window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja

Khairil Ā· Dec 23, 2022 02:00 PM

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 01

Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) memperoleh 40 unit motosikal berkuasa tinggi BMW R1250RT sebagai cara Angkatan Tentera Darat (ATM) untuk mempertingkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan kor berkenaan. 

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 02

Majlis penyerahan unit-unit BMW R1250RT itu diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak, semalam dan dirasmikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato Seri Zamrose Mohd Zain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: TDM peroleh 180 unit Scrambler Kawasaki KLX 250 perkasa Op BENTENG

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 01

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato Seri Zamrose Mohd Zain

Perolehan 40 unit motosikal itu dibuat secara sewaan daripada Syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh lima tahun dan ia bertepatan dengan keperluan semasa tentera darat serta membantu KPTD melaksanakan tugas kepolisan dengan berkesan. 

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 02

Memetik laporan RTM, Zamrose berkata pihaknya yakin dengan amalan tadbir urus yang mampan, perolehan aset ini mampu membentuk KPTD sebagai sebuah organisasi penguat kuasa yang sentiasa relevan, unggul, disegani dan dihormati.

Juga baca: Spyshot: 2 unit kenderaan tentera ā€˜klon Humveeā€™ kini sedang dipandu uji di Malaysia?

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 03

Menurut ATM, motosikal BMW R1250RT akan digunakan sebagai kenderaan rondaan keselamatan dan tugas pengiring bagi orang kenamaan, konvoi kenderaan tentera serta konvoi membawa peluru, bahan letupan selain beberapa tugas rasmi lain.

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 04

Sebagai info, BMW R1250RT adalah motosikal dari kelas sport touring yang memiliki keupayaan menyeluruh termasuk dari sudut kuasa, keselesaaan dan ciri-ciri keselamatan yang mantap bagi tunggangan jarak jauh.

40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja 05

Motosikal ini menggunakan enjin boxer 1,254 cc yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 136 Hp pada 7,750 rpm dan daya kilas 143 Nm pada 6,250 rpm. Selain KPTD, BMW R1250RT turut digunakan oleh Polis DiRaja Malaysia.

Juga baca: Hyundai dilaporkan ā€˜sangat berminatā€™ bekal 400 unit kenderaan 6x6 untuk Tentera Darat Malaysia! 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda