window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Lagi kes VIP jalan dulu, rakyat dalam ambulan ‘boleh tunggu’

Mersita · Jan 2, 2022 02:00 PM

(Video) Lagi kes VIP jalan dulu, rakyat dalam ambulan ‘boleh tunggu’ 01

Belum sempat pun netizen ‘terlupa’ tentang kejadian rombongan menteri diberi laluan sehingga ambulan terpaksa menunggu di Hulu Langat tempoh hari, satu lagi kes serupa dikesan menerusi satu rakaman video diambil orang awam menunjukkan orang berkepentingan diberi laluan sehingga menyebabkan ambulan terpaksa menunggu bersama pengguna jalan raya lain.

Rakaman video itu mula tular di media sosial menunjukkan anggota pengiring membuka laluan untuk VIP dan pengguna jalan raya lain, termasuklah sebuah ambulan lengkap dengan lampu siren, terpaksa bersesak di satu bahagian lebuh raya menunggu kumpulan VIP ini lalu. Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya KL-Seremban menghala ke Pusat Bandaraya.

Dilihat sebuah Toyota Alphard berwarna putih dipercayai membawa VIP terlibat diiring oleh sekumpulan anggota polis yang menaiki motosikal dan juga kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman video ini pastinya mengundang pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai di media-media sosial. Ramai di antara mereka yang mempersoalkan tahap kepentingan rombongan VIP sehingga boleh menghalang laluan petugas kesihatan yang menyelamatkan nyawa rakyat.

Baca juga: Video: Tiada kompromi, ambulans terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada ‘escort’ VIP

(Video) Lagi kes VIP jalan dulu, rakyat dalam ambulan ‘boleh tunggu’ 01

“Pemimpin hanya fikir cepat dia sahaja. Dia tak fikir, dengan masa 2 minit itulah nyawa seorang manusia yang bernama RAKYAT dapat diselamatkan utk teruskan hidup dan menyara keluarganya utk teruskan kehidupan.

“Apakah pemimpin dan petugas jalan raya di negara kita sudah tidak ada rasa kasihan belas dan bertimbang rasa??? Apakah mereka sudah begitu sombong dengan rakyat???” tulis seorang pengguna Facebook merujuk kepada video berkenaan.

“This is Malaysia guys.. nyawa rakyat marhaen ni ada "jual" kt kedai eco.. ko mati apa diorang kesah,” nukil seorang lagi.

Sampai bila prosedur begini akan digunapakai?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda