window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid!

Haris Β· Dec 1, 2022 10:00 AM

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid! 01

Imej lakaran

Susulan daripada pelancaran Toyota Innova Zenix Hybrid di Indonesia, P.T Toyota Astra Motor telah menyatakan minat untuk memperkenalkan lebih banyak model hibrid elektrik (HEV) di Nusantara dalam masa terdekat.

Menurut OtoDriver, sumber yang arif mengenai perkara itu memberitahu portal automotif tersebut bahawa terdapat lebih banyak model hibrid yang dirancang untuk Indonesia.

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid! 02

Toyota Veloz pasaran Indonesia dijangka menerima trenkuasa hibrid

Walaubagaimanapun, barisan hibrid Toyota di Indonesia tidak akan ditambah pada tahun depan, sebaliknya hanya akan bermula pada tahun 2024.

β€œSemuanya akan bermula dengan Toyota Yaris Cross Hybrid yang akan dilancarkan pada Januari 2024. Model itu akan diikuti oleh Veloz Hybrid pada Jun 2024,” ujar sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid! 01

Lakaran Perodua D66B, kembar Toyota Yaris Cross pasaran ASEAN

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Toyota Yaris Cross Hybrid yang disebutkan sumber berkenaan tidak  mempunyai sebarang kaitan dengan Yaris Cross TNGA-B (dijual di Eropah). 

Toyota Yaris Cross pasaran ASEAN didakwa akan menggantikan SUV 7-penumpang Toyota Rush yang popular apabila Rush beransur-ansur dihentikan pengeluaran dengan pelancaran Yaris Cross DNGA sekitar Oktober 2023.

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid! 02

Toyota Calya ialah model khusus Indonesia sahaja

Selepas penampilan pertama Yaris Cross Hybrid pada bulan Jun 2024 (hampir setahun selepas model biasa), sumber yang tidak dinamakan itu memaklumkan kepada OtoDriver bahawa Toyota Calya Hybrid akan tiba pada bulan Oktober (versi Perodua Axia/Toyota Agya dengan 7-penumpang) dan Toyota Avanza Hybrid menjelang September 2025.

Baca: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga?

4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid! 03

Imej lakaran

Menariknya, rancangan ini langsung tidak melibatkan Toyota Vios Hybrid, sedan yang telah kami laporkan seawal Ogos 2021. Hal ini mungkin kerana Vios bukanlah model teras untuk Toyota di pasaran Indonesia.

Berbeza dengan Toyota Innova Hybrid dan sistem hibrid petrol-elektrik Dynamic Force, Toyota Vios sebaliknya dikatakan akan menggunakan sistem e:Smart Daihatsu; sistem siri-hibrid yang ada pada Perodua Ativa Hybrid.

Baca: Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda