakai mempunyai perangai buruk dimana mereka tidak menyatakan ‘fi pemprosesan’ pada senarai harga kereta mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, pembeli boleh menjangkakan yang mereka akan membayar ekstra RM 4,000 hingga RM 5,000 apabila membeli daripada penjual kereta terpakai. Jika anda bernasib baik, penjual tersebut boleh mencas sekurang-kurangnya RM 2,000 untuk ‘fi pemprosesan’.

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 01

Mesti ramai yang pelik, apakah yang termasuk dalam ‘fi pemprosesan’ ini?

Secara umumnya, seorang penjual kereta terpakai akan memasukkan cas tambahan seperti dibawah:

  • Fi invois
  • Fi pemprosesan
  • Fi perjanjian
  • Fi JPJ
  • Fi Puspakom
  • Fi E-Auto
  • Servis
  • SST dan cukai-cukai lain (tidak sepatutnya dimasukkan)

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 02

Ingat, kebanyakan fi-fi diatas sebenarnya tidak diperlukan. Auta je lebih.

Kenalkan, Che Din.

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 03

Bagi mereka yang tidak kenal dengan Che Din, beliau adalah pengusaha Destiny Auto – penjual kereta terpakai yang terletak di Jalan Klang Lama.

Tidak seperti beberapa penjual kereta terpakai yang lain, Che Din cukup jelas dengan harga yang ditawarkannya; berapa harga yang ditayangkan, itulah harga yang akan anda bayar. Tiada cas tersembunyi digunakan untung mengaut untung lebih.

Malah, beliau baru-baru ini menghasilkan satu video bersama Nazz Abdullah dimana mereka menyenaraikan cas-cas tersembunyi yang sering diberi oleh ramai penjual kereta terpakai di luar sana.

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 04

Penjual kereta terpakai boleh mengaut untung sekurang-kurangnya RM 5,100 hanya dengan cas-cas tersembunyi ini. Perlu diingatkan yang jumlah ini tidak termasuk ‘mark-up’ yang dikenakan pada kereta itu sendiri.

Salah satu fi yang disebut oleh Che Din ialah fi E-Auto, dimana penjual kereta akan mencas RM 450 ke RM 500 untuk servis tersebut. Padahal, E-Auto mencas penjual kereta terpakai hanya RM 30! Untung besar nampak?

Bila bercakap tentang ‘fi pemprosesan’ pula, dimana penjual kereta terpakai sering meminta antara RM 500 hingga RM 700 daripada pembeli, ia sebenarnya hanyalah proses fotostat dokumen yang sepatutnya percuma atau jauh lebih rendah daripada cas yang dipinta.

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai! 05

Che Din juga memberitahu yang penjual kereta terpakai sering menambah SST dan cukai berkaitan sebagai sebahagian daripada cas tersembunyi mereka. Yang sebenarnya, SST dan cukai hanya dikenakan antara syarikat kereta (principal) dan pemasang lokal, bukannya penjual kereta terpakai! Oleh itu, sebarang amaun yang dikenakan oleh penjual kereta terpakai adalah untung bersih bagi mereka.

Dalam beberapa kes, ‘fi pemprosesan’ tersebut boleh menaikkan harga kereta terpakai tersebut sehingga hampir sama dengan harga kereta baru. Baik beli yang baru kalau macam tu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda