window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger

Zamil Syaheer · Jan 2, 2022 04:00 PM

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 01

Rebiu kereta yang kami kerap kali lakukan boleh mempengaruhi sama ada kereta tersebut baik ataupun tidak. Walau bagaimanapun, rebiu kami hanya sekadar rujukan sahaja, kerana pengguna umum lebih cenderung untuk membeli kereta yang lebih arus perdana dan terbukti.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 02

Cik Tiva milik kami!

Selain itu, kereta yang kami rebiu biasanya diberikan kepada kami selama beberapa hari sahaja. Oleh itu, kami tidak dapat memberitahu anda keadaannya dalam jangka masa panjang melainkan ia adalah kereta jangka panjang seperti Cik Tiva kami sendiri.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 03

Nissan Almera N18, antara kereta kegemaran kami, tetapi agak lembab dari segi jualan

Beberapa kereta yang kami uji meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami, sehingga terasa berat hati untuk menyerahkan semula kunci. Tetapi, setinggi mana pujian yang diterima oleh kereta itu, ini tidak semestinya ia menjadi pilihan utama para pembeli.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: 5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 01

Hothatch yang mantap, tapi agak terhad

Lagipun, terdapat faktor lain apabila membeli kereta, membuktikan bahawa kata-kata positif daripada pengulas kereta tidak cukup meyakinkan bagi sesetengah orang.

Oleh itu, kami tujukan kepada anda 4 model ini yang ternyata mantap, namun gagal dari segi jualan. Kami akan kupaskan dengan lebih lanjut dalam rencana kali ini.

Ford Fiesta

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 02

Suatu ketika dahulu, Ford menjual pelbagai model bukan 4x4 di Malaysia pada tahun 1980-an yang begitu popular. Walaupun model Escort dan Cortina kebanyakannya dihargai oleh warga Malaysia yang lebih tua, mereka yang lebih muda di kalangan pasti tidak boleh lupa dengan kehebatan Ford Laser.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 03

Ford Laser TX3, dikenali sebagai 'sampan'

Bagi kebanyakan pembeli kereta, Laser terasa lebih seperti “budak nakal” daripada Corolla dan Sunny standard. Malangnya, pasaran kereta penumpang Ford mengalami kemerosotan pada 1990-an dan 2000-an dan jenama ‘Blue Oval’ akhirnya menarik diri daripada pasaran Malaysia pada 2008.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 04

Model asas 1.4 liter ditunjukkan, dengan transmisi manual 5-kelajuan!

Pada tahun yang sama, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengambil alih pengedaran dan jualan Ford. Dua tahun kemudian pada 2010, Ford Fiesta membuat penampilan sulung tempatannya, mencetuskan kebangkitan zaman kegemilangan Ford.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 05

Banyaknya butang

Harga untuk hatchback segmen B dengan 3 varian tersedia bermula dari RM 69,888 hingga RM 82,888. Reka bentuknya moden dan funky, termasuklah papan pemuka yang mengingatkan kami kepada telefon bimbit Nokia atau Motorola yang masih digunakan pada tahun 2010.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 06

Variant EcoBoost 1.0 liter turbo - sebelum Ativa dan Almera!

Para media memuji kawalan dan pengendalian Fiesta ini kerana ia mempunyai kawalan badan yang mengasyikkan serta talaan suspensi yang cukup baik. Buktinya, beberapa rakan media telah menempah satu selepas mengujinya.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 07

Enjin EcoBoost pengecas turbo kecil yang menghasilkan 123 PS dan 170 Nm

Tidak lama kemudian, varian dengan enjin pengecas turbo 1.0 liter EcoBoost dan varian ST yang telah ditambahkan pada barisan Fiesta.

Apa yang terjadi?

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 08

Pada mulanya, jualan Fiesta kelihatan baik dengan 500 tempahan dibuat sebelum pelancaran rasmi. Walaupun angka tersebut diambil di Lembah Klang, Ford (dan SDAC) masih mempunyai sebab untuk merasa gembira.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 09

Korang rasa isu transmisi Volkswagen DSG dulu teruk? Ini juara asal, siap kena saman kaw kaw di Amerika

Malangnya, Ford Fiesta mula menunjukkan ‘taringnya’. Antaranya, kotak gear yang kerap tersentak pada varian 1.5 liter yang dilengkapi transmisi dwi-klac Ford PowerShift. Isu ini menjadi lebih jelas dalam trafik berhenti mula.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 10

Terdapat juga perkhidmatan selepas jualan SDAC yang lemah dan alat ganti yang mengambil masa terlalu lama untuk tiba. Alat ganti tersebut juga lebih mahal daripada kereta Jepun arus perdana.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 11

Unit 1.5 liter

Bagaimanapun, isu tersebut tidak seteruk isu kebolehpercayaan enjin. Beberapa pemilik telah melaporkan Fiesta mereka tiba-tiba hilang kuasa dan berhenti di tengah jalan. Sesetengah kerosakan berpunca daripada pada transmisi ataupun timing belt enjin, tetapi apa-apa pun, ini sudah cukup untuk menakutkan para pembeli.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 12

Akhirnya, SDAC memutuskan untuk tidak membawa masuk Fiesta generasi seterusnya ke Malaysia. Jenama Blue Oval sekali lagi hanya menjual Ranger (dan sekiranya anda terlupa, Everest) tanpa sebarang rancangan untuk membawa masuk kereta penumpang semula ke pasaran.

Kia Picanto (JA)

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 13

Mencabar Perodua dalam pasaran kereta mampu milik di Malaysia adalah sukar. Hyundai sudah mencuba sebanyak dua kali dengan Inokom Atos dan i10 dengan hasil yang bercampur-baur, tetapi Kia sebenarnya berjaya menghasilkan produk juara dengan Picanto.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 14

Facelift Picanto generasi pertama (atas) dan Picanto generasi kedua (bawah)

Pada mulanya, ia dijual sebagai Kia dan kemudian di ‘rebadge’ dua kali sebagai Naza. Picanto generasi pertama kemudian berkembang menjadi produk yang lebih matang pada model generasi kedua TA, tetapi model generasi ketiga JA berjaya mendapatkan resipi Picanto yang ideal.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 15

Diperkenalkan pada Januari 2018, Kia Picanto JA bukan sekadar saingan Korea yang mampu melawan penguasaan Perodua. Ia adalah kereta yang dengan pakej hebat, dijual pada harga bawah RM 50,000.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 16

Walaupun harganya sebegitu, Picanto tidak terasa seperti kereta yang murah. Ramai para media memuji kualiti dan peralatannya yang mendahului Myvi, apatah lagi Axia.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 17

Standard pada Picanto ialah unit infotainment dengan Apple CarPlay/Android Auto, 6-pembesar suara, kamera undur, lampu depan automatik, 6 beg udara dan brek cakera depan serta belakang. Kemudian, Naza Kia (salam takziah) memperkenalkan GT Line yang menambah tempat duduk kulit, kit badan dan bumbung suria. Semuanya tak sampai harga RM 60,000.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 18

Pujian diteruskan pada trenkuasa Picanto yang hanya tersedia dengan enjin 1.25 liter MPI (84 PS/122 Nm) yang dipadankan pada kotak gear automatik 4-kelajuan. Anehnya, gabungan ini terasa begitu padat kerana Picanto mempunyai pecutan yang cergas dan responsif.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 19

Syok je kan pemandu dengan penumpang Picanto kuning tu ye

Main ‘corner’? Takde hal, kerana Picanto ini begitu lincah, seperti sebuah Perodua Kelisa moden.

Apa yang terjadi?

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 20

Walaupun para media memuji kualiti, pengendalian yang menyeronokkan dan kelengkapan yang banyak, rakyat Malaysia (secara amnya) tidak mahu mengeluarkan RM 50k untuk apa yang pada asasnya sebuah kereta bandar kecil.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 21

Harga ini meletakkan Picanto hampir kepada varian Perodua Myvi 1.3 Premium X yang lebih besar dengan harga bermula pada RM 48,300. Walaupun ‘king’ kekurangan beberapa kelengkapan seperti 4 beg udara, dan penyambungan audio Bluetooth, kebanyakan rakyat Malaysia cenderung memilih kereta dengan ruang yang luas.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 22

Ruang Picanto yang kecil menjadikannya sukar dijual untuk ramai pembeli dan terdapat juga kebolehpercayaan Perodua yang lebih berpatutan. Walaupun Picanto terasa lebih berkualiti di mana-mana sahaja bahagian anda sentuh, kualiti asas Myvi tidak mengganggu pembeli yang sensitif harga.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 23

Selain itu, ia juga disasarkan kepada pembeli kali pertama atau mereka yang tinggal di bandar. Melainkan mereka mahukan sesuatu yang benar-benar menonjol dan mampu membayar alat ganti yang mahal, itu bukanlah pilihan yang diingini oleh ramai pelajar baru, apalagi dengan gaji mereka yang tidak seberapa. Oleh itu, Perodua merupakan pilihan paling selamat.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 24

Satu lagi sebab kegagalan Kia Picanto di Malaysia ialah Naza Kia sendiri. Tidak banyak promosi mahupun pemasaran model hatchback ini untuk orang ramai.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 25

Akhirnya, Naza Kia mengumumkan bahawa ia tidak lagi menawarkan Picanto di Malaysia pada Mac 2020 bersama-sama model bukan SUV yang lain. Naza sudahpun memisahkan dirinya daripada Kia sepenuhnya pada separuh pertama 2021 dengan pengedaran dipindahkan kepada Dinamikjaya Motors Sdn Bhd milik Bermaz Auto. Sama ada Picanto bersedia untuk membuat ‘come back’ masih tidak diketahui.

Kia Stinger

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 26

Untuk dua model  seterusnya, kegagalan jualan mereka tidak terhad kepada Malaysia sahaja, tetapi lebih kepada pasaran global. Yang pertama ialah satu lagi model Kia, Stinger, dan seperti banyak keputusan automotif eksentrik, ia bermula sebagai konsep.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 27

Kia GT Concept 2011

Pada Pameran Motor Frankfurt 2011, Kia memperkenalkan GT Concept dan ia mengejutkan ramai wartawan dan atendan. Memandangkan sambutan yang menggalakkan, Kia memutuskan untuk mengembangkan konsep itu untuk pengeluaran dan membawa masuk bekas Naib Presiden Kejuruteraan BMW M, Albert Biermann untuk membangunkan model produksi.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 28

Versi pengeluaran Stinger telah dilancarkan pada Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2017 dengan penampilan pertamanya di Malaysia 2 tahun kemudian. Naza Kia membawa masuk dua varian enjin ke negara ini, 2.0 T-GDI GT-Line (251 PS/353 Nm) dan 3.3 V6 GT (365 PS/510 Nm). Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang memacu roda belakang.

Sebagai jawapan Kia sendiri kepada sedan prestasi Jerman yang pantas, ia sememangnya memberikan prestasi yang kukuh, pengendalian tangkas dan pemanduan yang benar-benar menyeronokkan.

Apa yang terjadi?

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 29

Kia mahu bersaing dengan jenama terkemuka daripada Jerman dalam permainan mereka sendiri dengan sebuah grand tourer yang mantap, tetapi Stinger tidak begitu laku hanya kerana satu sebab - lencana.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 30

Walaupun barisan model semasa Kia adalah antara yang paling cantik dan kualitinya setanding dengan jenama premium, ia masih dilihat sebagai jenama bajet di kebanyakan pasaran. Model seperti Rio, Sorento dan Carnival masuk akal dan menawarkan nilai hebat kepada pembeli.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 31

Stinger GT berkuasa V6 yang ditunjukkan bermula daripada hampir setengah juta ringgit!

Walau bagaimanapun, Kia Stinger membingungkan kebanyakan pembeli tetap yang mungkin ‘terciduk’ untuk membayar RM 240,000 bagi sebuah Kia, tidak kira betapa banyak pujian yang diterima. Bagi kebanyakan pembeli, mereka hanya perlu menambah beberapa ribu ringgit sahaja untuk BMW 3 Series atau Mercedes-Benz C-Class.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 32

Salah satu daripada beberapa unit yang ditemui di Malaysia

Walaupun 3 Series dan C-Class yang hampir dengan julat harga adalah model asas dengan enjin yang kurang berkuasa atau dilengkapi dengan ciri yang lebih sedikit daripada Stinger, imej jenama yang memainkan peranan yang besar. Kia Stinger adalah produk yang difikirkan dengan baik, walaupun dalam pelaksanaan, tetapi jika ia diberikan lencana premium, ia mungkin laku keras.

Suzuki Kizashi

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 33

Sebut nama Suzuki, dan kereta pertama yang muncul di kepala anda adalah sama ada hatchback kecil (Swift), SUV kecil (Jimny) ataupun SUV segmen C (Vitara).

