window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Haris · Dec 19, 2021 06:00 PM

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 01

Kenderaan elektrik (EV) diwar-warkan sebagai kenderaan masa hadapan dan dijangka akan menawarkan ekosistem automotif yang lebih cekap tenaga dan baik untuk kesihatan alam sekitar. Ianya bermula dengan kenderaan hibrid (gabungan enjin pembakaran dalaman biasa + bateri elektrik) yang merupakan jambatan yang menghubungkan enjin pembakaran biasa dengan motor elektrik yang ada pada EV. 

Hal ini kerana, kenderaan elektrik EV bukanlah untuk semua orang. Masih ramai yang tidak cakna akan EV, justeru anjakan paradigma terhadap pemacu kenderaan ini perlulah diperkuatkan.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan situasi ketidaktentuan infrastruktur pengecasan yang mapan (sekurang-kurangnya buat masa ini), jawapan Nissan terhadap masalah ini ialah teknologi e-Power. Nissan e-Power menjanjikan semua kelebihan dan kecekapan pemanduan elektrik, tanpa kekangan pengecasan yang terhad dengan masa menunggu yang lama.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 01

Pandu uji kami menggunakan Nissan Note e-Power (E12) tahun 2017 (atas), dan bukan Note e-Power 2020 terkini yang sedang dijual di Jepun (bawah)

Selepas menguji Nissan Note e-Power 2017 baru-baru ini dan mencapai penggunaan bahan api keseluruhan sekitar 2.8 liter/100km, kami fikir mungkin Nissan mempunyai jawapan untuk mengatasi masalah kekurangan infrastruktur pengecaj. Lagi pula, angka tersebut pastinya sangat-sangat menjimatkan dan mampu menobatkannya sebagai kereta paling jimat minyak di Malaysia.

Nissan Note tahun 2017 yang diuji di sini adalah milik Edaran Tan Chong Motor (ETCM), yang dipinjamkan kepada kami untuk merasai sendiri rangkaian pemacu e-Power. Justeru, ini bukan ulasan mengenai Nissan Note itu sendiri tetapi lebih kepada pemahaman bagaimana Nissan e-Power berfungsi. Suatu pengetahuan yang patut dikongsi ramai.

Bagaimana Nissan e-Power berfungsi?

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 02

Nissan e-Power berkongsi kebanyakan komponen dengan rangkaian kuasa EV Zero Emissions

Mengikut definisi, pacuan Nissan e-Power ialah hibrid jenis separa elektrik (series-hybrid). Teknologi ini tidak sama seperti sistem Honda i-MMD (yang ada pada Honda City RS) mahupun Toyota Hybrid Synergy Drive , yang merupakan hibrid sepenuhnya (series-parallel hybrid).

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 03

Hal ini bermakna, enjin di dalam sistem e-Power tidak memacu roda, berbanding dengan hibrid konvensional lain yang mana enjin juga boleh memacu roda dan mengecas sistem elektrik.

Sebaliknya, enjin pembakaran dalaman beroperasi dalam spektrum kecekapan terbaik - dan hanya digunakan sekadar untuk mengecas bateri voltan tinggi.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 04

Pada asasnya, rangkaian e-Power dari Nissan adalah kereta elektrik yang membawa mesin penjananya (generator) sendiri. Boleh macam tu?

Bukankah ini teknologi EV jarak diperpanjangkan (Range Extender EV)?

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 05

Secara teknikalnya, kedua-dua e-Power dan REEV menggunakan teori yang sama. Namun, Nissan e-Power langsung TIDAK memerlukan pengecasan elektrik, hanya perlu mengisi minyak. Sementara itu, kereta elektrik REEV kebanyakannya hadir dalam bentuk plug-in hybrid (PHEV) yang memerlukan pengecasan elektrik DAN mengisi minyak.

Selain itu, kelebihan Nissan e-Power juga adalah kenderaan tidak memerlukan bateri berkapasiti besar untuk menyimpan caj, sekali gus mengurangkan berat dan kompleksiti kejuruteraan.

Jika kita membandingkan antara Nissan Note e-Power dengan pesaing seperti BMW i3 REx (EV jarak diperpanjangkan), Nissan Note hanya menggunakan bateri sebesar 1.5 KWj berbanding bateri pada BMW i3 REx yang berkapasiti 42.2 kWj.

Bateri yang lebih kecil juga menyebabkan Nissan Note mampu dijual pada harga jauh lebih murah berbanding teknologi PHEV. Harga di Nissan Note di Jepun adalah setanding dengan Honda Jazz Hibrid.

Dengan sistem tersebut, pengguna boleh 'memandu EV' tetapi masih mengisi petrol ke dalam tangki Nissan Note e-Power sama seperti kereta lain.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 06

Nissan Note e-Power 'dikuasakan' oleh enjin tiga silinder 1.2 liter HR12DE yang menghasilkan 79 PS dan 103 Nm.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 07

Inverter menyalurkan tenaga elektrik dari penjana ke dan dari bateri dan motor daya tarikan

Enjin tersebut memberi kuasa kepada penjana yang seterusnya menghantar kuasa kepada bateri. Motor daya tarikan utama menghasilkan 109 PS dan 254 Nm, lalu memacu roda. Ingat, bukan enjin yang memacu roda di sini.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 08

Nissan Leaf mempunyai motor daya tarikan yang lebih berkuasa tetapi kebanyakan seni bina elektrik dengan mirip Nissan Note e-Power

Motor 'EM57' seperti yang dipanggil adalah unit yang kurang berkuasa (tetapi reka bentuk komponen elektrik yang sama) kepada motor daya tarikan 150 PS / 320 Nm yang ditampilkan dalam Nissan Leaf EV.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 09

Unit yang kami uji mempunyai motor sekunder kecil pada gandar belakang yang membantu pecutan dan cengkaman dalam keadaan licin

Pengalaman pemanduan?

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 10

Aspek terbaik Nissan e-Power ialah anda mendapat kesemua kelebihan kenderaan EV – operasi pemanduan yang senyap, tork serta-merta dan pelayaran perjalanan yang lancar – tanpa perlu risau mengenai bateri tak cukup caj, di mana nak caj bateri, ketersediaan pengecaj dan masa menunggu untuk mengecaj.

Ini suatu pencapaian kejuruteraan yang sangat menakjubkan pada hemat kami. Jadi apa yang tak kena dengannya? Beri pendapat anda di ruangan komen jika mahu artikel susulan mengapa Nissan e-power tak boleh dipasarkan di Malaysia.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 11

Semasa ujian pecutan kami, Nissan Note e-Power sebenarnya mengatasi masa yang ditetapkan oleh Honda City RS. Catatan masa ini sudah pastinya dibantu pecutan pantas daripada motor sekunder di bahagian belakang, dalam mod AWD.

Dengan motor sekunder dihidupkan, Nissan Note e-Power memecut dari 0-100 km/j dalam masa lebih 9.30 saat, mengatasi masa terbaik Honda City RS iaitu 10.2 saat (seperti yang diuji).

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 12

Nissan Note e-Power menawarkan tiga mod pemanduan berbeza - Eco, Normal dan Sport - yang melaraskan penghantaran kuasa dan kadar pemulihan tenaga semasa meluncur mahupun brek.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 13

Mod Normal terasa seperti kereta biasa, tetapi apabila bertukar ke dalam mod Eco atau Sport - sistem menjadi sangat sensitif sehingga membolehkan gaya pemanduan 'satu pedal' yang merupakan teknologi terkenal Nissan.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 14

Ia tidaklah rasa begitu janggal, namun masih perlu dibiasakan pada awalnya - bayangkan memandu dalam gear lima, dan tiba-tiba gear jatuh ke gear dua sebaik sahaja anda melepaskan pedal pecutan - begitulah perasaan memandu dengan satu pedal.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 15

Kekurangan terbesar untuk rangkaian pemacu e-Power ialah kelajuan maksimum (top speed) yang rendah.

Nissan Note e-Power hanya mencatatkan kelajuan maksimum 155 km/j (sama seperti Nissan Leaf). Angka ini secara perbandingannya, lebih perlahan daripada Perodua Myvi 1.5L. Namun, kelajuan maksimum tidak memberikan gambaran yang menyeluruh, lebih-lebih lagi tujahan kuasa pada kelajuan rendah.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 16

Dari keadaan pegun, Nissan Note e-Power menawarkan pecutan yang sangat berkuasa sejurus sahaja roda berpusing, tork menderu sebaik sahaja anda menekan pedal pemecut dan ia akan terus berlari dengan gagah sehingga kelajuan 130-140 km/j dengan cepat.

Sebagai gambaran, kelajuan larian Nissan Note e-Power secara keseluruhan boleh disamakan dengan pecutan sebuah kenderaan 2.0 liter NA, mungkin lebih pantas daripada kenderaan biasa.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 17

Dalam rebiu khusus rangkaian kuasa e-Power tanpa spesifik kepada Nissan Note dalam kes ini -  kami boleh memahami bagaimana prestasi e-Power dengan praktikaliti Nissan Note mampu menjadikannya sebagai salah satu hatchback terbaik untuk dipandu di bandar atau perjalanan separa jauh. Malah, baru-baru ini Nissan Note (generasi baharu, bukan unit ini) juga memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2021.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 18

Nissan Note direka dengan sangat baik, mempunyai tempat duduk yang sangat selesa dan hatchback yang agak stabil untuk dipandu.

Suatu lagi kekurangan adalah bunyi enjin melahu pada kelajuan rendah atau keadaan pegun kerana enjin kekal dalam keadaan optimum untuk mengecas penjana. Selain daripada itu, ia terasa senyap dengan angka desibel yang boleh diterima.

2017 Nissan Note e-Power - Tahap kebisingan kabin
60 km/j 60 dB
90 km/j 63 dB
110 km/j 70 dB

Penggunaan minyak?

Mod Eco dan Sport boleh mengubah jumlah tenaga yang digunakan. Oleh itu, motor mampu mengekstrak lebih banyak jarak pemanduan EV bergantung pada jalan yang anda lalui atau cara pemanduan anda.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 19

Semasa ujian jalan raya kami – kami mencatatkan jarak keseluruhan 109.0 km jarak perjalanan yang dipecahkan kepada 60% lebuh raya, 40% pemanduan bandar. Jumlah bahan api yang diperlukan untuk mengisi tangki penuh semula hanyalah 3.057 liter.

Secara mudahnya, angka penggunaan bahan api yang dikira hanya 2.8 liter/100 km atau kira-kira RM 6 untuk 100 km perjalanan.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 20

Sebagai perbandingan, Honda City RS yang kami uji baru-baru ini menghasilkan 5.2 liter/100 km, suatu angka yang mengagumkan. Ujian semula mencatatkan 4.2 liter/100km terbaik, dijalankan dalam ujian berasingan dalam jarak melebihi 1,000km.

Baca: Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap!

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 21

Keputusan ujian penggunaan bahan api Honda City RS

Adakah ada rakyat Malaysia yang sanggup membayar harga tinggi pada awalnya untuk penjimatan minyak secara berkala. Honda City RS membuktikan ya namun ia tak dapat dipastikan untuk Nissan Note e-Power ini.

Konklusi

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 22

Pandu uji kami dengan Honda City RS hanya seminggu sebelum Nissan Note e-Power justeru memberikan perspektif yang jelas tentang pelaksanaan kedua-dua hibrid.

Tidak dinafikan, hibrid Honda i-MMD lebih maju dan menawarkan rangkaian pemanduan yang jauh lebih berkuasa. Manakala, Nissan Note e-Power membuktikan betapa mudahnya sebuah hibrid berfungsi sebenarnya.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 23

2 motor hibrid penuh Honda dalam sistem i-MMD

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pacuan e-Power lebih sesuai untuk kereta yang kecil dengan permintaan kuasa rendah. Inilah sebabnya mengapa ia digunakan dalam model seperti Nissan Note dan Nissan Kicks, tetapi Nissan X-Trail yang lebih besar tetap menggunakan hibrid konvensional.

Berdasarkan kenyataan tersebut, untuk kereta yang lebih kecil seperti Nissan Note, tiada penyelesaian teknologi yang lebih baik daripada e-Power.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 24

Ia amat sesuai sebagai kenderaan transisi kepada rakyat Malaysia. Kebanyakan dari kita perlu mengalami terlebih dahulu kenderaan sebegini kerana ia menawarkan kemudahan pemanduan elektrik tanpa kelemahannya.

E-power merupakan suatu penyelesaian yang kurang kompleks dan lebih mampu milik berbanding model plug-in hybrid (PHEV). Dengan strategi pemasaran berkisarkan penjimatan minyak yang terulung, ini kami kira merupakan sesuatu yang kebanyakan pemandu biasa mampu hargai.

Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan! 25

Walaupun ETCM tidak memberikan apa-apa kenyataan tentang sama ada rangkaian e-Power akan dilancarkan di Malaysia, hakikatnya bahawa mereka sudi memberi unit pandu uji ini kepada kami seolah-olah mahu memberikan suatu petanda. Apakah ia?

Baca: Nissan Note 2021 - pencabar kepada Honda Jazz, tapi Tan Chong taknak bawa masuk Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda