window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k!

Khairil · Dec 14, 2021 01:00 PM

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 01

Selepas menjengah pasaran jiran Thailand beberapa hari lalu, Honda CBR250RR 2022 Trico Edition akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia oleh pengedarnya, Boon Siew Honda (BSH).

Tiada perubahan harga diumumkan dengan 'Sportbike' dua silinder paling berkuasa dan canggih Honda itu yang dilancarkan pada hujung tahun lalu di pasaran tempatan kekal RM 25,999 (tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Juga baca: Honda CBR250RR SP 2022 'Tri-Colour' tiba di Thailand, harga RM 31.3k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 01

Seperti namanya, ia kini dipadankan dengan pilihan warna Tricolour menarik selaras DNA perlumbaan Honda. Ia menggantikan warna terdahulu iaitu Winning Red. Sebagai info, satu lagi pilihan warna terdahulu iaitu Mat Gunpowder Black Metallic turut dikekalkan.

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 02

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal. Honda CBR250RR 2022 Trico Edition ini masih dikuasakan enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 03

Kuasa yang dihasilkan adalah 40 Hp pada 13,000 rpm dan tork 25 Nm pada 11,000 rpm. Menurut Honda, ia mampu mencapai 'top speed’ pada angka 180 km/j.

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 04

Sebagai model 'Sportbike' 250 cc paling canggih dan berkuasa daripada Honda, Honda CBR250RR 'Trico Edition' menggunakan sistem Throttle-By-Wire bersama tiga mod tunggangan (Comfort/Sport/Sport+). 

Juga baca: Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah!

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 05

Sebagai jentera yang bersedia untuk dibawa ke litar, ia turut dilengkapi klac Assist & Slipper dan Quick Shifter.

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 06

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 310 mm dengan kaliper dua piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm 1 piston (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 07

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan panel meter digital LCD pelbagai informasi, sistem lampu LED, tangki bahan api 14.5 liter, ketinggian tempat duduk 790 mm, set roda 110/70-R17 (depan) dan 140/70-R17 (belakang).

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 08

Turut tidak berubah adalah tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan (yang mana tiba dahulu). 

Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k! 09

Kepada yang berminat, jentera hebat dan bersedia untuk dibawa ke litar ini sudah pun boleh didapati di rangkaian pengedar Honda Big Wing dan Impian X.

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda