window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit - selesa naik ETS, guna duit beli rumah

Mersita · Jan 20, 2022 05:00 PM

Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit - selesa naik ETS, guna duit beli rumah 01

Penyanyi terkenal tanah air, Khai Bahar, tidak menganggap memiliki kenderaan sendiri sebagai satu keperluan dan lebih gemar menaiki pengangkutan awam untuk ke sana ke mari.

Bercakap kepada Berita Harian, Khai, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin (28), berkata biarpun sudah enam tahun berkecimpung dalam dunia seni dan mampu untuk membeli kereta mewah, dia masih tiada hasrat untuk membeli kereta. Khai sebaliknya menggunakan wangnya untuk membeli aset lain seperti rumah.

Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit - selesa naik ETS, guna duit beli rumah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Bukan saya tidak boleh memandu, tetapi jujurnya, saya tidak tahu hendak pergi mana atau untuk apa (memiliki kereta sendiri),” katanya kepada akhbar itu.

Malah, Khai merupakan salah seorang selebriti yang turut serta dalam acara Toyota Gazoo Racing dari musim kedua hingga keempat. Dia merekodkan prestasi peribadi terbaik dalam musim lalu yang berlangsung pada November 2021 dengan merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua pusingan ketiga dan berjaya mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan keseluruhan TGRS4.

Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit - selesa naik ETS, guna duit beli rumah 01

Menurut Khai, jika dia perlu pergi ke mana-mana dalam urusan harian, pengurus akan mengambil dan menghantarnya ke lokasi kerja. Jika hendak keluar bersama rakan-rakan, mereka akan mengambilnya di rumah.

Jika hendak pulang ke kampung halamannya di Perlis, Khai lebih selesa menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Menurutnya, setakat ini, belum pernah privasinya dicerobohi penumpang lain walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam dari Kuala Lumpur.

Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit - selesa naik ETS, guna duit beli rumah 02

Baca juga: Penyesalan terbesar beli Ferrari F430 di usia muda. Rumah lagi penting! – Zizan

Dengan kemajuan teknologi dan kemudahan tersedia masa kini, tak hairanlah jika penduduk ibu kota memilih untuk tidak memiliki kenderaan sendiri. Naik pengangkutan awam dan guna khidmat e-hailing cukup mudah dan jimat kos, bukan? Jom kongsi pendapat anda di FB WapCar – BM.

Berkait:

Wani Kayrie kumpul duit setahun beli kereta idaman Mercedes-Benz CLA180, 'downpayment' RM 30k

Wanna Ali pula beli Mercedes-Benz GLC 300 RM340k guna duit simpanan sendiri

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda