window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berapa kerap anda harus servis kereta?

Zamil Syaheer · Jul 11, 2020 02:00 PM

Berapa kerap anda harus servis kereta? 01

Ramai orang mempunyai teori yang berbeza mengenai bila mereka harus menghantar kenderaan mereka untuk servis. Sepatutnya anda ikut sajalah manual pemilik, betul tak? Namun begitu, ada juga yang mengikut perasaan atau suka hati sahaja.

‘Servis biasa’ merangkumi pertukaran minyak enjin bersama dengan pemeriksaan semua komponen yang berkaitan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi selang atau kekerapan proses pertukaran minyak anda.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara tradisional, anda disyorkan untuk menukar minyak enjin setiap 5,000 km ketika menggunakan minyak enjin mineral atau separa sintetik. Hanya minyak enjin sintetik sepenuhnya sahaja yang mampu menempuh jarak tempuh 10,000 km sebelum pertukaran minyak diperlukan.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 01

Walau bagaimanapun, ini tidak lagi relevan mahupun boleh digunakan hari ini. Dengan kemajuan dalam penyelidikan & pengembangan teknologi, banyak minyak enjin moden sama ada minyak semi-sintetik, sintetik sepenuhnya atau minyak mineral telah diformulasikan untuk bertahan sehingga 10,000 km.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 02

Perbezaan jenis minyak enjin tidak lagi terhad pada jarak waktu penggantian minyak. Sebaliknya, ia untuk kualiti perlindungan enjin, pengurusan haba dan tahap pelincirannya. Semasa membeli minyak enjin, kenal pasti jarak tempuh minyak enjin dan pilih minyak yang sesuai dengan keperluan anda.

Bagaimana jika kereta anda adalah ratu ratu dan hanya dipandu tidak lebih dari 1,000 km dalam masa setahun? Anda masih perlu melakukan penggantian minyak dalam jangka waktu tertentu yang disebut dalam manual pemilik anda.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 03

Selalunya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 5 ke 6 bulan untuk kereta generasi sebelumnya atau 12 bulan bagi kebanyakan kereta moden, termasuklah kereta Proton dan Perodua.

Tidak kisahlah sama ada 6 atau 12 bulan (tanpa mengira jenis minyak enjin yang digunakan), anda tidak boleh melebihi jangka masa yang disarankan oleh pengeluar kereta.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 04

Photo by EJ'S GARAGE.

Ini kerana keberkesanan, pelinciran dan tahap perlindungan minyak enjin akan merosot, tidak kira sama ada kereta itu diparkir atau dipandu. Enjin kereta tidak dibina dan direka dengan toleransi mekanikal untuk berfungsi dengan optimum dengan minyak enjin yang lama. Sebab itulah penting untuk menggunakan minyak enjin yang baru.

Berapa kerap anda harus servis kereta? 05

Untuk menjawab soalan mengenai bila anda perlu servis kereta anda: jika anda membuat jarak tempuh yang banyak  dalam jangka waktu yang singkat, ikuti had jarak tempuh pilihan minyak enjin anda.

Sekiranya anda sama seperti rakan sekerja saya yang jarang sekali memandu keretanya, lihat selang waktu yang disyorkan dalam manual pemilik anda dan servis kereta dengan sewajarnya setiap 6 atau 12 bulan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda