window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos

Mersita · Jul 7, 2020 05:30 PM

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 01

Proton Saga yang pertama sekali dikeluarkan dari kilang Proton di Shah Alam pada 9 Julai 1985 dan dipandu keluar oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam acara penuh gilang-gemilang.

Dikemaskan dengan warna biru dan membawa nombor pendaftaran istimewa Proton 1, kereta tersebut dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, dimana keluarga di-Raja masih menyimpan kereta tersebut sehingga ke hari ini dalam kemasan cat dan rim keluli yang sama.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 02

Pada 28 Ogos, harga bagi Proton Saga diumumkan; Saga 1.3S dijual pada harga RM 17,575 manakala varian 1.5S, yang ditambah cermin sisi pada sebelah penumpangnya, dijual dengan harga RM 19,005. Kereta tersebut akhirnya dilancarkan pada 1 September 1985, dan pembeli pertamanya adalah Tun Dr. Mahathir sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 01

Seperti banyak kereta pada era tersebut, cermin sisi sebelah penumpang tidak disertakan dengan model asas.

Proton Saga diberi harga sekitar 25% lebih rendah berbanding Nissan Sunny 130Y (RM 23,247) dan Toyota Corolla 1.3 LE (RM 22,834) – dua pesaing rapatnya pada masa itu. Ia berjaya menyaingi semua saingannya disebabkan penyemakan semula cukai kereta, dimana Proton dianugerahkan diskaun yang banyak.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 02

Pada tahun 1983, duti impot bagi kereta CKD (completely knocked down) yang digunakan untuk pemasangan kereta hanyalah pada 15%. Duti ini dinaikkan 25% pada tahun 1984, 35% pada 1985, sehinggalah mencapai 50% pada 1988.

Walaubagaimanapun, Proton diberi 100% pengecualian daripada bayaran duti impot bagi kumpulan kereta CKD diimpot dari Jepun (Mitsubishi Motors) dan menikmati 50% diskaun untuk duti eksais.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 03

Sumber: Bajet 1984

Walaubagaimanapun, perkara yang jarang sekali disebut ialah ini bukanlah sebahagian daripada pelan asal Tun Dr. Mahathir untuk Proton.

Pertengahan 80-an adalah tempoh masa yang sukar bagi pasaran kewangan. Negara kita menghadapi kemelesetan ekonomi yang pertama pada tahun 1985; tahun yang sama dimana Plaza Accord ditandatangani – mengakibatkan kenaikan Yen Jepun yang mendadak. Kesudahannya, harga bagi kereta-kereta Jepun (kereta yang paling banyak jumlahnya di rantau ini) juga meningkat.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 04

Apabila harganya naik, projek Proton Saga mengalami kerugian dan harga sasarannya berisiko untuk dinaikkan secara ekstrim. Ini akan mengganggu matlamat untuk menghasilkan kereta nasional yang murah.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 05

Apabila pihak kerajaan Malaysia memohon Mitsubishi Motors untuk mengurangkan lagi harga bagi kumpulan kereta CKD, mereka enggan melakukannya kerana mereka tahu yang rakyat Malaysia lebih memerlukannya berbanding pihak mereka sendiri. Akhirnya, pihak kerajaan Malaysia terpaksa bergantung kepada diskaun dan pengecualian duti tersebut untuk mengekalkan harga rendah bagi kereta Proton.

Harga kereta meningkat naik pada tahun 90-an apabila nilai Ringgit vs. Dollar AS/Yen Jepun bergerak pada arah bertentangan.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 06

Apabila Proton Saga dilancarkan pada 1985, tukaran matawang ialah RM 2.10 untuk 1 Dollar AS, RM 8.80 untuk 100 Baht Thai, RM 1.10 untuk 1 Dollar Singapura, manakala RM 1.00 untuk 100 Yen Jepun.

Kini, pada tahun 2020, kadar ini adalah RM 4.30 untuk 1 Dollar AS, RM 13.80 untuk 100 Baht Thai, RM 3.10 untuk 1 Dollar Singapura, dan RM 4.00 untuk 100 Yen Jepun.

Cukai eksais bagi kereta juga meningkat pada tahun 2004 – reaksi dari impak berikutan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN, dimana ia boleh membanjiri pasaran kita dengan kereta buatan Thailand atau Indonesia yang dikecualikan duti impot.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 07

Pada masa yang sama, Industrial Linkage Program (ILP) oleh MITI – dimana diskaun untuk cukai eksais ditawarkan berdasarkan nilai kerja-kerja pembangunan/kandungan lokal – memberi peluang pada Proton dan Perodua untuk membayar sedikit atau tiada langsung cukai eksais, meluaskan lagi jurang harga antara kereta lokal dengan kereta asing.

Bagi kerajaan negara kita, peningkatan dalam cukai eksais perlu dikenakan untuk mengekalkan ‘status quo’ setelah duti impot dihapuskan untuk kereta daripada negara ASEAN.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 08

Satria R3 yang original ialah kereta terbaik pernah dihasilkan oleh Proton ‘era lama’

Objektif dalam peningkatan cukai eksais bukanlah untuk melindungi Proton (atau Perodua), walaupun ia adalah salah satu faktornya. Tetapi, objektifnya yang lebih besar ialah untuk memastikan kutipan cukai berada pada tahap yang sama. Antara wang dan nasionalisma, wang selalunya lebih diutamakan.

Imbas semula pada era selepas pemerintahan Tun Dr. Mahathir, kerajaan yang mengambil alih bersikap lebih ‘atas-pagar’ dengan Proton.

Perbincangan untuk menjual Proton telah bermula sejak awal 2000-an, ketika era Badawi – pertama sekali pada tahun 2004 dengan Volkswagen, seterusnya pada 2006 dengan PSA Group. Kedua-duanya mengakibatkan ketidaksenangan Tun Dr. Mahathir, dimana beliau menegur dan mempersoalkan niat penggantinya untuk menjual syarikat kereta nasional tersebut.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 09

Tetapi, saya ingin nyatakan disini yang Proton tidak mencapai objektif penuhnya sebagai syarikat kereta nasional – bukan kerana kerajaan terlalu ‘menjaga’ syarikat tersebut – tetapi, ia disebabkan kerajaan tidak melaksanakan langkah yang secukupnya untuk melindunginya.

Apabila bercakap tentang ‘melindungi’, saya tidak maksudkan ‘seperti menatang minyak yang penuh’. Sebaliknya, ia boleh digambarkan seperti tabiat “Asian parenting” yang cukup dikenali – garang, tegas tapi sayang (melainkan anda milenial, mungkin anda takkan faham).

Jika kita nak jadi realistik, semua kerajaan di negara lain melindungi industri kritikal masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri. Cuba tanya pada AS, pemimpin ‘free world’ dan juara dalam dagangan bebas, untuk membuka pasaran mereka kepada trak pikap buatan Thailand.

Semua trak pikap asing yang diimpot ke AS dikenakan cukai 25%. AS juga tidak mahu mengikut tetapan metrik antarabangsa. Nak tahu kenapa? Sebab ia adalah cara yang mudah dan tidak-langsung untuk membuatkan impot Eropah lebih mahal kerana dokumen homologasi akan terpaksa dibuat semula mengikut tetapan AS.

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat juga tidak mahu mengenalpasti standard UNECE antarabangsa. Contohnya, beg udara di dalam kereta yang dijual di Amerika mesti berfungsi walaupun untuk penumpang tidak bertali-pinggang. Perkataan “Supplemental” (tambahan) dalam Supplemental Restraint Systems (SRS) tidak membawa apa-apa maksud bagi Amerika. Lampu hadapan, standard pengeluaran gas rumah hijau dan lain-lain juga memerlukan modifikasi besar untuk mematuhi undang-undang FMVSS di AS.

Negeri Jerman Lower Saxony dan kerajaan Perancis masing-masing masih memiliki sebahagian daripada Volkswagen Group dan Renault, dan mereka sering mengambil-tahu urusan dalaman syarikat-syarikat ini. Syarikat-syarikat Eropah juga menikmati sebahagian besar faedah cukai serta geran dan mereka boleh membeli tanah untuk membina kilang pada harga lebih rendah dari pasaran; semuanya bentuk faedah tidak-langsung dari subsidi negeri.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 10

Hyundai Motor Group milik Korea juga boleh membangun untuk menjadi Top 5 dunia kerana kerajaan Korea memberi perlindungan selama hampir 30 tahun kepada pengilang domestik untuk bersaing dengan pesaing luar.

Perlindungan diberi kerajaan Korea amat tinggi sehinggakan ada undang-undang dirangka untuk mengehadkan masa-udara iklan TV dan saiz bilik pameran bagi kereta jenama luar. Amalan perlindungan Korea hanya dikurangkan beberapa tahun lepas kerana Hyundai kini mampu untuk menghasilkan model Genesis berkelas tinggi yang lebih bagus daripada Audi Jerman; dan ia sudah tidak perlu dilindungi.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 11

Chung Ju-Yung, pekerja beliau menggelarnya ‘Tiger’ Chung

Pengasas Hyundai, Chung Ju-Yung, menyelami industri automotif menggunakan wang yang diberi kepadanya oleh Presiden Korea Selatan terdahulu iaitu Park Chung-hee – yang juga membendung jualan kereta-kereta impot.

Presiden Park ialah bekas jeneral angkatan tentera dan beliau memerintah dengan kaedah kuku besi. Beliau bukanlah seseorang yang memberikan anda wang, membiarkan anda menikmati perlindungan daripada pesaing dan selepas itu memaafkan anda jika anda tidak membuahkan hasil dalam masa yang ditetapkan. Betapa tegasnya beliau dalam memastikan pelaburannya menampakkan hasil.

Setiap bulan, pengilang-pengilang Korea wajib memberi laporan kepada Presiden Park berkaitan perjalanan kerja ekspot mereka, iaitu aspek paling utama dalam agenda teratas Korea. Ingat, mereka adalah salah satu negara paling miskin di dunia satu ketika dahulu dan bergantung pada AS untuk bantuan kewangan.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 12

Jika Presiden Park merasakan yang salah seorang daripada ‘pekerjanya’ sudah tidak layak untuk diberi perlindungan, beliau akan melucutkan jawatannya. Tekanan maha besar yang diberi ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa Hyundai terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekspot kereta mereka ke AS, walaupun kereta tersebut belum sedia. Dipendekkan cerita, cubaan pertama mereka adalah satu kegagalan besar seperti yang dijangkakan, tetapi mengambil masa yang terlalu lama untuk membina kereta yang lebih bagus juga bukan satu pilihan bagi mereka.

Untuk memberikan anda gambaran lebih jelas tentang perwatakan Presiden Park; pada tahun 1979, beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika membuat ucapan. Apabila peluru tersasar dan terkena isterinya, beliau meneruskan ucapan sambil isterinya yang tercedera diusung keluar dari pentas! Setelah beliau mengakhiri ucapannya, beliau mengutip kasut dan tas tangan isterinya dan berjalan keluar. Mesej beliau kepada pesaingnya – “tugas saya belum selesai, peluru tidak menakutkan saya.”

Haih.. Bayangkan ini bos anda. Anda pasti tak berani nak beritahu yang kereta dibina dengan pembiayaan kerajaan Korea tidak cukup bagus untuk ekspot. Kalau nak mati, silakan.

Kita pula lain ceritanya. Mensia-siakan peluang dan sokongan awal yang diberi pada Proton dengan memberi ‘dealership’ dan kontrak bekalan bahagian/alatan Proton sebagai ganjaran untuk perlindungan politik. Yang bagusnya, amalan sebegini sudah tidak diamalkan dalam industri.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 13

Seperti banyak benda dalam dunia ini, tiada hanya satu-satunya cara yang betul untuk melakukan sesuatu benda. Polisi liberal Thailand hanyalah salah satu contoh. Ada banyak lagi contoh-contoh lain dimana negara-negara membangun menggunakan langkah perlindungan dengan baik untuk membina industri domestik mereka. China adalah satu lagi contoh yang bagus. Apa yang penting bukanlah falsafah disebaliknya; tetapi betapa bagus pelaksanaannya – dan di sinilah titik kekurangan kita.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 14

Walaubagaimanapun, tiada gunanya berbincang tentang perkara yang boleh terjadi tetapi tidak terjadi. Kita tidak boleh berpatah balik ke masa yang lampau. Apa yang kita boleh lakukan ialah menyokong Proton untuk ditarik balik ke jalan yang benar dan capai matlamatnya yang sebenar dari berdekad yang lalu – walaupun ia bermaksud kita harus berkongsi pujian yang diberi bersama rakan kongsi/pemodal kita yang baru iaitu Geely.

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos 15

Terrafugia TF-x

Oleh itu, raikanlah 35 tahun lagi kontrak Proton di bawah Geely. Memandangkan Geely juga memiliki Terrafugia, mungkin kereta terbang pertama Malaysia akan datang dari Proton – bukannya dari janji kosong oleh ahli politik yang tidak dapat membezakan perbezaan antara vehicle take-off and landing (VTOL) teksi udara dengan kereta terbang.

Artikel ini mula-mula ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh rakan penulis kami, Hans. Dapatkan versi Bahasa Inggeris di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda