Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!
Zamil Syaheer · Jan 23, 2022 06:00 PM
0
0
Sebelum anda memasang niat untuk membeli telefon pintar baharu, kemungkinan besar anda akan menghabiskan sedikit masa untuk mengkaji dan membandingkan harga serta spesifikasi setiap unit yang dilihat.
Jika rakyat Malaysia menyamakan pembelian kereta seperti telefon pintar, Kia Carnival 2022 akan menjadi satu-satunya jurnal teknologi yang digembar-gemburkan sebagai ‘flagship killer’ bagi jenama lain yang lebih dikenali.
Sebenarnya itu agak tepat. Setelah menguji Carnival yang diimport sepenuhnya (CBU Korea, pemasangan tempatan akan dimulakan kemudian), kami rasa ia adalah sebuah MPV yang amat sedap untuk dipandu bagi peminat pemanduan (yang mungkin terpaksa menjual kereta ‘sports’ mereka demi memasang niat untuk bekeluarga) dan mampu membawa lebih daripada lima orang dengan selesa.
Dengan harga RM 196,340 (diatas jalan tanpa insurans, termasuk cuti cukai SST), kami berani mengatakan baik anda membeli MPV K-Pop ini daripada Toyota Alphard atau Toyota Vellfire'recon'.
Eksterior: Kia berkata MPV kenalah nampak stailo dan futuristik
Senang cerita, sebutan saiz ‘XL’ kena dengan Carnival, jadi jangan harap saiznya sepadan dengan MPV kecil seperti Perodua Alza atau Toyota Innova. Dengan panjang 5,155 mm, tinggi 1,775 mm dan lebar 1,746 mm, ia lebih besar dalam setiap aspek berbanding Grand Carnival generasi YP dahulu.
Mungkin ada yang menganggap saingan utama kereta itu di Malaysia ialah Maxus G10 dan Hyundai Grand Starex (kedua-duanya berharga dari RM 166k), tetapi kedua-duanya mempunyai asas sebagai sebuah van komersial, justeru sifatnya sedikit "kasar". Ini sama sekali tidak sepadan dengan apa yang ditawarkan Carnival.
Carnival menyasarkan taktik yang berbeza: ia lebih sesuai untuk keluarga, dan bukan hanya kerana ayah membawa pulang kereta syarikat balik untuk hujung minggu.
Kia telah mempamerkan penampilannya dengan begitu cemerlang, menunjukkan bahawa MPV tidak semestinya perlu mengikut bentuk kotak yang membosankan.
Daripada rupa depan yang mencolok mata, kepingan krom bertekstur pada tiang C, sorotan perak di sana sini, dan ke lampu ekor ala-ala mata Robocop, ia merupakan reka bentuk yang meleleh (serta berfungsi).
Cermin sisi mempunyai sedikit bibir di bahagian bawah dan tiga coretan di sisi, kedua-duanya membantu dalam mengurangkan gangguan antara cermin dan aliran angin.
Di hadapan ia juga mempunyai sepasang tirai udara yang berfungsi, dan di bahagian belakang terdapat juga tiang-C bercorak. Di bawah kereta pula kebanyakannya agak rata, dan semua ini bekerja secara harmoni, menghasilkan perjalanan yang selesa dan tenang. Apa, korang ingat aerodinamik untuk kereta sportscar sahaja ke?
Interior dan kelengkapan: secukup rasa
Sama seperti di eksterior, Kia telah mereka semula bahagian interior Carnival ini dengan banyak sentuhan artistik, serta menaik taraf dari segi kualiti binaan, estetika dan ergonomik.
Jalur logam bercorak (sama seperti tiang-C eksterior) melengkapkan kabin hitam dan coklat pelana, dan walaupun terdapat banyak plastik, tiada satu pun daripadanya terasa rapuh atau murah. Gabungan warna juga berfungsi; kerana kabin terasa lebih lapang daripada kabin gelap pendahulunya.
Semestinya suasana dalaman boleh menjadi lebih baik jika Carnival untuk pasaran Malaysia dilengkapi dengan ciri dwi-skrin ala Mercedes-Benz seperti Carnival di pasaran antarabangasa. Apa-apa pun, gugusan instrumen analog mudah dilihat serta laju dan tidak lembab, termasuklah skrin infotainment berukuran 12.3-inci.
Kami juga mendapati pengecas nirwayar dan berbilang port USB amat berguna, termasuk jumlah pemegang cawan yang banyak, ruang simpanan yang besar, kawalan penghawa dingin belakang dan fungsi 'pendekatan untuk membuka' pintu gelangsar dan but belakang.
Ruang: Amat praktikal untuk orang ramai
Bercakap mengenai pintu, Carnival mempunyai ruang yang amat luas kerana Kia menawarkan satu-satunya varian 11 tempat duduk di Malaysia. Susunannya ialah 2 tempat duduk di hadapan, diikuti oleh 3 baris 3 tempat duduk setiap satu.
Tempat duduk tengah di barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk mendapatkan lebih banyak pemegang cawan (atau dulang). Tetapi dalam kedudukan ini, ia terlalu rendah, dan anda tidak boleh merehatkan lengan anda dengan selesa.
Walau bagaimanapun, ini juga boleh ditolak ke tepi untuk membolehkan penumpang berjalan masuk dan keluar dari beberapa baris terakhir.
Ketinggian kereta yang rendah juga bermakna ia sesuai untuk kanak-kanak kecil dan ahli keluarga warga emas untuk melangkah masuk/keluar dengan bantuan yang minimum.
Di baris kedua dan ketiga, tiga orang dewasa boleh muat dengan selesa dan semua kecuali baris keempat mendapat ruang kepala dan kaki yang sangat baik.
Barisan terakhir terasa seperti belakang kereta dua pintu. Ia adalah mustahil untuk orang dewasa duduk dengan selesa (melainkan anda benci orang tersebut), jadi ia lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Atau anda boleh menyimpan bangku itu untuk mendapatkan ruang but yang boleh digunakan. Malangnya, dua baris lain di hadapannya tidak boleh disimpan secara kreatif, kecuali melipatnya ke bawah dan menolaknya ke hadapan untuk menambah sedikit ruang tambahan.
Walaupun tempat duduk kulit itu sendiri cukup sedap untuk diduduki dengan bahan bernafas dan sokongan yang lembut - ia agak asas kerana setiap kawalan adalah manual dan tidak dilengkapi dengan sebarang bentuk pemanasan atau pengudaraan.
Prestasi: Amat stabil dan jimat minyak
Secara amnya, MPV biasanya kurang memuaskan dalam bab kawalan dan pengendalian dengan bentuk seperti batu bata, berat, dan panjang. Tetapi Carnival terasa amat berbeza kerana ia mempunyai keupayaan untuk membawa pasukan bola sepak dengan pengendalian yang mantap.
Peminat K-car (bukan Kei car ya) pasti terbiasa dengan enjin turbodiesel Smartstream 2.2 liter Carnival (199 PS/440 Nm) kerana ia adalah unit yang sama yang terdapat dalam Hyundai Santa Fe, Hyundai Palisade, dan rakan platform N3, Hyundai Staria.
Ia secara tradisinya adalah diesel dengan bunyi yang biasa dikaitkan dengannya, tetapi jangan menyangka enjin ini sama seperti enjin diesel dalam kenderaan komersial. Enjin Smartstream ini agak senyap, responsif, dan terasa begitu lancar.
Tork 440 Nm membolehkan pecutan 'point-and-shoot' pantas untuk memotong dengan mudah, dan trenkuasa berkrim itu menyaksikan MPV ini mencapai kelajuan yang pantas, menafikan berat 2 tannya. Sebahagian daripada itu boleh dikreditkan ke transmisi automatik 8-kelajuan yang sangat lancar, dengan penukaran gear selembut sutera.
Apa yang membuatkan Carnival ini lebih menarik adalah betapa jimatnya penggunaan bahan api. Pada penghujung perjalanan pergi balik Glenmarie-Ipoh sejauh 417 km, Carnival mengembalikan 9.1 liter/100 km, dan kami juga tidaklah memandu dengan efisyen (kelajuan yang tinggi, banyak melahu untuk foto dan video).
Stereng terasa ringan pada kelajuan rendah tetapi menjadi semakin berat apabila anda memandu dengan lebih laju. Ini amat dialu-alukan kerana ia membantu kebolehgerakan dan menambah keyakinan dalam kedua-dua situasi.
Secara keseluruhannya, Carnival adalah MPV dengan pemanduan yang baik, amat stabil pada kelajuan tinggi tidak kisahlah kualiti jalan yang dilalui, dilengkapi penebat bunyi di tahap tertinggi, penghalusan menyeluruh dan jimat bahan api.
Tidak sukar untuk kita membayangkannya sebagai sebuah MPV yang hebat untuk perjalanan ke Langkah Sheraton mana-mana jarak terutamanya jauh dengan kerap.
Kesimpulan: Ia tidak sempurna, tetapi sangat menarik
Tidak semuanya sempurna, dan Carnival sememangnya tidak: ia tidak dilengkapi ciri bantuan pemandu lanjutan (ADAS, walaupun terdapat 6 beg udara, dan monitor titik buta dengan amaran lalu lintas belakang), dan ada yang berpendapat bahawa kekurangan pemanas/tempat duduk berventilasi dan kluster instrumen digital menjadikan kereta berspesifikasikan Malaysia itu sedikit potong stim.
Tetapi apa yang ada padanya ialah kedudukannya yang unik dalam alam MPV, menggabungkan ruang yang besar, kecekapan, dan dinamik pemanduan yang mengagumkan yang tidak dilihat dalam mana-mana pesaingnya yang 'recon' atau baharu.
Nampaknya, serangan Kia Dinamikjaya Motors di sini bermula dengan rentak yang sangat meyakinkan, dan lebih baik untuk mengetahui bahawa ia hanyalah permulaan rancangan bercita-cita tinggi mereka untuk Malaysia. Buat masa ini, Malaysi mempunyai Carnival, sebuah MPV keluarga yang sangat baik tanpa sebarang kecacatan besar yang menjadikan tanda harga sekitar RM 200k kelihatan amat berbaloi.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.