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 34

Pada tahun 2009, Suzuki  memperkenalkan model yang bertujuan untuk membawa syarikat Jepun itu ke arah yang baru. Ia juga dibayangkan dalam nama itu sendiri – Kizashi, yang bermaksud petanda atau tanda sesuatu yang hebat akan datang dalam bahasa Jepun.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 35

Kizashi ialah model pertama Suzuki bukan kompak setelah sekian lamanya dan sebenarnya merupakan sedan segmen D, walaupun ia mempunyai dimensi seperti segmen C.

Ia dilancarkan di Malaysia pada 2012, diimport sepenuhnya dari Jepun dan didatangkan dengan dua varian – SDLX (dari RM 147,888) dan Sport (dari RM 158,188).

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 36

Kedua-dua trim itu dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.4 liter (176 PS/230 Nm) dan dipadankan dengan kotak gear automatik CVT 6-kelajuan. Kizashi berspesifikasi tempatan agak lengkap dengan 6 beg udara, tempat duduk elektrik, penderia tempat letak kereta hadapan/belakang, cermin pandang belakang pemalapan automatik dan lampu depan HID automatik dengan ‘washer’ tersedia sebagai standard.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 37

Dari sudut reka bentuk, Kizashi berkemungkinan besar sedan yang kelihatan paling cantik dalam kelasnya, sama ada segmen C atau D. Perkadaran yang berotot dan padat adalah sesuatu yang menarik dan sehingga hari ini, melihatnya di jalan raya amat mengasyikkan bagi saya.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 38

Mengenai pemanduan Kizashi, para media menyatakan betapa sensasinya ia terutamanya di bahagian pengendalian. Ini tidak mengejutkan kerana ia dilancarkan sezaman dengan model Swift generasi ZC21.

Apa yang terjadi?

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 39

Sama seperti Kia Stinger, isu kegagalan Kizashi adalah imej jenama. Walaupun mendapat pujian untuk reka bentuk dan dinamik pemanduannya, sedan besar Suzuki ini tidak diendahkan oleh pembeli.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 40

Bagi Malaysia, jenama itu terkenal dengan hatchback dan SUV, jadi apabila Kizashi diperkenalkan, pembeli hanya mengabaikannya.

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) yang merupakan pengedar Suzuki sebelum perjanjian dengan Proton mungkin memanggil ini sebagai sedan segmen D tetapi dimensinya hanya sedikit panjang daripada sedan segmen C.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 41

Perlu diingatkan bahawa ini sebelum crossover menjadi trend. Suzuki Kizashi perlu bersaing dengan Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy, Mazda 3, Ford Focus, Volkswagen Jetta, Renault Fluence dan Proton Prevé.

Okay, yang terakhir itu adalah model paling lemah daripada semua tetapi itulah betapa kompetitifnya pasaran sedan hampir sedekad yang lalu.

Juga baca: Panduan kereta terpakai: RM 20k untuk Proton Preve. Masih bagus tapi banyak karenah?

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 42

Ditambah dengan kekurangan pengedar Suzuki dan anda akan melihat mengapa Kizashi adalah kereta yang agak dilupaka. Ia bukanlah sebuah kereta purist seperti Swift Sport tetapi Kizashi adalah bukti terbaik kereta biasa yang disanjung tinggi oleh media tetapi tidak diendahkan oleh orang lain.

Juga baca: Suzuki Swift Sport (ZC32S) terpakai: Serendah RM 50k – baik beli ni dari Myvi atau Iriz?

Di luar Malaysia, media antarabangsa juga memuji Kizashi, walaupun begitu sedikit orang yang membelinya dan itu termasuk India di mana Suzuki adalah raja. Pada akhirnya, Suzuki menarik model itu pada 2016 dan hanya kekal komited dengan kereta kompak sejak itu.

Akhir kata...

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 43

Akhirnya, pujian tidak semestinya membawa kepada kejayaan jualan yang terjamin seperti yang dibuktikan oleh kekurangan kesedaran tentang model dalam senarai ini. Ada yang tidak popular di Malaysia kerana kelemahan para pengedar kerana menjadi model import, manakala yang lain hanya kurang menarik.

4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger 44

Walau bagaimanapun, kami akan menganggap kereta ini sebagai pemenang kerana memberikan kami pengalaman serta senyuman yang tidak dijangka dalam masa yang singkat.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Kia Stinger 3.3 V6 GT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda